Peluang Pemain Malaysia Ke Liga Thailand Terbuka Luas

Peluang pemain bola sepak Malaysia beraksi dalam saingan Thai League 1 musim 2025/26 bakal terbuka luas. Hal ini selepas pengurusan Thai League 1 bersetuju untuk menambah bilangan pemain import yang boleh didaftarkan kepada tujuh pemain. Kuota ini terpakai kepada semua pemain import dari serata dunia termasuk Asia. Daripada tujuh pemain yang boleh didaftarkan, hanya lima […]

Dion Cools Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Thailand

Nama pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Thailand baru-baru ini. Ini selepas namanya tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik Thai League 1 musim 2023/24. Kesebelasan terbaik liga ini diumumkan dalam FA Thailand Awards 2023/24. Perkara ini dikongsikan Cools menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau baru-baru ini. Ini dilihat sebagai pengiktirafan […]

Dion Cools Pilih Kekal Di Buriram United

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools sah kekal bersama juara Thai League 1 musim 2023/24, Buriram United. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya tentang status bekas pemain pertahanan FC Brugge itu bersama Thunder Castle. Ini selepas semakan yang dibuat kepada tempoh kontrak Cools mendapati ia berakhir pada 30 Jun lalu. Ini membawa kepada spekulasi pemain berdarah Sarawak-Belgium […]

Bafétimbi Gomis Setuju Tinggalkan Kawasaki Frontale Untuk Ke Thailand

Penyerang berpengalaman Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis bersetuju untuk meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Thailand. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Jepun, Marc Molla mengenai perancangan pemain berusia 38 tahun itu beraksi di Liga Thailand. Beliau difahamkan menerima tawaran daripada kelab gergasi Thailand, Muangthong United yang tertarik untuk mendapatkan bekas penyerang Al-Hilal ini bagi musim 2024/25. “Kelab […]

Bekas Bintang EPL, Neil Etheridge Disambar Buriram United

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Neil Etheridge secara rasminya diperkenal sebagai pemain baharu Buriram United. Juara bertahan Thai League 1 itu mengumumkan beberapa tonggak baharu bagi mengekalkan mahkota kejuaraan yang dimenangi musim lalu. Usaha ini termasuklah membawa beberapa tonggak penting seperti Curtis Good, Marcelo Tariyolay dan Neil Etheridge. Pengumuman tersebut menyaksikan bekas penjaga gawang […]

Penyerang Berbisa Buriram United Disambar Seteru Hebat Asia Tenggara

Penyerang berbisa Buriram United, Lonsana Doumbouya membuat kejutan dengan menyertai seteru kelab itu, Port FC . Perpindahan penyerang berusia 33 tahun itu diumumkan pengurusan Port Lions di platform media sosial mereka semalam. Doumbouya menyertai Port sebagai ejen bebas selepas kontraknya tidak disambung oleh pengurusan kelab juara Thai League 1 2023/24 itu. “Port FC mengumumkan pengesahan […]

Kontrak Tan Cheng Hoe Di Police Tero 3 Bulan Sahaja?

Jodoh pengendali Police Tero, Tan Cheng Hoe bersama pasukan itu dilaporkan lebih singkat daripada apa yang disangka. Cheng Hoe sebelum ini menyertai kelab Thai League 1 itu pada penghujung bulan Februari lalu. Ini selepas beliau memilih meninggalkan kelab sebelumnya, Selangor FC secara mengejut. Dalam tempoh 11 perlawanan mengendalikan The Silver Shield Dragon, beliau hanya meraih […]

Hasrat Lihat Ikhsan Fandi Beraksi Di Malaysia Tertangguh Lagi

Hasrat penyokong untuk melihat bisa peledak kelahiran Singapura, Ikhsan Fandi di Liga Malaysia tertangguh lagi. Pemain berusia 25 tahun itu berkelana di Thailand bersama BG Pathum United dan menjadi antara watak yang digeruni di sana. Pengalaman beraksi di eropah seperti bersama kelab Norway, Raufoss dan juga Jerv jelas membantu perkembangan beliau. Bapanya yang juga merupakan […]

Irfan Fandi Bakal Sertai Kelab Gergasi Asia Tenggara?

Tonggak pertahanan Singapura, Ikhsan Fandi dikhabarkan bakal menyertai salah sebuah kelab gergasi di Asia Tenggara. Pemain berusia 26 tahun itu sudah memasuki tahun ke-7 bersama kelab Liga Thailand, BG Pathum United dan menjadi antara salah seorang watak penting pasukan. Beliau berjaya membantu BG Pathum untuk menamatkan saingan liga di tangga ke-4 selain beraksi dalam kancah […]

Jodoh Dion Cools & Buriram United Bakal Berakhir?

Jodoh pertahanan kental negara, Dion Cools dan Buriram United difahamkan bakal berakhir. Pemain berusia 27 tahun itu menyertai kelab gergasi Thailand itu pada tahun 2023 daripada FK Jablonec di Republik Czech. Beliau memainkan peranan penting untuk membawa kejayaan kepada pasukan tersebut setelah menggondol treble musim lalu. Pencapaian membanggakan itu diteruskan apabila Buriram United mengekalkan mahkota […]

Penyerang Tempatan, Supachai Chaided Rangkul Kasut Emas Liga Thailand

Penyerang berbisa Thailand, Supachai Chaided muncul penjaring terbanyak Thai League 1 untuk musim 2023/24. Supachai meraih anugerah Kasut Emas selepas merekodkan 21 gol dalam liga. Beliau mengatasi cabaran penyerang Bangkok United, Willen Mota yang menyumbat 20 gol musim ini. Ini kali kedua berturut-turut penyerang berusia 25 tahun itu meraih gelaran Kasut Emas Thai League 1. […]

Ikhsan Fandi Beri Tan Cheng Hoe Kekalahan Ke-6, Tersingkir Ke Divisyen 2

Ketua Jurulatih Police Tero FC, Tan Cheng Hoe merekodkan kekalahan ke-6 sejak mengambil alih pasukan selain tersingkir ke Divisyen 2 Thai League. Pengendali berusia 55 tahun itu mengambil alih pasukan pada pertengahan musim dan memulakan aksi dengan baik apabila Police Tero mengikat Nakhon Pathom dengan keputusan 1-1. Rentak sama gagal diulangi apabil tewas tiga perlawanan […]

Tan Cheng Hoe & Police Tero Tersungkur Ke Divisyen Dua Liga Thailand

Bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak dapat menyelamatkan Police Tero daripada tersingkir ke saingan Thai League 2 musim hadapan. Ini selepas pasukan itu hanya mengutip 28 mata daripada 29 perlawanan meskipun berjaya mengalahkan Bangkok United 3-0 kelmarin. Dengan Sukhotai memiliki 32 mata daripada 28 perlawanan, sukar buat The Silver Shield Dragon untuk mengejar […]

Dion Cools & Buriram United Muncul Juara Thai League 1 Kali Ke-2 Berturut-Turut

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools berjaya menjulang kejuaraan Thai League 1 bersama kelabnya, Buriram United. Kejayaan ini dicapai apabila pencabar utama Buriram United iaitu Bangkok United tewas mengejut kepada Police Tero yang dibimbing oleh bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe. Aksi yang berlangsung pada Jumaat itu menyaksikan tiga gol Police Tero hasil ledakan padu […]

Thai League 1: Sentuhan Tan Cheng Hoe Bantu Police Tero Belasah Bangkok United

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe, Police Tero FC berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan Bangkok United dalam aksi Thai League 1 pada Jumaat. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Boonyachinda menyaksikan bekas jurulatih Selangor itu menurunkan barisan terbaik dengan formasi 4-1-4-1 sambil jentera serangan diketuai oleh penyerang import, Juvhel Tsoumou. Bangkok United yang kini berada di tangga […]

Asnawi Mangkualam Terima Kad Kuning, Terjah Keras Dion Cools

Aksi Thai League 1 membabitkan Port FC dan Buriram United baru-baru ini mencuri perhatian penyokong kerana pertembungan Asnawi Mangkualam dan Dion Cools. Nama dua pemain pertahanan ini amat dikenali peminat bola sepak Asia Tenggara. Asnawi merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia di bahagian pertahanan. Manakala Cools pula bukan saja pemimpin di bahagian pertahanan Malaysia. Malah, […]