Pengadil Liga Thailand Lincah, Lari Lagi Laju Berbanding Kapten BG Pathum

Seorang pengadil Thailand mencuri perhatian peminat bola sepak negara itu semalam apabila berlari lebih pantas berbanding kapten BG Pathum United, Sarach Yooyen. Insiden ini berlaku semasa perlawanan Thai League 1 membabitkan Muangthong United dan The Rabbits semalam. Penyokong Muangthong mula bersorak apabila penyerang mereka, Jaroensak Wonggorn mula membuat larian ke arah bahagian pertahanan pelawat. Ini […]
BG Pathum Kalah, Ketinggian Comel Chanatip Songkrasin Pula Diperhatikan

Aksi Thai League 1 antara pasukan Muangthong United dan BG Pathum United menyaksikan pemain tengah, Chanatip Songkrasin asyik diperhatikan. BG Pathum bagaimanapun tidak mampu untuk meneruskan kemaraan selepas tewas dengan keputusan 2-0. Perlawanan ini bagaimanapun tertumpu kepada perbezaan ketinggian kapten Thailand, Chanatip ketika beliau beraksi dengan barisan import pasukan. Sebelum aksi bermula, lensa kamera tertumpu […]
Madame Pang Ubah Angin, Sudah Sampai Masanya Beliau Tunaikan Impian Di Malaysia?

Bekas pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madame Pang secara rasminya tidak akan mengekalkan posisinya sekaligus menyaksikan beliau berpotensi besar untuk menunaikan impiannya di Malaysia. Menerusi satu pengumuman di laman sosial beliau, jutawan berusia 57 tahun itu menyaksikan tempoh dua tahun setengah sebagai pengurus pasukan Thailand telah berakhir. Beliau banyak memberi impak kepada pemain Thailand termasuklah ketika […]
BG Pathum Cipta Kejutan Aibkan Kelab Jepun

Pasukan gergasi Liga 1 Thailand, BG Pathum United melakukan kejutan apabila menumbangkan kelab Jepun, Cerezo Osaka dengan keputusan 3-2. Aksi yang berlangsung di Stadium Leo itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun kehilangan beberapa tonggak penting yang masih beraksi di Piala Asia AFC. Perlawanan bermula baik dengan Cerezo Osaka melakukan beberapa serangan awal untuk […]
Kapten Indonesia Sertai Kelab Thailand, Port FC

Tonggak pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam sah menyarung jersi Port FC bagi mengharungi baki saingan Thai League 1. Berita perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram Port FC yang menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu bakal mengisi kuota pemain Asia Tenggara bagi kelab tersebut. “Port FC berjaya memuktamadkan perjanjian penting dengan mengumumkan ketibaan pertahanan […]
BG Pathum Sambar Kapten Chonburi Dengan Tawaran ‘Pecah Panggung’

Susulan prestasi kurang memberangsangkan dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Thai League 1, BG Pathum United mula membuat perubahan segera. Selepas membawa masuk Makoto Teguramori menggantikan pengendali sebelumnya, Thongcai Sukkoki, The Rabbits mengumumkan perpindahan pemain tengah Thailand, Kritsada Kaman. Perpindahan mengejut Kritsada diumumkan oleh kedua-dua pasukan di laman media sosial masing-masing hari ini. “BG Pathum […]
Masalah Tunggakan Gaji Kelab Gergasi Thailand Semakin Parah

Selepas tidak menerima tunggakan gaji selama lima bulan, barisan pemain kelab gergasi Thailand, Police Tero memfailkan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) semalam. SiamSport melaporkan selain FAT, mereka turut menghantar surat aduan kepada pengendali Thai League 1, Thai League Co. Ltd. Surat aduan yang dihantar menyatakan mereka bukan saja berdepan tunggakan gaji selama lima […]
Thai League 1: BG Pathum United Pamer Kebangkitan Tewaskan Port

Wakil Thailand dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), BG Pathum United bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Port 3-2. Dengan kedua-dua pasukan masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga liga, kemenangan malam ini mampu memperkukuh cabaran mereka ke atas pendahulu liga, Bangkok United. Babak pertama menyaksikan Port yang menggunakan formasi 4-1-4-1 terpaksa bertahan dengan serangan bertubi-tubi The […]
BG Pathum Mudah Belasah Trat

Kepimpinan jitu yang dipamerkan kapten Sarach Yooyen memastikan BG Pathum United kembali menerajui Thai League 1 hari ini. Ini selepas The Rabbits mengalahkan Trat 2-0 di stadium keramat mereka, Stadium BG dalam aksi terbaru liga. Dengan pencabar terdekat, Buriram United sekadar seri tanpa jaringan dengan Chiangrai United, ini peluang keemasan buat anak-anak buah Thongchai Sukkoki […]
Buriram United Nyaris Kalah, Willian Lira Dihukum Pijak Lawan

Juara bertahan Liga 1 Thailand, Buriram United nyaris tewas dalam aksi ke-6 liga berdepan Chonburi di laman sendiri. Buriram United yang diketuai oleh bintang Malaysia, Dion Cools dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik menjelang aksi antarabangsa tidak lama lagi. Tuan rumah bagaimanapun membuka tirai jaringan menerusi ledakan penyerang berbisa, Lonsana Doumboya yang mudah menanduk […]
Thai League 1: Gol Pantas BG Pathum Ranapkan Lamphun Warriors

Pasukan Thai 1 League, BG Pathum United berjaya mengatasi cabaran Lamphun Warriors menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak lama lagi. Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki tidak membariskan kesebelasan terbaik termasuklah bintang sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin sungguhpun bebas daripada kecederaan. Pada babak pertama, usaha BG Pathum mencari gol pendahuluan bermula dengan baik apabila percubaan Igor […]
Dion Cools Tenang Kemudi Buriram United

Bek tengah Malaysia, Dion Cools tenang membantu kelabnya, Buriram United mengatasi cabaran Police Tero dalam aksi terbaru Thai League 1 hari ini. Selepas cemerlang ketika menentang Zhejiang minggu lepas, bekas bek tengah Club Brugge itu berharap dapat mengekalkan rekod tanpa bolos Thunder Castle dalam liga. Babak pertama menyaksikan dominasi Buriram. Dan dominasi mereka membuahkan hasil […]
Import BG Pathum ‘Garu Kepala’ Lihat Gol Chanatip Songkrasin

Kepulangan pemain sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin kembali memukau penyokong di sana. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai BG Pathum United bagi musim 2023/2024 dan memainkan watak penting bersama pasukan. Kapten pasukan kebangsaan Thailand itu sekali lagi berada dalam kesebelasan utama BG Pathum berdepan Uthai Tani. Pengalaman beraksi di pentas bola sepak Jepun jelas memberi nilai […]
4 Kelab Thailand Selangkah Beraksi Di Liga Juara-Juara AFC Musim Ini

Thailand berpeluang menyaksikan 4 kelab negara tersebut beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Kecemerlangan aksi yang ditampilkan oleh beberapa pasukan Thailand musim lalu menyaksikan laluan mereka untuk beraksi di pentas berprestij bola sepak Asia itu semakin cerah. Menerusi pembahagian kelab mengikut prestasi yang ditampilkan dalam tempoh 4 tahun kebelakangan menyaksikan AFC memberikan […]
Ini 3 Destinasi Pilihan Luqman Hakim Jika Pulang Ke Asia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin telah menyenaraikan 3 liga yang menjadi destinasi pilihan beliau jika pulang beraksi di Asia. Pemain berusia 21 tahun itu sedang beraksi buat kelab Iceland, Njardvik FC namun berdepan saingan sengit ketika ini. Beliau hanya beraksi dalam beberapa perlawanan di sana sejak kebelakangan ini termasuklah 5 minit ketika turun menentang […]
Bekas Bintang Piala AFF Thailand Tersisih Ke Kelab Divisyen Dua

Perjalanan karier bekas bintang sensasi Thailand, Charyl Chappuis kini mula menjadi bualan selepas beliau kini beraksi buat kelab divisyen dua di sana. Pemain kelahiran Switzerland ini merupakan bintang utama skuad Gajah Perang sejak membuat kemunculan pada tahun 2014. Beliau pernah beraksi secara konsisten bersama skuad kebangsaan Thailand sehingga berjaya menjulang kejuaraan Piala AFF. Prestasi Charyl […]