Aidil Sharin Terima Tawaran Kelab Pantai Timur

Nama Aidil Sharin Sahak kembali hangat apabila bekas jurulatih Kedah itu dikaitkan dengan empat kelab termasuk dua kelab Liga Super. Dan hari ini, jurulatih Singapura itu mendedahkan telah menerima surat tawaran daripada sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur tanah air. Selain kelab yang tidak dinamakan itu, Aidil turut digosipkan dengan penghijrahan ke Terengganu. Bagaimanapun, […]

“Bukan Saja Azam, Hafizal Pun Boleh Potong Liridon” – Zainal Abidin

Bekas ketua jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan merakamkan rasa kecewa terhadap aksi yang ditampilkan oleh perancang tengah Terengganu, Liridon Krasniqi. Pemain naturalisasi negara itu merupakan pilihan utama ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Namun begitu, beliau jelas gagal mempamerkan aksi yang sebenar apabila anak didik Fandi Ahmad mempamerkan belang untuk […]

Terengganu Nafi Mahu Singkirkan Steinbruckner

Kedudukan Tomislav Steinbruckner sebagai jurulatih Terengganu kembali terumbang-ambing selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir termasuk 2-1 di tangan Sri Pahang. Di sebalik ura-ura Peteh bakal menggantikan jurulatih Croatia itu, ia dinafikan sekeras-kerasnya kelab dalam satu kenyataan hari ini. Pengurusan Penyu ingin mengingatkan sebarang usaha melantik jurulatih baru perlu dibuat dengan teliti dan tidak secara terburu-buru. […]

Peminat Setia Terengganu Ini Kecewa Dengan Adisak Kraisorn

Salah seorang penyokong tegar pasukan Terengganu menzahirkan rasa kecewa terhadap persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharu pasukan, Adisak Kraisorn. Dalam satu temubual bersama segmen Ais Play Terengganu, peminat ini berkongsikan pandangan ikhlas beliau mengenai prestasi semasa pasukan Peteh. Katanya, sekiranya beliau diberikan peranan selaku jurulatih, ada beberapa perkara yang mahu diperbaiki dalam usaha meningkatkan mutu […]

Keharmonian Bilik Persalinan Sri Pahang Kunci Prestasi Luar Biasa

Kunci kepada kestabilan musim sesebuah pasukan dipengaruhi oleh keharmonian bilik persalinan. Dan ini menjelaskan bagaimana Sri Pahang muncul sebagai salah satu daripada dua pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super musim ini. Semua mengetahui keupayaan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikatakan berada pada tahap berbeza. Tetapi bagi Sri Pahang, ia dianggap luar […]

Liga Super: Terengganu Terkulai Layu Dibedil Sri Pahang

Pertembungan antara dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Sri Pahang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada pasukan pelawat. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi meraih 3 mata sementara Sri Pahang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah. Pada babak pertama, aksi berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun peluang terbaik yang dimiliki oleh anak didik […]

Terengganu Perkenal Jersi Baharu Lambang Kemegahan Musim 2023

Dengan Liga Super kini memasuki perlawanan ke-10, pasukan-pasukan mula mencari idea bagi merancakkan lagi sokongan penyokong. Hari ini, Terengganu memperkenalkan jersi ketiga mereka untuk musim 2023. Pengumuman jersi baru skuad Peteh itu diumumkan menerusi laman media sosial rasmi mereka. Warna jersi kali ini sedikit berbeza dengan menggunakan warna emas berbanding warna hitam putih (jersi home) […]

Tomislav Steinbruckner: Pemain Terengganu Fikir Raya Awal

Kekalahan besar 5-1 Terengganu di tangan pasukan Selangor sememangnya mengecewakan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner. Dan jurulatih Croatia itu percaya kesilapan-kesilapan individu yang dibuat anak-anak buahnya semalam disebabkan mereka memikirkan sambutan Hari Raya Aidilfitri terlebih dahulu. Pandangan tersebut dilemparkan kerana beliau merasakan anak-anak buahnya hilang fokus dan gagal bersaing dengan pemain-pemain tuan rumah. Disebabkan perkara yang […]

Safawi Rasid Dicadangkan 3 Kelab Terbaik Sekiranya Pulang Ke Malaysia

Kelibat pemain sayap sensasi Malaysia, Safawi Rasid kembali meniti di bibir penyokong bola sepak tanah air ketika ini. Masa depan pemain berusia 26 tahun itu kembali menjadi tanda tanya susulan kenyataan yang dibuat oleh Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tentang beliau. Baginda menjelaskan bahawa Safawi menyatakan rasa kurang selesa untuk beraksi […]

Tan Cheng Hoe: Keseimbangan Skuad Selangor Musim Ini Lebih Mantap

Kemenangan 5-1 Selangor ke atas Terengganu semalam bukan sekadar mengukuhkan kedudukan Merah Kuning di tangga kedua liga. Malah, ini menunjukkan keseimbangan skuad yang dibimbing Tan Cheng Hoe untuk musim ini lebih mantap. Di setiap posisi pasukan, setiap pemain bersaing hebat merebut slot kesebelasan utama. Ia bukan sekadar memberi ‘squad depth’ kepada Cheng Hoe dalam mengharungi […]

Skuad Muda Terengganu Masih Kebal Tak Terlawan

Pasukan muda Terengganu yang beraksi di Piala MFL terus memperagakan aksi yang memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan ke-7 berturut-turut. Anak buah Hairuddin Omar kini cemerlang memimpin tangga liga apabila meraih satu lagi kemenangan berharga menentang Kelantan United dengan keputusan 4-1. Mereka juga telah pun mengejutkan pencabar utama, Johor Darul Ta’zim ll apabila meraih kemenangan tipis 1-0 […]

Penyokong Selangor Bakal Penuhi Stadium MBPJ Berbaju Melayu

Dengan sambutan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, Selangor mengambil pendekatan kreatif untuk perlawanan terakhir mereka pada bulan Ramadan. Untuk aksi Liga Super menentang Terengganu esok, Merah Kuning mahu para penyokong hadir ke Stadium MBPJ dengan memakai baju Melayu. Seruan ini dibuat melalui satu hantaran di laman media sosial Selangor FC hari ini. Menariknya, hantaran […]

Piala FA: Terengganu Ratah Melaka

Aksi pusingan 16 saingan Piala FA hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang Melaka FC. Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu tidak berdepan laluan sukar untuk menundukkan cabaran pasukan yang beraksi di Liga M3, Melaka FC. Seawal minit ke-5 permainan, Terengganu berjaya memecah kebuntuan menerusi Ivan Mamut. Penyerang import berusia 25 tahun […]

“Terengganu Lawan Terkuat Melaka Musim Ini” – Pedro Hipolito

Perlawanan pusingan kedua Piala FA Terengganu-Melaka dianggap tugas sukar buat anak-anak buah Pedro Hipolito. Malah, jurulatih Portugal itu turut mengakui skuad Peteh sebagai antara lawan terkuat pasukan Liga M3 itu musim ini. Terengganu sudah mula menemui rentak di bawah bimbingan jurulatih Tomislav Steinbruckner. Dengan tiga kemenangan dari tiga perlawanan liga terbaru mereka, anak-anak buah Steinbruckner […]

Tiada Faisal Halim, ‘Siuu’ Tetap Bergema Di Terengganu

Ketika Terengganu FC dilihat sangat terkesan selepas kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu seperti Faisal Halim yang ke Selangor, Jordan Mintah kini menjadi buah mulut penyokong Terengganu selepas berjaya meledak gol-gol penting dalam beberapa perlawanan terkini ‘Sang Penyu’ . Dalam aksi Liga Super semalam, Terengganu berjaya menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-0. Lebih manis […]

Liga Super: Terengganu Berpesta Gol Ke Atas Kelantan

Terengganu merekodkan kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini. Ini selepas anak-anak buah Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini. Kurang setengah jam sebelum perlawanan bermula, pengurusan The Red Warriors mengumumkan Choi Moon-sik ‘direhatkan’ sebagai jurulatih dengan tempatnya digantikan oleh Rezal Zambery Yahya sebagai jurulatih […]