Info Siaran Langsung Terengganu vs Kelantan | Liga Super 2023

Perlawanan tumpuan Liga Super ke-6 terarah kepada pertembungan antara pasukan Terengganu yang bakal melayan kunjungan Kelantan. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini sudah tentu mahu dimanfaatkan oleh skuad Peteh yang kini mendapat semula momentum di atas padang. Anak didik Tomislav Steinbrückner mencatat kemenangan dramatik menewaskan Kelantan United 3-1 sementara The Red […]
Jalan Berbeza Hairuddin Omar & Tomislav Steinbrückner Di Terengganu

Impak yang dibawa oleh pengendali muda Terengganu II, Hairuddin Omar semakin mendapat perhatian apabila pasukannya mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan. Kemampuan untuk individu yang lebih mesra dikenali sebagai Hai-O ini merupakan cerita yang berbeza dengan seorang lagi pengendali Terengganu, Tomislav Steinbrückner. Pengendali berusia 43 tahun itu cemerlang menggalas tanggungjawab untuk memacu cabaran skuad muda Peteh […]
Tomislav Steinbruckner Masih Tiada Jawapan Mengenai Pengganti Kulmatov

Menjelang aksi ‘derby’ Pantai Timur membabitkan Terengganu dan Kelantan esok, dari satu segi ramai penyokong Peteh melihat ini sebagai peluang meraih tiga mata penuh. Tetapi tanpa beberapa tonggak utama, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner berdepan tugas sukar meraih kemenangan. Dua tonggak utama Peteh iaitu Jordan Mintah dan Sony Norde dilaporkan masih mengalami kecederaan. Manakala bek tengah […]
“Kalau Skuad Baik Tapi Tak Ada 3 Ni Tak Guna Juga” – Peminat Cilik Terengganu

Aksi Liga Super ke-6 melibatkan pertembungan antara Terengganu dan Kelanta n United menyaksikan pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan 2-1 namun komentar ‘jurulatih’ cilik mencuri tumpuan penyokong. Kemenangan tersebut jelas menggembirakan para penyokong skuad Peteh susulan aksi hambar pada permulaan musim ini. Aksi ini bagaimanapun diserikan lagi dengan komentar yang diberikan oleh penyokong Terengganu yang dikenali […]
“Kalau Saya Boleh Beraksi Sampai Umur 45 Tahun, Alhamdulillah” – Argzim Redzovic

Tidak ramai pemain yang boleh beraksi sehingga usia 40-an dan jika ada, hanya sedikit seperti Amri Yahyah, Shukor Adan dan Ramesh Lai Ban Huat. Justeru, bagi bek tengah Terengganu, Argzim Redzovic, jika dia dapat beraksi pada usia berkenaan, ia merupakan satu rezeki buat dirinya. Selepas enam tahun beraksi di Malaysia, Redzovic ketika ini menanti status […]
Jurulatih Terengganu Dikenakan Surat Tunjuk Sebab

Dengan prestasi terumbang-ambing Terengganu dalam Liga Super ketika ini, kedudukan jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner kini tidak menentu. Walaupun musim liga baru saja bermula, pengurusan skuad Peteh bakal menghantar surat tunjuk sebab kepadanya. Di sebalik tindakan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Ab Rasid Jusoh menegaskan kedudukan jurulatih Croatia itu masih selamat. Malah, tindakan mengeluarkan surat […]
“Saya Rasa Gol Kalau Ada VAR” – Shahrel Fikri

Pemain sayap Negeri Sembilan, Shahrel Fikri hampir menjaringkan gol pertamanya musim ini apabila sepakannya hanya menerjah palang gol lalu melantun keluar. Beliau berpendapat jika sistem VAR wujud pasti ledakanya itu dikira gol. Namun, beliau tetap bangga kerana berjaya membantu Negeri Sembilan bangkit menewaskan Terengganu. “Saya rasa gol kalau ada VAR, boleh lihat kalau ada. Walaubagaimanapun, […]
Liga Super: Negeri Sembilan Buat Terengganu Terduduk Di Paroi

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Abdul Rahman Paroi. Skuad Jang kembali bangkit dan mengutip tiga mata berharga apabila berjaya menewaskan Skuad Peteh dengan keputusan 2-1. Babak separuh masa pertama bermula dengan peluang terbaik hadir seawal minit pertama permainan buat pasukan pelawat menerusi Liridon Krasniqi. […]
Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Terengganu | Liga Super 2023

Pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu mencuri tumpuan menjelang aksi Liga Super 2023 malam ini. Anak didik Tomislav Steinbrückner mahu meneruskan rentak cemerlang selepas berjaya memberi tiga mata pertama kepada pasukannya ketika menewaskan PDRM tempoh hari. Bukan itu sahaja, kunjungan ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sudah tentu lebih bermakna untuk memanfaatkan prestasi Negeri […]
Piala MFL: Skuad Muda Terengganu Tumbangkan JDT

Selepas dikejutkan dengan keputusan seri 2-2 dengan PDRM beberapa hari lepas, Johor Darul Ta’zim (JDT) II berharap dapat bangkit menentang Terengganu II. Sangkaan tersebut meleset apabila anak-anak buah Mariano Echeverria itu tewas mengejut 0-1 kepada pasukan pelawat hari ini. Turun dengan keazaman melakar kemenangan, Harimau Selatan berusaha mendominasi lawan mereka dari pantai timur itu. Bagaimanapun, […]
Mark Goulon Sudah Sihat, Perkuat Negeri Sembilan Layan Kunjungan Terengganu

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Mark Goulon sudah pun sihat sepenuhnya sekaligus memberi tonik tambahan kepada pasukan menjelang pertemuan dengan Terengganu. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara aset terbaik yang dimiliki oleh K.Devan dalam memacu cabaran pasukan untuk mengharungi musim panjang kali ini. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan dalam pertemuan menentang JDT tempoh hari yang […]
Liga Super: Terengganu Catat Kemenangan Pertama Atasi PDRM

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang PDRM. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2023. Babak separuh masa pertama berakhir dengan tiada jaringan dihasilkan. Kedua-dua pasukan saling mengasak namun Skuad Peteh dilihat lebih mendominasi permainan apabila banyak […]
Info Siaran Langsung Terengganu vs PDRM | Liga Super 2023

Pertembungan antara pasukan Terengganu dan PDRM mencuri tumpuan menjelang aksi Liga Super 2023 musim ini. Anak didik Tomislav Steinbrückner mahu mengubati kekecewaan selepas beliau masih tidak berjaya memberi mata pertama kepada pasukannya. Bukan itu sahaja, kunjungan PDRM sudah tentu lebih bermakna setelah mereka berjaya mengejutkan Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0 tempoh hari. Terengganu yang […]
PDRM Tak Sabar Kejutkan Terengganu

Segar daripada kemenangan 1-0 ke atas Kedah pada minggu lepas, kini PDRM mensasarkan Terengganu sebagai mangsa seterusnya. Walaupun berstatus pasukan bukan pilihan, anak-anak buah Azzmi Ab Aziz percaya mereka boleh mencatatkan satu lagi kemenangan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin esok. Tetapi pada masa sama, Sang Saka Biru tetap menghormati keupayaan pihak lawan. Walaupun menduduki […]
Adisak Kraisorn Akui Kecewa Dengan Prestasinya Bersama Terengganu

Satu mata, tanpa gol dalam tiga perlawanan dan berada di tangga tercorot liga, ia sesuatu yang meresahkan penyokong-penyokong Terengganu. Bagi penyerang utama mereka, Adisak Kraisorn, situasi ini turut mengecewakannya. Bagi Adisak, setiap kali diturunkan oleh jurulatih Tomislav Steinbruckner, dia berusaha menjaringkan gol untuk skuad Peteh. Tetapi malangnya, penyerang Thailand itu belum sempat merealisasikan impian menjaringkan […]
CEO Terengganu Bimbang Dengan Prestasi Pasukan

Selepas tiga perlawanan Liga Super, Terengganu hanya meraih satu mata dan berada di kedudukan tercorot. Dan skuad Peteh masih lagi gagal menjaringkan gol – satu fakta yang meresahkan bukan saja para penyokong tetapi CEO pasukan, Ab Rasid Jusoh. Begitupun, beliau percaya anak-anak buah Tomislav Steinbruckner mampu bangkit dan memburu kemenangan dalam perlawanan liga seterusnya. Malah, […]