Terengganu Ucap Selamat Tinggal Kepada Dua Import Pasukan?

Menjelang tetingkap perpindahan kedua pada bulan hadapan, kelab-kelab Liga Super mula merombak barisan pemain mereka. Dan Terengganu FC dikhabarkan bakal melepaskan dua awang import mereka. Dua awang import tersebut ialah bek tengah Uzbekistan, Sardor Kulmatov dan pemain tengah bertahan dari Croatia, Domagoj Pusic. Perkhabaran ini dibawa oleh pengguna Twitter, Piang Shankly hari ini. Ini selepas […]
Jordan Mintah Jawab Tuduhan Tomislav Steinbrückner

Penyerang import Terengganu FC, Jordan Mintah menafikan kenyataan yang dilemparkan oleh ketua jurulatih pasukan, Tomislav Steinbrückner susulan kekalahan kepada KL City semalam. Aksi separuh akhir itu menyaksikan Terengganu beraksi di halaman sendiri gagal memanfaatkan peluang untuk mencatat kemenangan. Skuad Peteh ditunjukkan jalan keluar apabila tewas menerusi sepakan penalti setelah perlawanan terikat 0-0 sepanjang 120 minit […]
Pemain Terengganu Takut Ambil Sepakan Penalti?

Semalam, KL City FC berjaya layak ke final Piala FA 2023 selepas menewaskan Terengganu FC menerusi penentuan sepakan penalti. Tetapi apa yang mengecewakan jurulatih Peteh, Tomislav Steinbruckner ialah keengganan sesetengah pemain tampil menyempurnakan penalti untuk pasukan. Jurulatih Croatia itu tidak mengerti mengapa pemain-pemain ini enggan mengambil sepakan penalti untuk satu detik yang boleh saja membawa […]
Liridon Krasniqi Kini Kembali

Perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi mempamerkan persembahan yang cukup mengujakan sungguhpun hasrat pasukannya layak ke pentas akhir terlerai. Pemain kelahiran Kosovo itu diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Peteh dan membentuk gandingan yang baik bersama Habib Haroon dan Engku Shakir. Bekas bintang Kedah ini mempamerkan persembahan yang cukup meyakinkan segelah melalui beberapa perlawanan yang kurang […]
Terengganu vs KL City: KL City Mara Ke Final Piala FA

Pertembungan separuh akhir Piala FA antara pasukan Terengganu dan KL City berlangsung dengan cukup sengit di Gong Badak. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik sambil asakan awal dilakukan untuk mencari gol pembukaan permainan. Anak didik Tomislav Steinbrückner lebih selesan mengawal permainan memperoleh peluang terbaik di hadapan gawang yang terbuka luas namun Sony Norde gagal menyudahkan […]
7 Kelab Malaysia ‘Layak’ Beraksi Di Liga Juara-Juara AFC

Dengan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC bakal menjelang tidak lama lagi, kelab-kelab Malaysia mula membuat persiapan mendapatkan Lesen Kelab AFC 2023. Dan hari ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan tujuh pasukan sudah menerima lesen berkenaan. Tujuh pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, Kedah […]
Safee Sali: Cerita Terengganu FC & JDT FC Berbeza Jika Ada VAR

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC meraih kemenangan ke-14 dalam liga dengan membenam Terengganu FC 3-1 semalam. Tetapi bagi bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, keputusan perlawanan mungkin saja berbeza sekiranya Harimau Selatan dipaksa beraksi dengan 10 orang pemain. Beliau merujuk kepada satu insiden kekasaran membabitkan pemain gantian Peteh, Ivan Mamut dan bek tengah JDT FC, […]
Liga Super: Terengganu Mudah Atasi Cabaran Perak

Hasrat Perak melakar kebangkitan di bawah jurulatih sementara, Yusri Che Lah tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Terengganu mudah melakar kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah di Stadium Perak. The Bos Gaurus berharap pasukan kembali bangkit selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim memulakan perlawanan dengan langkah kiri. Cubaan Bryan See mengeluarkan bola gagal apabila ia […]
Terengganu Bakal Rombak Pemain Import Pasukan

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super sudah mula membuat perancangan memperkuatkan pasukan. Dan Terengganu difahamkan bakal mencari seorang pemain import baru. Ini berdasarkan satu laporan Nadi Arena yang menyatakan skuad Peteh bakal mencari seorang pemain import baru bagi menggantikan salah seorang daripada sembilan pemain import mereka. Ketika ini, Terengganu […]
Nor Hakim Hassan Sertai Terengganu

Selepas meninggalkan Selangor secara persetujuan bersama beberapa hari lepas, ramai ingin tahu destinasi Nor Hakim Hassan seterusnya. Hari ini, Terengganu secara rasmi memperkenalkan pemain sayap berusia 31 tahun itu sebagai pemain baru mereka. Pengumuman perpindahan Nor Hakim ke skuad Peteh diumumkan dalam laman media sosial rasmi pasukan itu. Kehadiran Nor Hakim dijangka menambah pilihan jurulatih […]
Terengganu Hilang Khidmat Syafik Ismail

Keceriaan Terengganu mara ke separuh akhir Piala FA 2023 pada Sabtu lepas sedikit tercalar. Ini selepas pemain sayap muda, Syafik Ismail dilaporkan mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL) dalam perlawanan tersebut. Sebelum itu, Syafik, 23, menceriakan penyokong skuad Peteh dengan meledakkan gol keempat tuan rumah pada minit ke-82. Ia terhasil menerusi satu rembatan lencong dari […]
Bintang Piala AFF Harimau Malaya Tinggalkan Selangor

Dengan tetingkap pasaran perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super mula menentukan pemain mana yang patut dikekalkan. Dan semalam, Selangor bersetuju menamatkan kontrak pemain sayap Harimau Malaya, Nor Hakim Hassan secara persetujuan bersama. Perkara ini diumumkan Red Giants menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka semalam. Malah, ia turut didedahkan […]
Piala FA: Terengganu Ke Separuh Akhir Tumbangkan Kelantan

Terengganu terpaksa bekerja keras dalam aksi suku akhir Piala FA 2023 sebelum menang 4-2 ke atas Kelantan hari ini. Kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA lebih istimewa kerana aksi suku akhir ini ialah derby Pantai Timur membabitkan Terengganu dan Kelantan. Dengan status sebagai pasukan pilihan dan tuan rumah, ramai percaya Terengganu tidak akan berdepan […]
Formula Ampuh Tomislav Steinbrückner Mampu Ubah Nasibnya Di Terengganu?

Percaturan yang membuahkan hasil oleh jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrückner ketika membawa pasukannya untuk mengikat Sabah semalam bakal mengubah ceritanya di Terengganu. Pasukan pelawat dikejutkan dengan dua jaringan oleh The Rhinos yang seakan telah menutup ruang buat Terengganu memperoleh mata pada perlawanan ini. Namun begitu, dua sepakan percuma oleh Sony Norde telah memastikan pasukannya berjaya mencuri […]
Liga Super: Terengganu Bangkit Ikat Sabah

Terengganu berjaya mengelak daripada kalah buat kali ketiga berturut-turut. Ini selepas skuad Penyu berjaya mengikat Sabah 2-2 di Stadium Likas untuk aksi ke-11 Liga Super hari ini. Walaupun memegang gelaran naib juara Liga Super musim lepas, ia gagal diterjemahkan di atas padang oleh anak-anak buah Tomislav Steinbruckner untuk saingan musim ini. Sementara Sabah yang menduduki […]
Dua Kelab Pantai Timur Jadi Destinasi Safawi Rasid

Semalam, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengumumkan statusnya sebagai pemain pinjaman di Ratchaburi sudah berakhir. Tidak lama selepas pengumuman tersebut dibuat, sudah ada ura-ura dua pasukan dari Pantai Timur bakal dipilih sebagai pasukan barunya. Hal ini dinyatakan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitter semalam. Kehadiran semula […]