Terengganu Pilih Liridon Krasniqi

Dahulunya dikritik dengan agak dahsyat namun kini segalanya berubah 360 darjah buat pemain naturalisasi negara yang kini menyarung jersi Terengganu FC, Liridon Krasniqi. Segala yang ada pada dirinya dicurahkan dan dipersembahkan di atas padang. Bagi dua aksi terkini Liridon, kredit perlu diberikan kepada beliau yang berjaya menyumbangkan dua bantuan gol. Pada aksi separuh akhir kedua […]
Tomislav Steinbruckner Puji Aura Penyokong Terengganu

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner gembira dengan aksi anak buahnya menewaskan KL City untuk mara ke pentas akhir dihadapan ribuan penyokong Terengganu. Tomislav Steinbruckner menyifatkan pertembungan dengan pasukan KL City adalah perlawanan yang sukar namun Terengganu berjaya mengatasi perkara itu. “Kami menang 2-1 untuk aksi pertama separuh akhir dan sekali lagi kami menang 2-1 namun KL […]
“Tindakan Kurang Bijak, Pertama Kali Berlaku Dalam Dunia” -Razman Roslan

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan terkejut dengan apa yang disaksikannya selepas melihat reaksi yang dipamerkan dari pemain tengah Terengganu, Liridon Krasniqi. Beliau dalam satu kenyataan kepada Astro Arena menjelaskan bahawa pemain tengah berbakat ini merupakan pemain terbaik pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia berdepan KL City. Namun begitu, tindakan luar kawalan dari pemain kelahiran […]
Liridon Krasniqi Tergolek, Pasukan Perubatan Tergamam

Disebalik kemaraan Terengganu FC ke pentas akhir Piala Malaysia 2023, ada beberapa insiden telah berlaku dalam perlawanan separuh akhir di antara Terengganu dan Kuala Lumpur City FC (KL City). Antara insiden yang menjadi tumpuan adalah insiden yang melibatkan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang tergolek daripada pengusung pada waktu kecederaan. Kejadian tersebut sempat dirakam lensa […]
Piala Malaysia: Terengganu Iringi JDT Ke Final, Tewaskan KL City

Terengganu berjaya merebut tiket ke final Piala Malaysia 2023 selepas menumbangkan KL City untuk mengiringi perjalanan juara bertahan, JDT di pentas akhir. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Terengganu memiliki dua peluang terbaik menerusi rembatan Sony Norde dan Habib Haroon namun ketangkasan penjaga gol The […]
Gelagat Bekas Bintang Kedah Sarung Jersi JDT Jadi Perhatian

Bekas bintang Terengganu dan juga Kedah kini meraih perhatian ramai apabila beliau dilihat menyarung jersi JDT sewaktu menjalani latihan kecergasan. Marcel Dechi menghabiskan dua tahun bersama Terengganu sebelum berpindah ke Kedah Darul Aman dan sempat bersama pasukan tersebut selama setahun. Kini Marcel Dechi merupakan pemain baharu Kuching City setelah melengkapkan perpindahan pada bulan Jun yang […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: Terengganu vs KL City, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua menyaksikan pasukan Terengganu bakal menerima kunjungan KL City bagi merebut slot ke final Piala Malaysia. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner memiliki kelebihan satu gol selepas meraih kemenangan 2-1 di laman lawan. The City Boys sudah pasti mahu menamatkan rentetan kekalahan […]
Giancarlo Gallifuoco Mahu Saksikan Kebangkitan Terbaik Di Terengganu

Pertahanan kental pasukan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco optimis dengan kepulangan tiga tonggak utama pasukan yang mampu memberikan nilai tambah dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Beliau dan rakan sepasukan tidak mahu melepaskan peluang berharga ini untuk sekali lagi mara ke final selepas melakukannya pada aksi Piala FA. Ketika ini, The City Boys ketinggalan […]
Tomislav Steinbruckner: Kita Mahu Menang Bersama Sebagai Satu Pasukan

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpandangan sekiranya mereka mengalahkan KL City FC malam ini, mereka melakukannya sebagai satu pasukan. Sebelum ini, ramai percaya kemenangan skuad Peteh disumbang oleh pemain-pemain individu seperti Sony Norde, Habib Haroon, Ivan Mamut dan penjaga gol Suhaimi Husin. Bagaimanapun, Steinbruckner melihat kejayaan yang diraih baik dalam Liga Malaysia (Liga M) mahupun […]
“Ada Sebab Terengganu Iringi JDT Ke Asia”

Persembahan yang ditonjolkan oleh wakil Malaysia di Asia, Terengganu FC meraih perhatian pemain berpengalaman yang beraksi buat kelab Filipina, Stallion Laguna. Menerusi satu kenyataan pada pra perlawanan tenpoh berdepan Terengganu tempoh hari, pemain yang dimaksudkan ialah kapten pasukan Stallion Laguna, Mattew Nierras yang mengagumi kekuatan pasukan Pantai Timur itu. “Apabila kami melihat Terengganu berjaya menewaskan […]
Khalid Samad Nafi Tunggakan Gaji KL City Cecah 4 Bulan

Isu yang membelenggu pasukan Liga Super 2023, KL City FC hangat diperdebatkan selepas berita mengenai tunggakan gaji mencecah 4 bulan disahkan tidak benar. Menerusi satu kenyataan bersama pihak pengurusan tertinggi kelab hari ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjelaskan bahawa pasukan itu tidak pernah mengalami tunggakan gaji dalam tempoh yang begitu lama. […]
Terengganu Seru Penyokong Zahir Solidariti Buat Palestin Di SSMZA

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 di antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC pada Jumaat ini (3 November) sudah pasti menjadi perhatian ramai. Peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan untuk mara ke pentas akhir memandangkan agregat tipis 2-1 yang memihak Terengganu masih belum selamat. Demi memeriahkan perlawanan separuh akhir itu, pihak pengurusan […]
Strategi Perniagaan Shahrul Nizam Bantu Lariskan Tiket Terengganu

Menjelang aksi separuh akhir Piala Malaysia yang menemukan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Jumaat ini, pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni ada tawaran kepada penyokong Terengganu. Shahrul Nizam bermurah hati untuk menghadiahkan sebanyak 50 keping tiket secara percuma kepada penyokong Terengganu. Tiket yang diberikan secara percuma itu adalah bersyarat. Syaratnya […]
Persaingan Sengit Buru Status Pertahanan Terbaik Liga Malaysia

Persaingan merebut status selaku pertahahan terbaik Liga Malaysia terus berlangsung sengit dengan beberapa nama besar disenarai pendek untuk merebut gelaran tersebut. Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23) kembali merancakkan arena bola sepak Malaysia dengan beberapa 16 kategori dipertandingkan dengan dua kategori diperkenalkan. MFL berbesar hati apabila dapat kembali menganjurkan acara berprestij ini secara fizikal yang […]
Liridon Krasniqi Kembalikan Magis

Biarpun keputusan seri 2-2 telah dicatatkan Terengganu FC ketika berkunjung ke Stadium Darul Makmur menentang Sri Pahang FC semalam, namun pemain yang menjadi tumpuan adalah pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi. Umum mengetahui, Liridon mempunyai kelebihan dalam melakukan hantaran lolos yang baik suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, magisnya semakin pudar selepas beliau kerap bertukar pasukan. Pemain […]
Liga Super: Sri Pahang Pamer Kebangkitan Luar Biasa Sebelum Ikat Terengganu

Hasrat Terengganu FC untuk terus mendaki kedudukan Liga Super semakin pudar apabila diikat 2-2 oleh tuan rumah, Sri Pahang pada aksi di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Terengganu yang tidak menurunkan beberapa tonggak utama seperti Ivan Mamut dan Sony Norde dilihat memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang baik. Selepas beberapa kali melancarkan serangan ke kubu […]