Siaran Langsung Piala MFL: Terengganu II vs JDT II, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan akhir antara pasukan Terengganu FC II dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) II mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan dua pasukan terbaik bakal beradu kekuatan malam ini. Kelebihan memihak kepada anak buah Hairuddin Omar yang telah mencatatkan dua kemenangan dalam tiga […]

3 Import Utama JDT Dijangka Turun Bertemu Terengganu

Menjelang aksi akhir Piala MFL hari ini, JDT II dijangka bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran tiga pemain import daripada skuad senior JDT. Kelibat Endrick dos Santos, Shane Lowry dan juga Oscar Arribas dilihat turut serta menjalani sesi latihan di Stadium Cheras bersama pasukan JDT II. Kehadiran tiga pemain ini sekaligus memberi petanda bahawa mereka akan […]

Kerteh Tewas Lagi Kepada Kesa FC

Pasukan yang semakin meningkat naik, Kerteh FC menggigit jari lagi selepas mereka tewas kepada Kesa FC dalam aksi terbaru Terengganu Football League. Selepas tewas kepada Besut FA pada minggu lepas, The Oilers berharap dapat bangkit dan merekodkan kemenangan. Walaupun beraksi di tempat lawan, Kerteh boleh menghela nafas lega kerana kapten Amierul Akin kembali membarisi kesebelasan […]

Terengganu Menang, Kasut Habib Haroon Pula Diperhatikan

Perlawanan Piala AFC 2023 antara pasukan Terengganu dan juga Stallion Laguna mencuri tumpuan selepas yang terarah kepada kapten pasukan Terengganu, Habib Haroon. Aksi yang berlangsung di gelanggang lawan itu menyaksikan kebangkitan dramatik anak buah Tomislav Steinbruckner telah membantu untuk memperoleh kemenangan 3-2 di gelanggang lawan. Jaringan akhir perlawanan oleh pemain sayap lincah skusd Peteh, Sony […]

Kapten JDT II Mahu Julang Piala Demi Kebanggaan Johor

Kapten pasukan JDT II, Muhammad Nizaruddin bertekad mahu menjulang Piala MFL 2023 demi membanggakan rakyat Johor. Nizaruddin mengakui pasukan JDT harus berwaspada dengan ancaman Terengganu yang menampilkan aksi cemerlang ketika ini namun optimis JDT akan memberikan yang terbaik untuk menjulang Piala MFL. “Macam yang kita tahu, Terengganu adalah pasukan yang kuat tapi sebagai pemain kami […]

Hairuddin Omar Terbayang Satu Perkara Hadapi Skuad Terbaik JDT

Ketua jurulatih Terengganu FC ll, Hairuddin Omar hanya mampu memikirkan satu perkara berdepan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) ll di Stadium Cheras. Aksi yang berlangsung di gelanggang neutral ini menyaksikan kedua-dua pasukan bakal menurunkan kesebelasan terbaik. Beliau bagaimanapun ootimis dengan persiapan pasukan sungguhpun merisaukan beberapa pemain utama yang kurang cergas menjelang aksi esok hari. Mengulas […]

Minggu Gemilang Tiga Wakil Malaysia Di Asia

Minggu ini mungkin boleh dikatakan sebagai minggu gemilang bola sepak Malaysia apabila menyaksikan tiga kelab Liga Super Malaysia mencatatkan kemenangan berharga di pentas asia. Minggu gemilang bola sepak Malaysia dimulakan dengan kemenangan berharga juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menwaskan juara Liga K1 Korea, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 pada aksi Liga […]

AFC Cup: Terengganu Tamatkan Tentangan Sengit Stallion Laguna

Terengganu FC sekali lagi bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan kelab Filipina, Stallion Laguna dalam aksi keempat Kumpulan G Piala AFC hari ini. Skuad Peteh berharap dapat mencatat kemenangan hari ini selepas diikat 2-2 oleh lawan sama di Kuala Terengganu beberapa minggu lepas. Bagaimanapun, The Stallions sekali lagi buat jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menggaru kepala dengan […]

Venue Rasmi Final Piala Malaysia Akhirnya Diumumkan

Penantian para peminat bola sepak tanah air berkenaan venue rasmi Piala Malaysia akhirnya terjawab menerusi satu pengumuman oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini. Pertembungan dua pasukan berprestij di Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC menjadi tumpuan selain menjadi kejohanan akhir untuk menutup aksi musim ini. Juara bertahan Piala Malaysia, […]

Jangkaan Liridon Krasniqi Benar-Benar Terjadi

Kemaraan Terengganu FC ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 dihiasi dengan prestasi luar biasa yang dipmerkan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dan penyerang import mereka, Ivan Mamut. Kedua-dua pemain tersebut telah membuka mata banyak pihak mengenai kebolehan mereka selepas menonton aksi separuh akhir kedua menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) tempoh hari. Namun begitu, […]

Siaran Langsung AFC Cup: Stallions vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi Piala AFC antara pasukan Terengganu dan Stallions FC menjadi tumpuan selain menjadi aksi yang penting buat wakil Malaysia untuk merekodkan kemenangan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Binan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 pada pertemuan lalu sekaligus memberikan mata pertama buat Stallions pada saingan kali ini. Anak buah Tomislav Steinbruckner bagaimanapun hadir […]

“Kami Mahu Layak Ke Peringkat Kalah Mati” – Habib Haroon

Kapten Terengganu, Habib Haroon bertekad mahu membantu Terengganu melayakkan diri ke peringkat kalah mati saingan Piala AFC. Pemain tengah pasukan itu mengakui cabaran besar menanti Terengganu untuk perlawanan menentang Stallion Laguna dalam meraih 3 mata berharga. “Ya, hari ini seperti yang jurulatih katakan, hari baru, cabaran baru. Kita berada di sini untuk melayakkan diri dari […]

Terengganu Buru Kemenangan Ke Atas Stallion Laguna

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap dapat meraih kemenangan ke atas kelab Filipina, Stallion Laguna esok. Ini kerana kemenangan dalam perlawanan keempat Kumpulan G esok meletakkan skuad Peteh dalam kedudukan baik untuk layak ke pusingan seterusnya. Selain itu, ini bakal memudahkan perancangan Steinbruckner bila menghadapi baki dua perlawanan kumpulan masing-masing menentang Bali United dan Central […]

“Hari Pertama Lagi Saya Nampak Kualitinya & Kini Terbukti” -Dato’ Zainal Abidin

Jurulatih berpengalaman negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan membuktikan ramalannya sentiasa tepat apabila seorang lagi pemain yang diragui pada awal musim mempamerkan bisanya. Menerusi satu perkongsian kepada segmen Nindia Bola, pengendali berusia 60 tahun itu membuka mulut mengenai prestasi yang ditonjolkan oleh penyerang berbisa Terengganu, Ivan Mamut. Pemain kelahiran Croatia ini dipertikai aksinya pada awal musim […]

Bekas Pemain Terengganu Kini Berbakti Di Liga Croatia

Bekas perancang tengah Terengganu kini mendapat tempat semula di Liga Croatia setelah menamatkan tempohnya di Liga Malaysia. Pemain berusia 32 tahun yang dimaksudkan itu ialah Domagoj Pusic yang menjadi sandaran utama skuad Peteh untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Khidmat beliau bagaimanapun tidak dikekalkan dalam pasukan selepas memperagakan aksi kurang memberangsangkan pada permulaan musim. Beliau akhirnya […]

Josko Gvardiol Versi Malaysia Telah Ditemui

Umum mengetahui, Terengganu FC berjaya mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) di separuh akhir. Mereka bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara bertahan. Namun disebalik kemaraan Terengganu ke final, ada beberapa tonggak Sang Penyu yang menjadi nadi utama pasukan. Salah seorangnya adalah pemain pertahanan […]