Sony Norde: Kami Bangkit Terlalu Lambat

Penyerang Terengganu, Sony Norde mengakui aksi teruk separuh masa pertama menyebabkan pasukan tersebut keciciran 3 mata berharga dalam saingan Piala AFC. “Kami memandang rendah pihak lawan. Kami tidak bermain bola sepak dengan betul pada separuh masa pertama dan kami memberikan pihak lawan peluang.” ujar Sony kepada pihak media Astro Arena. Penyerang berusia 34 tahun itu […]
Tomislav Steinbruckner Kecewa Dengan Kelesuan Penyudah Terengganu

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui kecewa dengan kualiti penyudah yang dipamerkan anak-anak buahnya semasa menentang Stallion Laguna petang tadi. Aksi ketiga Kumpulan G Piala AFC itu menyaksikan Terengganu dibolosi dua kali pada babak pertama sebelum Sony Norde merapatkan jurang pada minit ke-47. Penyerang gantian dari Thailand, Adisak Kraisorn memastikan skuad Peteh meraih keputusan seri […]
AFC Cup: Terengganu Pamer Kebangkitan Menakjubkan Ikat Stallion Laguna

Wakil Malaysia di Piala AFC, Terengganu FC mengekalkan rentak cemerlang apabila mengikat wakil Filipina, Stallion Laguna dengan keputusan 2-2. Anak didik Tomislav Steinbruckner turun dengan motivasi terbaik selepas tampil dengan cukup cemerlang sungguhpun beberapa pemain tidak berada dalam tahap kecergasan terbaik. Pasukan pelawat bagaimanapun melakukan kejutan apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma oleh Griffin […]
AFC Cup: Terengganu Ingatkan Penyokong Jangan Libatkan Isu Agama & Politik Di Stadium

Menjelang aksi Piala AFC membabitkan Terengganu FC dan Stallion Laguna petang ini, penyokong diingatkan agar tidak membawa isu agama dan politik di stadium. Peringatan ini dibuat dalam mesyuarat membabitkan AFC, delegasi Terengganu dan Stallion Laguna hari ini. Ini selepas ramai penyokong bola sepak dikesan membawa bendera negara lain ke stadium sejak kebelakangan ini. Peringatan ini […]
Bolos 14 Gol Di Asia, Terengganu Sedia Tambah Sengsara Stallion

Menjelang aksi Piala AFC Terengganu FC dan Stallion Laguna malam ini, ramai penyokong menjangkakan skuad Penyu akan meraih kemenangan mudah. Ini disebabkan statistik gol yang menembusi gawang lawan mereka itu dalam dua perlawanan Kumpulan G. Biarpun menjaringkan dua gol di halaman sendiri, itu masih gagal menghalang anak-anak buah Ernest Nierras itu daripada dibelasah 5-2 oleh […]
Siaran Langsung AFC Cup: Terengganu vs Stallions, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi ketiga peringkat kumpulan antara Terengganu dan Stallions di Piala AFC mencuri tumpuan dengan wakil Malaysia di Asia musim ini mahu mengekalkan rekod cemerlang. Skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner berjaya merakamkan kemenangan pertama berdepan Central Coast selain seri berdepan Bali United. Terengganu menerima motivasi tambahan selepas membenam cabaran KL City di peringkat separuh akhir Piala Malaysia […]
Habib Haroon: Bermain Atau Tidak, Itu Keputusan Jurulatih

Status kecederaan kapten pasukan Terengganu, Habib Haroon masih menjadi tanda tanya apabila beliau tidak dibenarkan menjalani sesi latihan kelmarin. “Saya mengalami sedikit kecederaan ketika aksi separuh akhir menentang KL City tempoh hari. Saya ingin menjalani sesi latihan kelmarin namun tidak dibenarkan oleh doktor.” ujar Habib dalam sidang media pra perlawanan Terengganu menentang Stallion Laguna. Pemain […]
Posisi Asal Jordan Mintah Diubah Jurulatih Filipina

Ketua jurulatih Stallions Laguna, Ernest Nierras memberitahu bahawa beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah posisi pertahanan penyerang Terengganu, Jordan Mintah kepada penyerang. Pengendali berpengalaman itu teruja bertemu dengan wakil Malaysia itu di pentas Piala AFC 2023 sungguhpun tewas dua aksi pembukaan berdepan Bali United dan Central Coast Mariners. Beliau bagaimanapun optimis untuk memacu cabaran pasukannya […]
Tomislav Steinbruckner: Stallion Laguna Bukan Lawan Mudah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan kelab Filipina, Stallion Laguna. Dalam dua perlawanan Kumpulan G Piala AFC, The Stallions sudah tewas dua kali berturut-turut. Selepas tewas 5-2 kepada Bali United, mereka kemudiannya dibelasah 9-1 oleh juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners. Biarpun tewas dengan jumlah jaringan yang […]
Jurulatih Stallions Mahu Kuburkan ‘Haaland’ Terengganu

Ketua jurulatih Stallions Laguna, Ernest Nierras mahu memastikan bahawa jentera serangan Terengganu terkubur bagi aksi Piala AFC 2023 esok. Pengendali kelahiran Filipina itu teruja berdepan lawan yang cukup hebat sambil mengakui sudah melakukan persediaan bagi aksi ketiga di Asia. Sungguhpun begitu, beliau menyedari bahawa cabaran itu bukan mudah selepas pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner merupakan pasukan […]
Ivan Mamut Sedia Bantu Terengganu Lakar Kemenangan Di Asia

Penyerang berbisa Terengganu FC, Ivan Mamut bersedia membantu pasukan itu merekodkan satu lagi kemenangan dalam Piala AFC. Ketika ini, Terengganu merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam Kumpulan G selepas dua perlawanan. Mereka berjaya mengalahkan Central Coast Mariners 1-0 sebelum mengikat kelab Indonesia, Bali United 1-1 dalam aksi kedua. Mamut percaya dengan prestasi bagus pasukan […]
Piala MFL: Terengganu Gah Tundukkan Kedah

Terengganu FC II terus dominan sebagai pendahulu Liga Juara Piala MFL selepas mengatasi cabaran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B hari ini. Skuad yang dibimbing bekas penyerang negara, Hairuddin Omar itu mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga. Sementara Kedah B pula memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara Piala MFL biarpun sedar berdepan […]
Safee Sali Puji Impak Shahrul Nizam Di Asia

Penyerang lagenda negara, Safee Sali memuji impak yang dibawa oleh pertahanan kental Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni ketika memacu cabaran kelab di pentas Asia. Pemain berusia 25 tahun itu mendapat kepercayaan penuh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengisi posisi pertahanan dengan rata-tata pemain tempatan diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Menerusi satu analisis yang […]
“Kamu Cemerlang Bersama Malaysia, Lakukan Juga Bersama Kelab”

Penyerang sensasi pasukan KL City FC, Kipré Tchétché menggesa duo muda pasukan, T. Saravanan dan Haqimi Rosli untuk bangkit dan memperagakan aksi terbaik bersama kelab. The City Boys terpaksa menelan hakikat selepas tewas 1-2 di laman sendiri dengan penalti pemain berpengalaman itu menjadi bekalan apabila bertandang ke Terengganu awal bulan hadapan. Pemain berusia 35 tahun […]
Tchetche Kipre Optimis Peluang KL City Masih Terbuka

Penyerang berpengalaman KL City, Tchetche Kipre percaya pasukannya masih berpeluang untuk bangkit pada aksi kedua Piala Malaysia kelak. Kipre mahu memandang dari sudut positif dan percaya KL City masih mempunyai peluang untuk mengatasi defisit gol menentang Terengganu. “Peluang sentiasa terbuka dalam bola sepak. Jika kita ketinggalan 2 gol mungkin sukar namun kita kalah 2-1 dan […]
Jawapan Balas Habib Haroon Tentang Jurang Kualiti Pemain Terengganu

Kapten pasukan Terengganu, Habib Haroon percaya dengan kelebihan serta kekuatan yang dimiliki rakan sepasukan. Aksi cemerlang yang dipamerkan pemain Terengganu membolehkan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023. Jeneral tengah Terengganu, Habib Haroon memuji impak yang diberikan pemain gantian sebaik sahaja mereka dimasukkan. Bagi Habib, jurang kualiti […]