AFC Cup: Terengganu ‘Rantai’ Jaguh Australia, Central Coast Mariners

Hasrat Central Coast Mariners menebus kekalahan 1-0 di tangan Terengganu FC pada September lalu gagal apabila seri 1-1 dengan lawan sama di Stadium Central Coast. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini mampu mencerahkan peluang mereka ke pusingan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC. Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak mendominasi perlawanan. Ini dibuktikan dengan statistik […]

Siaran Langsung AFC Cup: Central Coast Mariners vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi kelima AFC Cup antara pasukan Central Coast Mariners dan Terengganu bakal menjadi tumpuan untuk menentukan perjalanan pasukan di pentas Asia musim ini. Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner memiliki motivasi terbaik selepas pernah menewaskan wakil Australia itu di laman sendiri tempoh hari. Central Coast pula mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menoktahkan perjalanan skuad […]

Habib Haroon Tak Sabar Berdepan Central Coast Mariners

Terengganu FC akan meneruskan perjuangan mereka di Piala AFC apabila dijadualkan bertemu wakil Australia, Central Coast Mariners (CCM) pada esok 29 November jam 4 petang. Bagi kapten Terengganu, Habib Haroon, beliau dan rakan sepasukannya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan esok walaupun Terengganu kini mengalami krisis kecederaan pemain yang meruncing. “Ya, ia salah satu tempat terbaik […]

Tomislav Steinbruckner Sasar ‘Rampas’ Mata Di Gelanggang Lawan

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner percaya anak-anak buahnya mampu merampas mata daripada lawan mereka, Central Coast Mariners esok. Pertembungan dua pasukan ini dalam aksi kelima Kumpulan G ini dianggap menarik kerana kedua-dua pasukan menghuni kedudukan dua teratas kumpulan. Selain itu, The Mariners mahu membalas dendam selepas tewas tipis 1-0 di tangan skuad Peteh dalam aksi […]

“Motivasi Pemain Terengganu Kini Final Piala Malaysia” -Matyo

Selepas mengharungi saingan Liga Super musim ini dengan penuh turun dan naik, Terengganu FC kini mungkin sudah mengalihkan fokus bagi menghadapi aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan 8 Disember depan. Bagi bekas pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan gelaran Matyo, beliau berpendapat aksi final Piala Malaysia akan […]

Jurulatih Terengganu Gusar Pertahanan Utama ‘Hilang’

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui kehilangan beberapa pertahanan utama telah merencatkan aksi Terengganu berdepan Sabah. Namun jurulatih itu tetap mengucapkan tahniah kepada Sabah atas kemenangan di Gong Badak walaupun kecewa pasukannya tewas. “Tahniah kepada Sabah, mereka telah musnahkan kita (Terengganu FC). Dalam mana-mana segmen bola sepak, dari minit pertama hinggalah rehat separuh masa, mereka […]

Tomislav Steinbruckner Anggap Hujan Ganggu Persiapan Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa beliau sudah meramalkan pasukannya akan berdepan Sabah sungguhpun beraksi di laman sendiri. Pertembungan dua Malaysia di Asia itu dikejutkan dengan aksi yang cukup mencabar buat tuan rumah apabila The Rhinos tampil garang untuk meledak tiga gol pada babak pertama. Pasukan pelawat kelihatan cukup bersedia untuk memafaatkan keadaan […]

Liga Super: Sabah Bedil Terengganu 4-0

Aksi di Stadium Sultan Zainal Mizan Abidin berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan pelawat apabila Sabah mengutip tiga mata selepas mengatasi Terengganu dalam saingan Liga Super 2023. Pemain import Sabah, Ramon Machado memecah kebuntuan seawal minit keenam permainan selepas menyempurnakan hantaran lintang Rizal Ghazali dengan satu sepakan gunting cantik menggegar jaring. Pada minit ke-29 permainan, […]

FAM Gantung Yazan Al-Arab Seumur Hidup

Bekas pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab telah digantung seumur hidup daripada terlibat dengan bola sepak di Malaysia seumur hidup. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain kelahiran Jordan itu telah melakukan kesalahan selepas menyepak pengadil perlawanan beberapa bulan lalu. Jawatankuasa Tatatertib pasukan Selangor FC telah mengambil keputusan untuk segera menamatkan kontraknya bersama […]

Terengganu Terpaksa Lupakan Azam Azmi?

Terengganu FC mendapat tamparan hebat hari ini apabila Azam Azmi Murad terpaksa disisihkan untuk baki kempen musim 2023. Selepas terpaksa menarik diri daripada skuad kebangsaan baru-baru ini akibat kecederaan, ramai penyokong Peteh tertanya-tanya tentang tahap kecederaan yang dihadapi beliau. Hari ini, pemerhati bola sepak Terengganu, Piang Shankly melaporkan beliau mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) […]

“Objektif Kami Sudah Tercapai”

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC ll, Hairuddin Omar melihat objektif pasukan pada musim ini sebenarnya sudah tercapai. Anak jati kelahiran Terengganu itu berjaya membawa nama pasukan muda itu ke tahap tertinggi apabila menewaskan pesaing terhebat, Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala MFL. Mengulas lanjut, beliau merasakan bahawa segala usaha yang dilakukan sejak awal […]

Kejayaan Gemilang 3 Kelab Malaysia Lonjak MA Ranking ‘Potong’ Australia

Kejayaan gemilang tiga wakil Malaysia di pentas Asia telah membantu kenaikan MA Ranking negara sekaligus memastikan Malaysia berjaya memintas Australia. Kecemerlangan aksi yang dipamerkan oleh wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas membenam cabaran wakil Korea, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 membuka mata ramai pihak. Prestasi tersebut menjadi tonik […]

“Tiada Yang Mustahil Dalam Bola Sepak” – Ubaidullah Shamsul

Pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul kekal optimis dalam menghadapi cabaran menentang pasukan JDT apabila bakal bertemu dalam dua kejohanan berbeza. Ubaidullah yang merupakan pemain terbaik perlawanan akhir Piala MFL berjaya membantu TFC II muncul juara dan beliau turut bakal menghadapi skuad senior JDT untuk aksi akhir Piala Malaysia kelak. “Bagi saya anugerah itu bukan untuk […]

“Terengganu Guna Pemain Sama, Kami Bertukar Jadi Ia Sukar” – Mariano Echeverría

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mariano Echeverría bannga dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya dalam aksi final menentang Terengganu II (TFC II) malam semalam. Meskipun tewas 0-1 kepada TFC II, jurulatih dari Argentina itu tetap memuji usaha dan kerja keras yang dilakukan pasukannya sepanjang menghadapi saingan Piala MFL musim ini. Beliau dalam […]

Analisis Awal Hairuddin Omar Perangkap JDT

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC ll, Hairuddin Omar lega selepas percaturan awalnya tentang kekuatan sebenar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ll menjadi kenyatan. Perkara ini dikongsikan olehnya selepas pasukan beliau berjaya merakamkan kemenangan penting 1-0 untuk menjulang Piala MFL edisi pertama. Menurut beliau, setiap pemain telah menunjukkan kesungguhan terbaik untuk memberi saingan terhebat dalam misi […]

Piala MFL: Terengganu Muncul Juara Kalahkan JDT

Perlawanan akhir Piala MFL 2023 antara pasukan Terengganu ll dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ll berkesudahan dengan kemenangan 1-0 memihak Terengganu. Aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan membariskan pemain terbaik untuk memburu kejayaan. Perlawanan ini menjadi tumpuan selepas beberapa nama besar JDT seperti Oscar Arribas, Shane Lowry […]