Sukan SEA: 25 Pemain Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat menjelang kejohanan Sukan SEA Combodia 2023. Kem latihan ini akan bermula pada 19 April 2023 di bawah kendalian ketua jurulatih B-23 negara, E. Elavarasan. Latihan kali ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dimana kesemua pemain perlu hadir melaporkan […]

Skuad B-22 Tahun Negara Berdepan Vietnam & Thailand Di Sukan SEA

Skuad bawah 22 tahun negara berdepan ujian yang cukup getir di Sukan SEA 2023 apabila diundi bersama beberapa pasukan gergasi di Asia Tenggara. Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan telah diundi dalam Kumpulan B bagi acara bola sepak lelaki di Phnom Penh, Kemboja, 29 April hingga 16 Mei 2023. Berdasarkan kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia […]

Thailand Mahu Bolot Dua Emas Bola Sepak Sukan Sea

Dengan temasya Sukan Sea 2023 Kemboja yang akan bakal dimulakan pada 5 Mei depan, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah pun meletakkan sasaran buat dua skuad bola sepak mereka iaitu bagi kategori bola sepak lelaki dan wanita. FAT mengesahkan bahawa telah meletakkan sasaran dua pingat emas kepada pasukan bola sepak lelaki dan wanita. Perkara tersebut […]

E. Elavarasan: Sasaran Final Sukan SEA 2023 Realistik

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran layak ke final Sukan SEA 2023, ada yang mengganggap sasaran tersebut terlampau sukar untuk dicapai. Tetapi bagi jurulatih skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22), E. Elavarasan, ia sesuatu yang boleh dicapai oleh anak-anak buahnya. Keyakinan ini disandarkan kepada persiapan rapi pasukan termasuk penyertaan ke Piala Merlion yang […]

Skuad Muda Malaysia Bakal Bertemu Kemboja Di Piala Merlion

Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia yang dibimbing E. Elavarasan bakal bertemu dengan tuan rumah Sukan SEA 2023, Kemboja untuk perlawanan pertama Piala Merlion. Ini selepas undian bagi menentukan lawan masing-masing diadakan hari ini. Piala Merlion merupakan kejohanan empat sebelah anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Mac ini. […]

Arif Aiman Dirisik E. Elavarasan

Dengan final Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei ini sebagai sasaran, jurulatih pasukan B-23 negara E. Elavarasan mahu membawa pasukan terkuat ke temasya serantau itu. Ini termasuk membawa bintang baru Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi. Selain Arif Aiman, Mukhairi Ajmal (Selangor) dan Luqman Hakim Shamsudin (Njardvik) turut diintai memperkuat skuad B-23 negara. Secara […]

E. Elavarasan Tagih Kudrat Luqman Hakim Di Sukan SEA 2023

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, E. Elavarasan menagih khidmat pemain yang berpangkalan di eropah, Luqman Hakim Shamsuddin. Kudrat pemain yang baru ditandatangani Njardvirk ini diperlukan E. Elavarasan bagi memperkuat skuad muda negara di temasya Sukan SEA 2023. “Luqman Hakim kita ada berhubung dengannya. Ketika ini dia masih di Iceland. Jadi, dia masih dalam […]

Sukan Sea 2023: Hanya Pemain Muda Sahaja Dibenarkan Beraksi?

Persatuan-persatuan bola sepak Asia Tenggara pening kepala dengan peraturan acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja. Dikhabarkan hanya pemain yang lahir pada 1 Januari 2001 dan seterusnya (B-22) yang dibenarkan beraksi dalam acara itu. Sekiranya ini dikuatkuasakan, ini bermakna negara-negara ASEAN tidak lagi dibenarkan membawa dua pemain berusia lebih daripada 23 tahun untuk Sukan […]

7 Fakta Penting Tentang Kemenangan Indonesia Lawan Malaysia

Penentuan tempat ketiga melibatkan pasukan Indonesia menentang Malaysia menyaksikan mereka berjaya menang menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-3. Perlawanan 90 minit berlangsung dengan cukup sengit apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Pasukan kendalian Shin Tae-yong memperagakan aksi yang cukup baik dan memperoleh jaringan menerusi jaringan Ronaldo Kwateh sebelum Hadi Fayyadh menyamakan kedudukan. Kemenangan […]

Shin Tae-yong Bingung

Pasukan bawah 23 tahun Indonesia berdepan tugas berat menentang Malaysia apabila mereka kehilangan 4 tonggak utama. Ini sudah pasti memberi tamparan yang cukup hebat buat jurulatihnya, Shin Tae-yong dalam usaha untuk meraih keputusan terbaik pda perlawanan itu nanti. Timnas Indonesia terpaksa melupakan khidmat Firza Andika, Rachmat Irianto, Ricky Kambuaya, dan Egy Maulana Vikri selain memaksa […]

Kim Pan-gon Laung Semangat Kebangkitan Buat Pemain B-23 Tahun Negara

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu skuad bawah-23 (B-23) negara melupakan episod duka tersingkir dari perebutan pingat emas Sukan Sea selepas tewas di separuh akhir kepada Vietnam. Sebaliknya, Pan-gon manyeru para pemain muda negara supaya terus bersemangat kerana perjuangan masih belum selesai dan belajar dari kesilapan yang sudah dilakukan supaya bangkit semula dengan menewaskan […]

Ejen Bola Sepak Eropah Anggap Mutu Permainan Sukan SEA Terlalu Rendah

 Ejen bola sepak Eropah yang kini berkelana di Vietnam, Jerneh Kamensek telah memberi pandangan beliau terhadap taraf kejohanan Sukan SEA yang dirasakan terlalu rendah. Beliau menjelaskan, kejohanan yang kini berlangsung di Vietnam itu tidak mencapai piawaian yang sepatutnya selain merasakan bahawa ia hanya setaraf dengan kejohanan bawah 17 tahun di Eropah. Kamensek menyatakan hal ini […]

Penyokong Vietnam Anggap Malaysia Terlalu Bagus Untuk Tak Ke Final

Para penyokong pasukan Vietnam menzahirkan rasa bangga terhadap persembahan luar biasa yang dipamerkan oleh barisan pemain Malaysia sungguhpun tewas 1-0 semalam. Malaysia turun dengan misi untuk melakar kejutan berjaya mempamerkan aksi yang mengagumkan sehingga berjaya mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan. Kekebalan barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Harith Haiqal selain ketangkasan Azri Ghani untuk […]

Mentaliti Juara Luqman Hakim Tenangkan Rakan Sepasukan Buat Ramai Tersentuh

Penyerang bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin jelas berada dalam kelas tersendiri untuk segera melupakan segala duka yang membelenggu pasukan negara apabila tewas bermaruah 1-0 ke atas Vietnam semalam. Pemain berusia 20 tahun itu terus menjadi sandaran utama buat pasukan kendalian Brad Maloney apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengetuai jentera serangan […]

Brad Maloney Dedah Punca Malaysia Tewas Bermaruah Kepada Vietnam

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Brad Maloney akur skuad kendaliannya tewas di separuh akhir kepada pasukan Vietnam namun berbangga dengan para pemainnya yang berjuang sehingga wisel penamat selepas melalui 120 minit permainan. “Saya berbangga dengan pemain Malaysia, mereka berjuang sehingga tamat permainan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Viet Tri Phu Tho pada Khamis. […]

Sukan Sea: Vietnam Tundukkan Malaysia, Mara Ke Final

Vietnam mara ke perlawanan akhir Sukan Sea 2021 selepas berjaya menewaskan Malaysia 1-0 menerusi jaringan tunggal Nguyễn Tiến Linh pada masa tambahan. Nguyễn Tiến Linh terlebih dahulu menguji gawang Malaysia pada minit ke-26 menerusi tuisannya dari sebelah kiri gawang Malaysia namun sepakannya sedikit tersasar. Bersambung babak ke-2, Vietnam mula mengatur serangan bertali arus dan Malaysia […]