Sukan SEA: Malaysia Pulang Awal, Tunduk Kepada Vietnam

Hasrat Malaysia untuk mara ke separuh akhir kejohanan Sukan SEA 2023 musnah apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Vietnam. Anak didik E. Elavarasan beraksi dengan cukup baik namun tampanan kurang kemas daripada pertahanan Selangor, Harith Haiqal menyebabkan Vietnam dihadiahkan sepakan penalti. Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang muda Vietnam, Nguyen Van Tung untuk gol pertama perlawanan […]

Sukan SEA: Thailand Mudah Belasah Laos

Thailand muncul pasukan pertama yang layak ke separuh akhir dari Kumpulan B selepas membelasah Laos 4-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Keputusan ini sudah pasti akan memberi tekanan kepada Malaysia yang perlu menang ke atas Vietnam malam ini bagi menghidupkan peluang layak ke separuh akhir. Mengetahui kemenangan ke atas anak-anak buah Michael Weiss […]

Elavarasan Percaya Malaysia B-22 Bukan Pasukan Yang Lemah

Walaupun terpaksa akur kepada kekalahan 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan B Sukan Sea Kemboja, namun jurulatih Malaysia Bawah 22 (B-22), E. Elavarasan percaya kepada kemampuan anak buahnya untuk bangkit semula. Bagi Elavarasan, pasukan yang dilatihnya kini merupakan sebuah pasukan yang kuat namun kekuatan mental perlu lebih baik lebih-lebih lagi beraksi di dalam suhu […]

Sukan SEA: Skuad Wanita Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina

Biarpun berstatus pasukan bukan pilihan, itu bukan halangan buat skuad wanita Malaysia memaksa Filipina bekerja keras sebelum tewas 1-0 di Stadium RCAF, Phnom Penh hari ini. Ia bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi The Azkals berstatus pasukan menduduki ranking ke-49 dunia dan layak ke Piala Dunia 2023 di New Zealand pada Julai ini. Dengan membariskan […]

Sukan SEA: Malaysia Tewas Tipis Kepada Thailand

Sebelum perlawanan Kumpulan B Malaysia-Thailand, jurulatih Thailand Issara Sritaro pastinya memandang sinis komen jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner berkenaan skuad B-22 negara. Tetapi anak-anak buah E. Elavarasan membuktikan mereka bukan lawan mudah dengan memaksa Gajah Perang bekerja keras sebelum tewas 2-0 di Stadium Visakha, Phnom Penh. Kedua-dua pasukan memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan B dengan mengambil […]

Thailand Sudah Kaji Kekuatan Malaysia

Skuad bola sepak Malaysia Bawah 22 tahun bakal meneruskan misi mengejar ibu segala pingat di temasya Sukan Sea Kemboja apabila dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini. Kedua-dua pasukan telah pun berjaya memenangi perlawanan pertama masing-masing dengan Malaysia berjaya membelasah Laos 5-1 manakala Thailand pula menundukkan Singapura 3-1. Menjelang perlawanan penting […]

Michael Feichtenbeiner Anggap Indonesia Jaguh Dalam Kumpulan

Bagi jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner, kemenangan 5-0 Indonesia ke atas pasukannya bukan sekadar meletakkan Garuda Muda pada kedudukan selesa mara ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Malah, beliau berpandangan pasukan tersebut merupakan pasukan jagoan dalam Kumpulan A temasya berkenaan. Gelaran tersebut diberi kepada anak-anak buah jurulatih interim, Indra Sjafri kerana keupayaan mereka menjaringkan gol dan […]

Sukan SEA: Indonesia Berpesta Gol Tewaskan Myanmar

Indonesia meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan A hari ini dengan membelasah Myanmar 5-0 di Stadium Olympic, Phnom Penh. Kemenangan ini meletakkan anak-anak buah Indra Sjafri berada pada kedudukan selesa untuk mengungguli kumpulan dan mara ke separuh akhir. Myanmar dan Indonesia yang masing-masing merekodkan satu kemenangan setakat ini dilihat tidak mahu rekod tanpa kalah mereka tercalar. […]

Sukan SEA: Malaysia Tapau Laos

Aksi pertama skuad B-22 tahun kebangsaan di pentas Sukan SEA 2023 mula dengan langkah kanan apabila Malaysia cemerlang mencatat kemenangan bergaya keatas Laos. Turun dengan kesebelasan terbaik pasukan, Malaysia meletakkan gandingan Haqimi Azim, Daryl Sham dan Aliff Izwan di bahagian serangan sementara Sikh Izhan Nazrel mengemudi benteng terakhir pasukan. Seawal minit pertama permainan, Malaysia hadir […]

Sukan SEA 2023: Vietnam Benam Skuad Wanita Malaysia

Hasrat skuad wanita Malaysia yang dibimbing Soleen Al-Zoubi mencipta kejutan ke atas Vietnam dalam Kumpulan A acara bola sepak wanita Sukan SEA 2023 tidak kesampaian. Ini selepas anak-anak buah Mai Duc Chung selesa mengatasi Malayan Tigress 3-0 di Stadium RCAF, Phnom Penh hari ini. Malayan Tigress sedar mereka bukan pasukan pilihan dalam perlawanan ini. Dengan […]

Fergus Tierney & Mukhairi Ajmal Ketuai Senarai Akhir Ke Sukan SEA

Akhirnya, senarai skuad B-22 negara yang bertanding dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 didedahkan. Mukhairi Ajmal dan Fergus Tierney mengetuai 20 pemain yang dipilih E. Elavarasan bagi mendepani saingan Kumpulan B acara berkenaan. Di bahagian penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel (Negeri Sembilan) dan Azim Al Amin Kamaruddin (KL City) dipilih sebagai duo penjaga […]

Hamidin: Skuad Malaysia B-22 Mampu Capai Sasaran Sukan SEA

Dengan acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 sudah bermula, semua mata tertumpu kepada Kumpulan B. Walaupun diletakkan bersama Thailand dan Vietnam dalam kumpulan berkenaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin percaya skuad B-22 negara mampu mencapai sasaran layak ke final temasya berkenaan. Sebelum ini, sasaran yang ditetapkan FAM buat anak-anak […]

Sukan SEA 2023: Thailand Garang Belasah Singapura

Skuad B-22 Thailand membuka tirai saingan Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja dengan bergaya. Ini selepas skuad Gajah Perang yang dibimbing Issara Sritaro menumbangkan skuad B-22 Singapura 2-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Selepas kempunan meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam pada tahun lepas, anak-anak […]

Sukan SEA 2023: Indonesia Kalahkan Filipina

Skuad B-22 Indonesia memulakan kempen Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2023 dengan langkah kanan hari ini. Ini selepas mereka berjaya mengalahkan skuad B-22 Filipina di Stadium Olimpik. Indonesia yang kali terakhir memenangi pingat emas acara itu pada temasya 1991 pastinya mahu menamatkan kemarau emas mereka dalam temasya kali ini. Sementara Filipina pula mahu […]

4 Pemain Dijangka Menyerlah Pacu Malaysia Di Sukan SEA

Cabaran sebenar skuad muda Malaysia adalah apabila mereka bakal berdepan saingan Sukan SEA tidak lama lagi. Kejohanan yang berlangsung di Kemboja itu menyaksikan anak didik E. Elavarasan bakal berdepan lawan yang sukar seperti Thailand dan juga Vietnam. Cabaran ini dilihat masih realistik tatkala penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yakin para pemain yang diberi kepercayaan […]

Luqman Hakim: Skuad B-22 Negara Mampu Lakar Kejutan Di Sukan SEA

Ramai penyokong Malaysia merasakan skuad B-22 ke Sukan SEA 2023 tampak lemah tanpa kelibat Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin. Tetapi bagi penyerang Njardvik itu, dia percaya rakan-rakan sepasukannya mampu melakar kejutan dalam temasya itu nanti. Di sebalik cabaran berada dalam Kumpulan B atau Kumpulan Maut bersama Thailand dan Vietnam, Luqman percaya dua lawan […]