Sukan Sea: Thailand Mara Ke Final, Tewaskan Indonesia

Thailand berjaya menewaskan Indonesia 1-0 sekaligus mara ke perlawanan akhir Sukan Sea Vietnam 2021 di Stadium Thien Truong, Vietnam. Jaringan tunggal perlawanan oleh Weerathep Pomphan sudah cukup menghampakan anak buah Shin Tae-yong yang bekerja keras untuk memperoleh emas pertama dalam temasya Sukan Sea. Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan Indonesia mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk […]
Malaysia Berpeluang Leburkan Rekod Tak Masuk Akal Vietnam

Perlawanan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan Sea Hanoi yang menemukan tuan rumah, Vietnam dan Malaysia pastinya menjadi tumpuan penyokong kedua-dua pasukan dengan Vietnam sudah tentu mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi sebelum ini. Namun rekod tanpa bolos yang dicatatkan Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) sememangnya tidak masuk akal. Mereka kini melalui […]
Malaysia Tak Ada Apa-Apa Masalah Jumpa Vietnam

Pertemuan separuh akhir melibatkan pasukan Vietnam dan juga Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Viet Tri, Hu Tho, malam esok dijangka berlangsung dengan cukup sengit. Sungguhpun pasukan kendalian Park Hang Seo memiliki reputasi yang cukup besar di Asia Tenggara sudah pasti memiliki kelebihan di atas kertas untuk meraih pingat emas pada edisi kali ini. Walaupun […]
Hadi Fayyadh Kembali Gegar Jaring

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Hadi Fayyadh kembali membuktikan kalibernya di hadapan gawang apabila menjadi watak penting ketika mengikat Kemboja dengan keputusan 2-2. Pemain berusia 23 tahun ini diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain muda, Danial Asri. Kebijaksanaan Hadi yang dilihat sangat bermotivasi tinggi jelas kelihatan apabila […]
Sukan Sea: Vietnam & Indonesia Mara Ke Separuh Akhir

Dua pasukan terkuat Kumpulan A Sukan Sea Vietnam dan Indonesia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea 2021, Vietnam. Dalam perlawanan terakhir kumpulan A, Vietnam terpaksa bekerja keras menundukkan Timor Leste 2-0 manakala Indonesia berjaya menewaskan Myanmar 3-1 sekaligus turut mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan. Indonesia dijangka bertemu Malaysia […]
Nazri Nasir Beri Komen Profesional Selepas Gagal Bawa Singapura Ke Separuh Akhir

Mempamerkan semangat yang tinggi sepanjang permainan menentang Malaysia, namun Singapura harus akur terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dan seterusnya terkandas awal di peringkat kumpulan Sukan Sea Hanoi. Jurulatih Singapura Bawah 23 (B-23) Singapura, Nazri Nasir akur dengan keputusan yang dicatatkan oleh anak buahnya semalam dan mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada penyokong Singapura […]
Mukhairi Ajmal Memang Tak Boleh Bawa Bincang

Perancang tengah pasukan bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal terus membuktikan kemampuan beliau di atas padang apabila menjadi watak penting pasukan dalam kejohanan Sukan SEA kali ini. Pemain berusia 20 tahun ini mengetuai kempen Malaysia apabila diberi tanggungjawab untuk menjadi kapten sekaligus menggalas peranan yang amat besar. Gandingan beliau bersama pemain tengah Terengganu FC, Nik […]
Luqman Hakim Ni Memang Tajam Depan Gol

Penyerang pasukan muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus membuktikan kalibernya apabila menjadi watak penting pasukan ketika merakam keputusan seri ke atas Singapura dengan keputusan 2-2. Pemain KV Kortrijk ini diletakkan sekali lagi dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberikan impak yang diharapkan apabila bermula dengan cukup garang. Gandingan bersama penyerang pasukan Selangor FC, Danial Asri dan […]
Luahan Menyentuh Perasaan Luqman Hakim Selepas Sumbat Dua Gol Menentang Laos

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berjaya menamatkan penantian untuk menjaringkan gol selepas meledak dua gol untuk membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 dalam acara bola sepak Sukan Sea Hanoi semalam. Kali terakhir pemain kelab KV Kortrijk itu mencetak nama sebagai penjaring di pentas antarabangsa adalah pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi […]
Sukan Sea: Malaysia Mudah Tundukkan Laos

Perlawanan hari ini menyaksikan pertembungan di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Laos yang berkesudahan dengan jaringan 3-1. Penyerang muda negara, Luqman Hakim membuka jaringan buat Malaysia selepas berjaya menyudahkan hantaran menerusi Nik Akif pada minit ke-36 permainan. Kemudiannya, Syahir Bashah menghadiahkan gol kedua buat Malaysia dengan sepakan ‘bersahaja’ di luar kotak penalti pada minit ke-43 […]
Luqman Hakim Memang Power

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan apabila menjadi watak penting ketika membantu Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Laos 3-1. Pemain KV Kortrijk itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Brad Maloney untuk mengetuai jentera serangan bersama-sama Danial Asri dan juga Shahir Bashah. Beliau […]
Semangat Orang Vietnam Penuhi Stadium Wajar Dicontohi

Para penyokong Vietnam meraih perhatian selepas mereka dilihat berpusu-pusu untuk memenuhi perkarangan stadium untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan negara lain. Menurut beberapa sumber, para penyokong Vietnam bersemangat untuk datang dan menonton perlawanan yang berlangsung di negara mereka itu. Hal ini secara tidak langsung mencerminkan rasa cinta dan kagum terhadap sukan bola sepak itu sendiri […]
Mukhairi Ajmal Memang Luar Biasa

Kapten pasukan bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal terus mempamerkan kualiti dalam persembahannya apabila berjaya membantu pasukan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand semalam. Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan bergandingan bersama Nik Akif Syahiran mengemudi jentera tengah nyata memberi impak yang cukup baik. Mukhairi jelas berada dalam kelas tersendiri apabila kelibat beliau berada […]
Luqman Hakim Kerja Keras Hidupkan Jentera Serangan Malaysia

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menjadi watak penting ketika pasukan negara mengikat Thailand pada perlawanan pembukaan Sukan SEA malam ini. Pemain berusia 20 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberi impak yang cukup baik apabila larian-larian derasnya sering menyukarkan barisan pertahanan lawan. Malah, kemampuan pemain kelahiran Kelantan ini […]
‘Supersub’ Azfar Fikri Jadi Wira Titik Thailand

Pemain sayap pasukan bawah 23 tahun negara, Azfar Fikri muncul wira buat pasukan negara apabila gol pada minit akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan ke atas Thailand. Beliau yang masuk untuk menggantikan Luqman Hakim Shamsudin jelas memberi impak yang cukup luar biasa apabila gerakannya seringkali menyukarkan barisan pertahanan gajah perang. Malah, kelibat beliau yang bergandingan bersama Hadi […]
Sukan Sea: Malaysia Berjaya Tewaskan Thailand

Malaysia berjaya menewaskan Thailand 1-2 dalam perlawanan pertama Kumpulan B, Sukan Sea 2021 Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Định, Vietnam. Thailand membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi penyerang sensasi Chiangmai FC, Patrik Gustavsson yang mudah melepasi pertahanan Malaysia yang gagal mengawal gerakan pemain berusia 21 tahun tersebut. Selang 8 minit kemudian, Malaysia hampir-hampir […]