Irfan Fandi Hadir Saksikan Latihan Sri Pahang

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi menjadi bualan hangat para peminat susulan kelibatnya dikesan dalam latihan Sri Pahang. Pemain berusia 25 tahun itu kini berkelana di Liga 1 Thai bersama penyandang juara, BG Pathum United dan menjadi tonggak utama pasukan di sana. Beliau yang juga merupakan anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad […]

Kpah Sherman Mahu Bantu Pahang Sambar Tiket AFC

Bukan sahaja mahu meneruskan sentuhan jaringan cemerlangnya dalam saingan Liga Malaysia, tetapi Kpah Sherman mempunyai misi lebih daripada itu mahu membantu Sri Pahang menyambar tiket bermain di Piala AFC. Pemain dari Liberia ini hadir ke Darulmakmur dengan reputasi yang cukup gah, pernah memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Super pada 2019 dan secara keseluruhannya telah […]

Sergio Aguero & Rowley Kekal Berbakti Bersama Sri Pahang

Sri Pahang yang dibimbing Fandi Ahmad mendapat suntikan semangat hari ini. Ini selepas dua pemain kebangsaan, Sergio Aguero dan David Rowley menandatangani kontrak baru bersama pasukan berkenaan. Pengumuman ini dibuat oleh skuad Tok Gajah menerusi laman media sosial mereka hari ini. Musim pertama Rowley bersama Sri Pahang menyaksikan pemain tengah bertahan itu merekodkan 18 penampilan. […]

Bintang Piala AFF Harimau Malaya Sertai Sri Pahang

Sri Pahang nampaknya terus bernafsu mempersiapkan skuad bagi mengharungi musim baru Liga Malaysia, apabila menyambar pula khidmat pemain sayap kanan skuad kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin. Dalam kenyataan rasmi oleh kelab gergasi pantai timur itu pada Selasa, mereka mengumumkan pemain berusia 27 tahun dari Kuching itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun. Nur Shamie yang […]

Rasmi : Sri Pahang Sambar Khidmat Kpah Sherman

Penyerang import dari Liberia, Kpah Sherman sah akan memperkuatkan Sri Pahang dalam kempen Liga Malaysia 2023. Kehadiran pemenang kasut emas Liga Super 2019 bersama PKNS FC itu diumumkan secara rasmi kelab pantai timur itu pada Selasa. “Sri Pahang berbesar hati memperkenalkan pemenang kasut emas Liga Super 2019, Kpah Sherman sebagai wajah baru di barisan serangan. […]

Sri Pahang Bakal Uji Gandingan Muka Baharu Di Thailand

Beberapa pasukan Liga Super menjadikan Thailand sebagai medan pra-musim untuk menguji keampuhan kesebelasan utama mereka. Terbaru, Sri Pahang juga merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Negara Gajah Putih itu. Menurut satu sumber daripada kelab berkenaan, skuad yang dibimbing Fandi Ahmad itu bakal bertolak ke Bangkok pada 20 Januari ini. “Sri Pahang akan berada di […]

Fandi Ahmad Rasmi Jurulatih Baharu Sri Pahang

Sebagai tanda Sri Pahang mahu bangkit selepas kempen hambar dalam Liga Malaysia musim lepas, mereka telah mendedahkan identiti jurulatih baru mereka iaitu legenda Singapura, Fandi Ahmad. Sebelum ini, sudah ada ura-ura menyatakan penasihat teknikal skuad Tok Gajah itu telah dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Ini selepas beliau dilihat muncul dalam sesi latihan pertama pasukan itu […]

Izham Tarmizi Sertai Sri Pahang Kerana Ikut Cadangan TMJ

Penjaga gol baru Sri Pahang, Izham Tarmizi Roslan mahu membuktikan bisanya belum pudar dan dia masih relevan untuk beraksi di pentas tertinggi bolasepak tanah air. Dan pemain yang akan berusia 32 tahun pada April itu berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (pemilik JDT) bukan sahaja kerana sudi melepaskannya secara pinjaman, tetapi dalam masa sama […]

Glassock dan Lucas Espindola Sertai Sri Pahang

Sri Pahang pada Jumaat mengumumkan telah mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Australia, Michael John Glassock untuk memperkuat barisan belakang. “Pemain berusia 23 tahun dengan ketinggian 1.91m ini merupakan nadi pertahanan Sydney Olympic dalam saingan National Premier League sepanjang musim lalu. “Diketahui memiliki ciri kepimpinan tinggi, Glassock sudah bersedia membuktikan kredibilitinya di Liga Malaysia. Selamat datang […]

Kedah Buat Kejutan Sambar Manuel Hidalgo

Kedah Darul Aman FC membuat kejutan apabila mengumumkan pemain sayap Sri Pahang, Manuel Hidalgo sebagai pemain import terbaru mereka bagi musim 2023. Kemasukan Hidalgo, pemain lincah berusia 24 tahun dari Argentina ke dalam skuad sang kenari bimbingan Nafuzi Zain sama sekali tidak diduga terutamanya oleh penyokong Sri Pahang malah pastinya ramai yang masih tidak percaya […]

Bekas Pemain Malaysia Di Perancis Kini Milik Sri Pahang

Selepas berjaya merekrut kuartet JDT, Sri Pahang terus berusaha memperkuat pasukan mereka. Terbaru, bekas pemain AS Cannes dan Karagumruk SK, Aqil Arazi Aziz sah menyertai skuad Tok Gajah itu. Berita penyertaan bekas pemain skuad remaja kebangsaan itu diumumkan oleh laman media sosial rasmi Sri Pahang dan akaun Twitter Harimau Abroad. Mampu beraksi di pelbagai posisi […]

Azrif Nasrulhaq Perkuat Kesebelasan Sri Pahang

Selepas kempen hambar dalam Liga Malaysia musim lepas, Sri Pahang mula menggerakkan beberapa perpindahan menarik. Selepas Fadhli Shas dan Izham Tarmizi Roslan, giliran Azrif Nasrulhaq pula menyertai pasukan Tok Gajah itu. Seperti perpindahan Izham Tarmizi, Azrif dipinjam selama semusim oleh Sri Pahang dari JDT. Perpindahan kedua-dua pemain ini diumumkan Sri Pahang dalam laman media sosial […]

Fadhli Shas Dedah Sebab Tolak Banyak Tawaran Lain Demi Sri Pahang

Pemain pertahanan berpengalaman, Fadhli Shas mempunyai sebab tersendiri untuk memilih Sri Pahang sebagai destinasi baru kariernya. Perkara paling penting yang dipertimbangkan pemain berusia 31 tahun itu adalah kesungguhan kelab pantai timur itu untuk memberikan cabaran dalam saingan musim baru nanti. “Memang saya ada menerima beberapa tawaran lain tetapi akhirnya saya buat keputusan bersama Sri Pahang […]

Sri Pahang Ikat Fadhli Shas Dua Tahun

Pemain pertahanan berpengalaman, Fadhli Shas sah menyertai Sri Pahang bagi musim baru Liga Malaysia. Kelab berkenaan mengumumkan pemain berusia 31 tahun itu telah diikat selama dua tahun menyaksikannya akan kekal di Darul Makmur sehingga penghujung 2024. “Pernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan, Fadhli Shas membawa bersamanya pengalaman luas baik di pentas domestik mahupun […]

Aguero Sudah Tandatangan Kontrak Sejak November Lagi

Penyokong Pahang tidak perlu bimbang Sergio Aguero akan mengikut jejak Lee Tuck kerana pemain itu sebenarnya sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan Sri Pahang FC sejak bulan November lagi. Tindakan Lee Tuck yang meninggalkan Sri Pahang, setelah apa yang dilakukan kelab itu, terutama ‘membela’nya selama semusim walaupun tidak beraksi dan membantu segala urusan mendapatkannya kerakyatan Malaysia […]

Azam Azih Ada Sebab Kukuh Tolak Panggilan Harimau Malaya

Baru-baru ini tular satu gambar Azam Azih yang dilihat turun menyertai latihan pra-musim bersama Sri Pahang FC. Ini menyaksikan ramai peminat Harimau Malaya kecewa dengan tindakan pemain tengah itu kerana menolak panggilan pasukan kebangsaan untuk beraksi di Piala AFF bagi edisi kali ini. Kebenaran sebenar akhirnya terbukti, pemain tengah berusia 27 tahun itu kini dalam […]