Liga Super: Gol Brendan Gan Selamatkan Maruah Selangor Dikejutkan Sri Pahang

Hasrat Selangor FC untuk meneruskan rentak cemerlang bagi permulaan musim 2023 terhalang apabila diikat Sri Pahang. Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ petang ini menyaksikan pasukan tuan rumah terus melakukan asakan seawal minit pertama permainan. Anak buah Tan Cheng Hoe jelas menguasai sebahagian besar perlawanan sambil Sri Pahang menanti peluang untuk melakukan serangan balas pantas. […]

Fandi Ahmad: “Kita Akan Bermasalah Jika Jumpa Pasukan Lebih Baik”

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya meskipun berjaya meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Kelantan pada Khamis lalu. Menganggap ia kemenangan penting, jurulatih kelahiran Singapura itu bagaimanapun berkata dia cuma berpuas hati dengan aksi ditunjukkan di separuh masa pertama, yang mana kesemua empat gol dijaringkan menerusi Kpah […]

Choi Moon-sik Puas Hati Kelantan Tetap Turun Menyerang

Perlawanan kedua Liga Super Kelantan semalam menyaksikan The Red Warriors tewas 4-1 kepada Sri Pahang. Walaupun tewas, jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik berpuas hati dengan anak-anak buahnya kerana cuba menyerang tuan rumah. Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat dibolosi empat kali menerusi Kpah Sherman (minit ke-12), Kevin Ingreso (minit ke-38), Sergio Aguero (minit ke-43) dan Stefano […]

Liga Super: Sri Pahang Mengamuk Di Darulmakmur

Sri Pahang bermula dengan langkah kanan dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Darulmakmur, apabila berpesta gol membelasah seteru pantai timur, Kelantan 4-1. Ia kemenangan pertama buat skuad bimbingan Fandi Ahmad yang terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan pembuka tirai musim baru, pada Ahad lalu. Manakala bagi Kelantan pula, mereka mengalami kekalahan kedua berturut-turut […]

Pemain Sayap Pohang Steelers Sertai Sri Pahang

Selepas Fandi Ahmad mendedahkan Sri Pahang berjaya mendapatkan dua awang import dari Korea Selatan, ramai ingin tahu siapa pemain yang dimaksudkan. Salah seorang daripadanya ialah bekas pemain sayap kanan Pohang Steelers, Lee Ji-yong. Menurut akaun peminat @Pohang_EN, Ji-yong merupakan sebahagian daripada kumpulan pemain yang dilepaskan Steelers pada Disember tahun lepas. Ini menjadikannya sebagai ejen bebas […]

Kecederaan Izham Tarmizi Rahmat Buat Zarif Irfan

Penjaga gol kedua Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin menganggap kecederaan dialami Izham Tarmizi ketika menentang Negeri Sembilan pada Ahad lalu, sebagai membuka peluang untuknya membuktikan kemampuan. Pada perlawanan di Paroi, Izham Tarmizi mengalami kecederaan di bahagian kepala telah bertembung dengan Hasbullah Abu Bakar, sehingga terpaksa menerima jahitan. Zarif Irfan yang masuk menggantikannya dalam perlawanan itu […]

Negeri Sembilan vs Sri Pahang: Kualiti Pemain Simpanan JDT Sebaik Pemain Utama

Mungkin tidak ramai yang perasan bahawa dari 22 pemain yang bermain di atas padang ketika perlawanan antara Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ada enam pemain simpanan dan pinjaman Johor Darul Ta’zim beraksi dengan seorang lagi diletakkan di bangku simpanan. Tiga daripada mereka digunakan dalam kesebelasan Negeri Sembilan […]

Sri Pahang Sempat Sambar Dua Bintang Korea Sebelum Tamat Jendela Perpindahan?

Dengan tetingkap perpindahan Liga Malaysia (Liga M) bakal ditutup tidak lama lagi, pasukan-pasukan perlu bergegas mendapatkan pemain sasaran mereka. Dan Sri Pahang sempat menambah awang import mereka dengan menyambar dua pemain Korea. Hal ini disahkan oleh jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi selepas perlawanan Liga Super Negeri Sembilan-Pahang di […]

Izham Tarmizi Terima Beberapa Jahitan, Keadaan Dilaporkan Stabil

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan memberi kelegaan kepada ramai pihak mengenai status terbarunya. Beliau mencuri tumpuan semalam selepas hampir memberi khabar kurang baik apabila terpaksa diusung keluar ketika babak pertama perlawanan. Beliau dikesan berlaga dengan pemain Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar dalam kotak penalti Sri Pahang dan menyebabkan beliau terbaring. Penjaga gol […]

Liga Super: Sri Pahang Curi Satu Mata Bertemu Negeri Sembilan

Negeri Sembilan membuka kempen Liga Super mereka dengan satu mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini. Sebaik sepak mula, skuad Hoben Jang Hoben yang mendapat sokongan padu penyokong di tempat sendiri melancarkan serangan ke atas pasukan pelawat. Hasilnya, tuan rumah mendahului menerusi penyerang import dari Brazil, […]

Debut Izham Tarmizi Bersama Sri Pahang Berakhir Dengan Tragedi

Kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi sungguh mengerikan tatkala beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kadar segera. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Sri Pahang itu berlangsung dengan cukup baik sebelum insiden tersebut mengubah wajah perlawanan. Keadaan ini terjadi melibatkan pertembungan antara penjaga gol yang dipinjamkan dari JDT itu […]

Fandi Ahmad: “Empat atau Enam Import Bukan Pengukur Kekuatan”

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad tidak bersetuju jika pasukannya dikatakan mempunyai kelebihan apabila turun berdepan Negeri Sembilan di Paroi dalam aksi pembukaan Liga Super 2023 pada Ahad. Negeri Sembilan yang mencuri tumpuan dengan menduduki tangga keempat musim lalu, kali ini hilang beberapa pemain tonggak termasuk penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi, pertahanan Khuzaimi Piee serta penjaring […]

Jersi Baru Sri Pahang Penuh Mengujakan, Kekal Identiti Menjadi Kebanggaan

Sri Pahang FC pada hari ini memperkenalkan secara rasmi jersi baharu bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2023 dalam satu majlis di Timorra Venue, Tanjung Lumpur. Kekal dengan identiti sama yang menjadi simbolik kebanggaan tok gajah, Sri Pahang akan mengenakan warna kuning-biru untuk jersi home, dengan kuning sebagai warna dominan manakala biru-kuning untuk jersi away dengan […]

Izham Tarmizi Zahir Penghargaan Kepada TMJ

Selepas lapan tahun bersama JDT, Izham Tarmizi Roslan kini bersama skuad Sri Pahang. Dan ia diharap dapat menjadi pencetus kebangkitan untuk kelab yang dibimbing Fandi Ahmad itu sebagai pencabar liga musim ini. Izham merupakan sebahagian daripada kuartet JDT yang menyertai Tok Gajah musim ini. Izham, Azrif Nasrulhaq dan Syazwan Andik menyertai kelab secara pinjaman dengan […]

“Enam Import Cukuplah, Kita Tambah Jika Ada Keperluan” – CEO Sri Pahang

Meskipun diberi kebenaran oleh Malaysian Football League (MFL) untuk mendaftarkan sembilan pemain import bagi saingan Liga Super musim baru, gergasi pantai timur, Sri Pahang memilih untuk menggunakan enam pemain import sahaja. Ini bermakna, tiada tambahan pemain import akan disaksikan di kem skuad kendalian Fandi Ahmad itu, berikutan kesemua enam import yang akan memperkuatkan pasukan telahpun […]

Sri Pahang Hadapi 3 Kelab Korea Di Thailand

Sri Pahang ketika ini sibuk menjalani pra-musim di Thailand tetapi lawan mereka di sana tidak didedahkan. Tetapi satu maklumat baru mendedahkan tiga kelab Liga Korea bakal menjadi lawan skuad Tok Gajah sepanjang berada di Negara Gajah Putih itu. Tiga kelab tersebut ialah FC Seoul, Daegu FC dan FC Anyang. FC Seoul dan Daegu beraksi di […]