Lee Tuck Umum Tinggalkan Sri Pahang

Pemain naturalisasi, Lee Tuck memberi kejutan besar kepada penyokong Sri Pahang apabila mengumumkan tidak akan bersama pasukan itu bagi musim 2023. Lee Tuck sebelum ini dijangka akan terus kekal menyarung jersi Sri Pahang berikutan namanya tiada dalam senarai sembilan pemain yang dilepaskan kelab itu sepertimana diumumkan pada Khamis. Namun, pemain yang ketika ini sedang bersama […]
Rodriguez, Samassa Antara Dilepaskan Sri Pahang

Tiada lagi kelibat Steven ‘titi’ Rodriguez dan penjaga gol tinggi lampai Mamadou Samassa bersama Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim depan, apabila mereka diumumkan antara sembilan pemain yang dilepaskan kelab itu. Rodriguez yang menyertai pasukan hanya di pertengahan musim, tidak menunggu lama untuk menambat hati penyokong apabila tampil sebagai mesin gol Sri Pahang, dengan […]
4 Pemain JDT Hampiri Sri Pahang

Empat orang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang berpangkalan di Pantai Timur, Sri Pahang FC. Dalam satu tinjauan di Twitter wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam, beberapa ciapannya menyebutkan bahawa empat pemain ini dijangka bakal memperkuat pasukan Tok Gajah. Tiga orang daripadanya adalah pemain yang beraksi di posisi pertahanan […]
Christophe Gamel Harap Lee Tuck Perkuat Mental Beraksi Atas Nama Harimau Malaya

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berharap agar pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dapat mempersiapkan diri untuk terus berjuang atas nama Malaysia. Bintang kelahiran England itu merupakan pemain yang baru sahaja dinaturalisasikan bersama-sama Sergio Aguero terus mencetuskan impak yang amat besar buat skuad kebangsaan. Beliau setakat ini berjaya meledak dua gol dalam dua […]
Sri Pahang Sambar Mesin Gol Penang

Selepas meninggalkan pasukan Liga Super, Penang FC, penyerang import dari Brazil, Lucas Silva Espindola dikatakan semakin hampir untuk menyertai pasukan Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Super musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran dalam satu ciapan di laman twitter beliau. Namun sehingga kini masih belum ada apa-apa pengumuman […]
Sri Pahang Mahu Sambar Pertahanan Tengah Argentina

Pasukan daripada pantai timur, Sri Pahang FC dikhabarkan mahu menyambar khidmat pemain kelahiran Argentina, Stefano Brundo. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi yang menyatakan bahawa Sri Pahang mahu mendapatkan pertahanan tengah itu bagi Liga Super musim hadapan. Stefano Brundo, berusia 29 tahun dengan memiliki ketinggian 1.90m merupakan tonggak utama pasukannya Estudiantes BA […]
Dollah Salleh Sifatkan Dakwaan Thomas Dooley Terlalu Berat dan Berniat Jahat

Pengendali Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh nyata berang dengan beberapa kenyataan dan dakwaan dibuat oleh bekas jurulatih pasukan itu, Thomas Dooley yang disifatkannya sebagai mengarut dan sengaja direka. MakanBola pada Jumaat menyiarkan perkongsian pengalaman Thomas Dooley sepanjang tempoh singkat dia mengendalikan skuad tok gajah, di mana dia mendedahkan ‘cerita dalam kain’ serta kesukaran dihadapinya […]
“Mereka Tidak Suka Saya Kerana Tidak Mahu Ubah Budaya Pemalas” – Thomas Dooley

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley mendedahkan pengalaman buruk yang dilaluinya sepanjang tempoh singkat dia membimbing pasukan itu pada musim lalu. Thomas Dooley hanya sempat mengemudi skuad tok gajah untuk dua perlawanan menentang Selangor dan Perak (tewas kedua-duanya) sebelum dia direhatkan dan tugasnya diambil alih oleh Dollah Salleh. Sri Pahang tidak pernah membuat sebarang […]
Sri Pahang Bakal Ikat Tiga Pemain Berprofil Tinggi

Selepas melalui musim yang kurang baik, pasukan Liga Super, Sri Pahang FC difahamkan sedang dalam proses untuk mendapatkan tiga pemain berprofil tinggi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah dua bekas pemain Harimau Malaya yang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq. Seorang lagi pemain […]
“Hanya Sri Pahang Yang Berjaya Curi Mata di Gelanggang JDT Tahun Ini” – Gamel

JDT mengharungi musim 2022 penuh gilang gemilang, mereka melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan kelab lain. Bukan sahaja menjulang tiga kejuaraan utama iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ditambah Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) tetapi lebih menarik tidak tewas dalam kesemua 35 perlawanan domestik. Dalam 35 perlawanan tersebut, 18 perlawanan adalah di gelanggang […]
Sri Pahang Mahu ‘Sailang’ Negeri Sembilan Dapatkan Fadhli Shas

Pasukan dari pantai timur, Sri Pahang sedia untuk sailang Negeri Sembilan dapatkan pertahanan Melaka United, Fadhli Shas. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal, beliau menyatakan bahawa perpindahan Fadhli Shas ke Negeri Sembilan masih belum diputuskan lagi. Oleh sebab itu, Fadhli Shas masih lagi berpeluang untuk sertai Sri Pahang. Difahamkan, Sri Pahang kini dalam usaha untuk mendapatkan […]
Lepas Dapat IC, Sergio Aguero Diburu Kelab Lain

Nama Sergio Aguero kebelakangan ini popular terutama dengan kisahnya mengundi di Parlimen Indera Mahkota, Pahang semasa PRU Ke-15. Dan disebabkan statusnya sebagai pemain naturalisasi, khidmat bekas penyerang Melaka United itu mula diintai kelab-kelab Liga Malaysia. Ini didedahkan dalam satu ciapan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di Twitter semalam. Difahamkan majikannya, Sri Pahang mahu mengekalkan […]
Kpah Sherman Dalam Radar Sri Pahang

Sri Pahang dilaporkan menjadi pasukan terbaru berminat mendapatkan khidmat penyerang import Terengganu, Kpah Sherman bagi mengharungi musim 2023. Berikutan tersingkirnya Terengganu daripada saingan Piala Malaysia, masa depan pemain-pemain import mereka pantas menjadi tumpuan apatah lagi hanya Habib Haroon telah menandatangani kontrak lanjutan tatkala empat yang lain termasuk Kpah Sherman hampir pasti tiada dalam perancangan. Meskipun […]
Shamie Iszuan Sahkan Bakal Perkuat Sri Pahang

Setelah mengharungi cabaran 2022 yang agak suram, Sri Pahang FC nampaknya sudah mengatur langkah untuk membina skuad lebih mantap bagi mengharungi Liga Malaysia 2023. Skuad kendalian Dollah Salleh itu menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh dan tersingkir awal masing-masing dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Mereka sedang rancak memburu pemain-pemain baru untuk memperkuatkan […]
Penyokong Persoal Pencalonan Dollah Salleh

Baru-baru ini Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan senarai calon bagi kategori-kategori utama yang dipertandingkan di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 yang akan diadakan secara virtual pada bulan Disember nanti. Antara kategori dipertandingkan termasuklah Jurulatih Terbaik, dengan 10 nama jurulatih yang dianggap paling berjaya bagi musim 2022 telahpun disenaraipendek oleh MFL. Dalam senarai tersebut, nama yang […]
Kalamullah Al-Hafiz Jadi Buruan Tiga Kelab

Kecemerlangan penjaga gol Petaling Jaya City FC (PJ City), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi musim ini menjadikan beliau kini menjadi buruan sekurang-kurangnya tiga kelab untuk saingan Liga Super musim hadapan. Difahamkan khidmat Kalamullah diburu pasukan Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam […]