Fandi Harap Lucas Silva Kembali Perkuat Sri Pahang

Ketika ini Kpah Sherman menjadi sandaran utama Sri Pahang dalam memburu gol. Tetapi bagi jurulatih mereka, Fandi Ahmad, beban yang ditanggungnya sebagai penjaring gol dapat dikurangkan dengan kehadiran semula Lucas Silva. Bekas penyerang Penang itu sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan semasa pra-musim. Bagaimanapun, Fandi mahu Silva kembali cergas sepenuhnya sebelum dapat diturunkan dalam […]
“Saya Mahu Balas Budi Sri Pahang” – Sergio Aguero

Musim 2023 menyaksikan Sri Pahang cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam Liga Super setakat ini. Bagi penyerang Tok Gajah, Sergio Aguero, ia dilihat cara terbaik membalas budi pasukannya yang banyak membantu pada musim lepas termasuk mendapatkan status warganegara Malaysia. Musim lepas, Aguero tidak dapat beraksi untuk tempoh lama bersama Sri Pahang sementara menunggu proses kewarganegaraannya […]
Liga Super: Fandi Tetap Terkilan Walaupun Sri Pahang Belum Tewas Musim Ini

Sri Pahang mengharungi musim 2023 yang boleh dikatakan cukup baik setakat ini apabila belum tewas dalam lima perlawanan Liga Super dan enam perlawanan secara keseluruhan termasuk Piala FA. Skuad kendalian Fandi Ahmad menang tiga dan seri tiga, dan itu adalah permulaan terbaik buat skuad tok gajah sejak tahun 2019. Terbaru, mereka menewaskan Perak dengan keputusan […]
Liga Super: Sri Pahang Gah Atasi Cabaran Perak

Hasrat Perak meraih kemenangan kedua dalam Liga Super malam ini tidak kesampaian. Ini selepas The Bos Gaurus tunduk 3-0 kepada Sri Pahang di Stadium Perak. Sepak mula menyaksikan Sri Pahang lebih garang mengasak anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim. Kpah Sherman hampir meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan seawal minit keenam tetapi percubaannya tidak menepati […]
Perak Masih Percayakan Pemain Tempatan

Pasukan Perak kini dalam misi memburu kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super selepas mengharungi 4 perlawanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Terdapat beberapa tonggak utama seperti Sunday Afolabi yang difahamkan masih mengalami kecederaan dan juga insiden kad merah yang menyebabkan beberapa pemain digantung perlawanan. Ketua Jurulatih Perak, Lim Teong Kim akui ianya bakal […]
Lim Teong Kim: Selepas Perlawanan Mesti Ada Penggantungan

Liga Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan Perak mengutip tiga kad merah. Dan walaupun anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim dilihat mula mengawal emosi mereka, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu tahu ia boleh saja berubah terutama jika termakan provokasi pihak lawan. Isu disiplin ini menghantui The Bos Gaurus terutama selepas Haziq Puad dan […]
Kpah Sherman Dedah Punca Sentuhan Belum Menjadi

Di sebalik hadir dengan reputasi yang cukup gah, sebagai mesin gol Liga Malaysia, penyerang import Kpah Sherman masih belum dapat menonjolkan kelebihannya bersama Sri Pahang. Selepas tamat lima perlawanan (termasuk Piala FA), Kpah Sherman baru sahaja menjaringkan dua gol dan kelihatan bergelut untuk mempamer sentuhan terbaik sehingga seringkali menjadi sasaran kritikan penyokong. Dia adalah sandaran […]
Fandi Sedikit Terkilan Peluang Yang Tidak Dimanfaatkan Sri Pahang

Walaupun berpuas hati dengan keputusan seri yang diraih ketika menentang Sabah, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui sedikit terkilan dengan kegagalan pemainnya menyempurnakan peluang di depan gol. Sri Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat seri 1-1 menerusi jaringan Kpah Sherman, namun boleh dikatakan untuk hampir keseluruhan permainan ia adalah milik Sabah yang lebih banyak mencipta […]
Liga Super: Kad Merah Ong Kim Swee Hiasi Keputusan Seri Sri Pahang dan Sabah

Sri Pahang dan Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super musim ini setelah kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Darulmakmur. Satu mata yang diraih menyaksikan Sri Pahang melonjak ke tangga keempat dengan enam mata, mengatasi Kedah menerusi beza jaringan manakala Sabah pula kekal menghuni tangga kedua liga dengan 10 mata […]
Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Sabah | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Sri Pahang dan juga Sabah dan bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang ini menyaksikan Tok Gajah mahu mengekalkan momentum terbaik selepas berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas anak didik Lim Teong Kim dalam pusingan pertama Piala […]
Saddil Ramdani Teruja Bertemu Sri Pahang Semula

Dengan Sri Pahang halangan buat Sabah meraih kemenangan keempat malam ini, Saddil Ramdani tahu keupayaan mereka terutama kapten Nor Azam Abdul Azih. Tetapi pada masa sama, ini juga peluang buat pemain sayap Indonesia itu menambah koleksi golnya musim ini. Saddil ketika ini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak bersama Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri dan Endrick dos […]
Fandi Ahmad Puji Permainan Bertenaga Perak, Anggap Bryan Tee Luar Biasa

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad memberi kredit kepada barisan pemainnya atas kesungguhan ditunjukkan ketika bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perak 2-1 dalam aksi pusingan pertama Piala FA, pada Rabu. Dalam masa sama, jurulatih kelahiran Singapura itu turut memuji skuad muda Perak kendalian Lim Teong Kim yang tampil bertenaga untuk memberi tentangan sengit kepada pasukannya. Beliau […]
“Kalau Saya Cakap, Saya Kena Denda” – Lim Teong Kim

Kekalahan 2-1 Perak di tangan Sri Pahang dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA sememangnya pahit bagi jurulatih Datuk Lim Teong Kim. Cuma satu perkara yang menggusarkannya ialah mutu pengadilan perlawanan semalam. Perak sebelum itu selesa mendahului menerusi Christian Obiozor pada minit ke-34. Tetapi pada babak kedua, segalanya berubah apabila pemain tengah Fadhil Idris dibuang padang […]
Piala FA: Piala FA: Penalti Dramatik Brundo Bawa Sri Pahang Atasi Perak

Usaha Perak memburu kemenangan pertama musim ini terus tidak kesampaian. Ini selepas tuan rumah tewas kepada Sri Pahang 2-1 sekaligus melayakkan pasukan dari pantai timur itu mara ke pusingan kedua Piala FA. Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak menguji barisan pertahanan skuad Tok Gajah . Bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Perak, Bryan See Tian Keat diuji […]
Aguero: Hujan Lebat Jejaskan Momentum Sri Pahang

Kapten Sri Pahang, Sergio Aguero mengakui kecewa apabila terlepas peluang meraih tiga mata pada minit akhir permainan ketika berdepan Selangor pada Ahad. Sri Pahang hanya dua minit sahaja dipisahkan dengan kemenangan, apabila mendahului menerusi jaringan Stefano Brundo pada minit ke-74. Begitupun Brendan Gan memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata menerusi gol penyamaan minit ke-88. Aguero mengakui, […]
Fandi Ahmad Jelaskan Sebab Terpaksa Main Ultra-Defensif Lawan Selangor

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad menjelaskan sebab di sebalik permainan ultra-defensif pasukannya ketika seri 1-1 menentang Selangor pada Ahad. Dalam perlawanan di Stadium MBBJ itu, Sri Pahang terlepas peluang untuk membawa pulang tiga mata, setelah dikecewakan jaringan penyamaan lewat permainan oleh Brendan Gan. Mereka terlebih dahulu di depan pada minit ke-74 menerusi Stefano Brundo, tetapi […]