“Bukan Saja Azam, Hafizal Pun Boleh Potong Liridon” – Zainal Abidin

Bekas ketua jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan merakamkan rasa kecewa terhadap aksi yang ditampilkan oleh perancang tengah Terengganu, Liridon Krasniqi. Pemain naturalisasi negara itu merupakan pilihan utama ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Namun begitu, beliau jelas gagal mempamerkan aksi yang sebenar apabila anak didik Fandi Ahmad mempamerkan belang untuk […]

Keharmonian Bilik Persalinan Sri Pahang Kunci Prestasi Luar Biasa

Kunci kepada kestabilan musim sesebuah pasukan dipengaruhi oleh keharmonian bilik persalinan. Dan ini menjelaskan bagaimana Sri Pahang muncul sebagai salah satu daripada dua pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super musim ini. Semua mengetahui keupayaan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikatakan berada pada tahap berbeza. Tetapi bagi Sri Pahang, ia dianggap luar […]

Liga Super: Terengganu Terkulai Layu Dibedil Sri Pahang

Pertembungan antara dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Sri Pahang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada pasukan pelawat. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi meraih 3 mata sementara Sri Pahang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah. Pada babak pertama, aksi berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun peluang terbaik yang dimiliki oleh anak didik […]

Tiga Tunjang Utama Sri Pahang Pulih Berdepan Terengganu

Dengan status sebagai pasukan yang masih belum tewas dalam Liga Super, jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad pastinya berharap rekod tersebut dapat dikekalkan. Dan beliau merasa lega selepas tiga tonggak utama pasukan bakal memperkuatkan pasukan selepas pulih daripada kecederaan. Tiga tonggak tersebut ialah bek tengah Fadhli Shas, pemain tengah Kevin Ingreso dan kapten Sergio Aguero. Kehadiran […]

Sergio Aguero Kejar Impian Jadi Jurulatih

Bagi sesetengah pemain bola sepak, impian bergelar jurulatih dilihat kesinambungan cinta mereka kepada dunia sukan itu. Dan impian sama ini juga yang dikejar kapten dan penyerang Sri Pahang, Sergio Aguero. Aguero melihat dengan usianya kini mencecah 29 tahun, sudah tiba masanya untuk dia bersedia dengan perancangan masa depan pasca-pemain. Atas sebab itu, bekas penyerang Melaka […]

Safawi Rasid Dicadangkan 3 Kelab Terbaik Sekiranya Pulang Ke Malaysia

Kelibat pemain sayap sensasi Malaysia, Safawi Rasid kembali meniti di bibir penyokong bola sepak tanah air ketika ini. Masa depan pemain berusia 26 tahun itu kembali menjadi tanda tanya susulan kenyataan yang dibuat oleh Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tentang beliau. Baginda menjelaskan bahawa Safawi menyatakan rasa kurang selesa untuk beraksi […]

Irfan Bakti Mahu Jumpa Pengurusan Kuching City Secepat Mungkin

Kedudukan Kuching City semakin tersepit selepas tunduk 1-0 kepada Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Kuching hari ini. Dan ini membuatkan jurulatih Irfan Bakti berpandangan satu tindakan drastik perlu diambil bagi mengekang kemerosotan pasukan daripada berterusan. Sejak mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan pada perlawanan pertama musim ini, Il Gatto berdepan kesukaran […]

Selangor Hilang Tiga Tonggak Utama Berdepan Sri Pahang

Selangor bakal berdepan tugas sukar menentang Sri Pahang dalam aksi pusingan kedua Piala FA esok. Selain menentang pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super, Gergasi Merah juga tempang tanpa tiga tonggak utama yang mengalami kecederaan. Tiga pemain tersebut ialah duo pemain import Noor Al-Rawabdeh dan Alex Agyarkawa serta bek tengah Sharul Nazeem. Ini memeningkan […]

“Memang Saya Terkilan, Tak Gembira” – Fandi Ahmad

Kemenangan dramatik menerusi jaringan pada masa kecederaan ke atas Kelantan United, memacu Sri Pahang ke kelompok tiga teratas Liga Super buat pertama kali. Namun ia tidak cukup untuk menutup kekecewaan pengendali skuad tok gajah, Fandi Ahmad yang jelas terkilan dengan mutu permainan barisan pemainnya. Fandi Ahmad mengakui aksi pada Isnin, adalah antara yang terburuk ditunjukkan […]

Liga Super: Gol Masa Kecederaan Lonjakkan Sri Pahang Ke Tangga Ketiga

Sri Pahang melonjak ke kedudukan tiga teratas Liga Super buat pertama kali musim ini, setelah menewaskan Kelantan United 1-0 di Stadium Darul Makmur pada Isnin. Ketika perlawanan seakan sudah pasti akan berakhir dengan keputusan seri, tandukan Stefano Brundo pada masa kecederaan menghadiahkan skuad Fandi Ahmad kemenangan keempat musim ini. Mereka melonjak ke tangga ketiga dengan […]

Fandi Ahmad Jawab Kehilangan Bintang Piala AFF Harimau Malaya Di Sri Pahang

Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memberi jawapan yang ditunggu-tunggu mengenai misteri kehilangan pemain pasukan Sri Pahang yang juga merupakan bintang Harimau Malaya di Piala AFF. Pemain yang dimaksudkan oleh Fandi adalah pertahanan kanan Malaysia, Shamie Iszuan yang membuat kemunculan bersama skusd kebangsaan di Piala AFF tahun lalu. Bekas bintang Sarawak United ini telah […]

Fandi Ahmad Lega Walau Perlu Kerja Keras Tewaskan PDRM

Selepas tamat perlawanan menentang PDRM, kelegaan terpancar di wajah jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad. Ini kerana anak-anak buahnya terpaksa bekerja keras sebelum mencipta kemenangan ke atas The Cops di Stadium MBPJ malam tadi. Mengakui PDRM merupakan satu pasukan yang merbahaya, beliau melihat anak-anak buahnya berdepan kesukaran mengekang mereka. Sri Pahang bagaimanapun bertuah kerana mendahului pada […]

Liga Super: Sri Pahang Cemas Sebelum Lepasi ‘Roadblock’ PDRM di Petaling Jaya

Sri Pahang meneruskan permulaan baik mereka bagi musim 2023, apabila mencatat kemenangan ketiga dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Rabu. Skuad Fandi Ahmad bagaimanapun diberi tentangan sengit malah berdepan situasi cemas apabila terpaksa menahan asakan bertali arus PDRM sebelum berjaya mengesahkan kemenangan. Sri Pahang mendahului pada minit […]

JDT & Sri Pahang Sebenarnya Sama Liat

Dua pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang membuktikan bahawa pasukan mereka bukan pasukan yang mudah ditewaskan. Anak didik Tano Solari membuka perjalanan cerita Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan 6 kemenangan bersih setakat ini. Skuad Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meledak 25 gol dan hanya bolos […]

Liga Super: Jaringan Minit Akhir Balotelli Kecewakan Sri Pahang

Hasrat Sri Pahang melakar kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini, tidak kesampaian setelah diikat Kedah 1-1 pada Sabtu. Sri Pahang begitu hampir dengan kemenangan apabila mendahului menerusi jaringan sepakan penalti Stefano Brundo pada minit ke-62, namun berputih mata apabila Kedah berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Jonathan Boareto. Sri Pahang bagaimanapun mengekalkan rekod […]

Lucas Kembali Perkuat Sri Pahang Lebih Awal Daripada Jangkaan

Khabar gembira buat kem Sri Pahang, apabila penyerang import Lucas da Silva kembali memperkuatkan pasukan lebih awal daripada jangkaan. Pemain itu sebelum ini dijangka akan tersisih lama berikutan kecederaan lutut dialami ketika pra-musim tempoh hari, namun sesi pemulihannya berjalan lancar dan dia kini sudahpun kembali menjalani latihan. Justeru, Lucas sudah tidak sabar untuk membuat penampilan […]