Selangor Futsal Terlepas Tiket Ke Final, Dibelasah Sahako

Selangor gagal meneruskan kecemerlangannya dalam aksi pra musim setelah tumbang kepada wakil Vietnam, Sahako FC dalam aksi separuh akhir Ho Chi Minh City Futsal Open 2023. Selangor yang turun sebagai juara kumpulan B dilihat sedikit goyah dan peluang itu dimanfaatkan Sahako untuk membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi pemain berjersi nombor tiga. Belum sempat […]

Selangor Berpotensi Lawan Gergasi Korea, Jeonbuk Hyundai Di Asia

Pasukan Liga Super, Selangor FC berpotensi untuk bertemu dengan jaguh Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun hadapan. The Red Giants mengesahkan slot ke Asia untuk mengiringi JDT selaku juara bertahan Liga Super dengan skuad Harimau Selatan bakal beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Cabaran hebat menanti anak didik […]

CEO Selangor Sahkan Venue Rasmi Pasukan Di ACL2

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon mengesahkan Stadium MBPJ sebagai laman rasmi bagi pasukan di kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan. Selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe muncul Naib Juara Liga Super 2023, Selangor secara sah diumum ke pentas Asia menjadi wakil dari Malaysia yang bakal beraksi di kejohanan […]

Selangor Futsal Gah Ke Separuh Akhir, Tundukkan Thai Son Nam

Selangor mencatatkan kemenangan ketiga di peringkat kumpulan untuk mara ke separuh akhir Ho Chi Minh City Futsal Open 2023 setelah menumbangkan wakil vietnam, Thai Son Nam. Selangor yang turun dengan momentum terbaik dilihat tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan menerusi pemain muda, Syahir Iqbal Khan seawal minit ketiga. Bintang muda berusia 18 tahun itu sekali […]

Ifedayo Olesogun Kini Berstatus Ejen Bebas

Bekas pemenang kasut emas Liga Super 2021, Ifedayo Olesogun kini berstatus ejen bebas setelah tidak menyambung kontrak lanjutan bersama Kedah Darul Aman. Perkara ini disahkan oleh wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi sebuah program Astro Arena iaitu Nadi Arena. Zulhelmi memaklumkan Kedah hanya mengekalkan khidmat pemain tengah, Manuel Ott setakat ini sekali gus melepaskan khidmat […]

“Baru Dapat Kebenaran MBSA Semalam” – Amirudin Shari

Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Amirudin Shari memaklumkan bahawa pihaknya baru sahaja mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam. Pelbagai spekulasi timbul berkenaan pembinaan Stadium keramat The Red Giants ini selepas diumumkan kira-kira 8 bulan yang lalu. Beliau akhirnya menjawab teka-teki berkenaan projek ini apabila memaklumkan bahawa proses […]

Tanda Harga Faisal Halim Kini Cecah RM2 Juta

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mencatatkan nilai pasaran yang amat memberangsangkan apabila tanda harganya kini melepas angka RM2 Juta. Bintang sensasi The Red Giants ini membuat keputusan untuk membawa haluan baharu ke Lembah Klang dan meninggalkan Terengganu FC pada musim ini. Keputusannya dilihat tepat apabila beliau mula menjadi tunang utama pasukan di bawah […]

Selangor Futsal Mengamuk Di Vietnam, Belasah Black Pearl United

Hatrik pemain import baru skuad futsal Selangor FC, Wellington Pereira Rodrigues Adao membantu mereka membelasah wakil Thailand, Black Pearl United 5-2. Selangor yang segar daripada kemenangan 3-0 ke atas Sanvinest Khanh Hoa semalam bersemangat memburu kemenangan. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari gol pendahuluan. Bagaimanapun, sentuhan penyudah Selangor lebih klinikal […]

“Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Ini Pula Tempat Mencipta Nama” – Amri Yahyah

Lagenda bola sepak negara, Amri Yahyah menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas pasukannya, Selangor Fc yang memberikan penghargaan kepadanya. Pemain berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa beliau sudah pun membuat keputusan untuk menggantung but selepas mengharungi hampir dua dekad karier yang penuh warna warni. Perlawanan berdepan Kedah Darul Aman menjadi detik terakhir buatnya sebagai pemain bola […]

Selangor Futsal ‘Malukan’ Kelab Vietnam, Sanvinest Khanh Hoa

Selangor memulakan kempen pra musim dalam kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open dengan meraih kemenangan ke atas wakil tuan rumah, Sanvinest Khanh Hoa dalam aksi kumpulan B. Selangor bermula garang dengan beberapa gerakan merbahaya ke arah kubu lawan menerusi Muhammad Faris dan pemain import, Matheus Vasconcelos. Sanvinest Khanh Hoa juga sesekali hadir menguji gawang […]

Selangor Catat Keuntungan Jualan Tiket Terbuka Tertinggi Liga Super 2023

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC memcatatkan satu pencapaian membanggakan apabila merekodkan jumlah kentungan jualan tiket terbuka paling tinggi di Liga Super bagi musim 2023. The Red Giants berjaya mempamerkan kebangkitan musim ini selepas berjaya menamatkan saingan di tangga kedua sekaligus memperoleh slot ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi tahun 2024. Prestasi membanggakan […]

Juan Torres Pilih 8 Pemain Selangor Berdepan China

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido memanggil seramai 8 orang pemain dari pasukan Selangor untuk aksi persahabatan di China. Daripada senarai 24 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor mempunyai jumlah pemain yang paling ramai dipanggil iaitu seramai 8 orang diikuti pasukan Johor Darul Ta’zim (5 orang). Daripada lapan […]

“Berbelanja Besar Tidak Akan Berlaku Buat Selangor” – Johan Kamal

Selepas berjaya layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan, ramai peminat Selangor FC menjangkakan pasukan itu akan berbelanja besar pada 2024. Perkara tersebut dinafikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam temubual bersama Nadi Arena semalam. Ini kerana mereka perlu mengambil kira soal tanggungan gaji pemain sebelum menimbang […]

Skuad Futsal Selangor Asah Taring Di Vietnam

Sebagai persiapan mengharungi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim hadapan, skuad futsal Selangor FC bakal bertolak ke Vietnam hari ini. Pasukan yang dibimbing jurulatih Brazil, Edgar Baldasso itu bakal menyertai kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 23 hingga 29 Disember ini menyaksikan penyertaan lapan pasukan dari rantau Asia […]

Yazan Al-Arab Ketuai Barisan Bintang Jordan Ke Piala Asia

Bekas bek tengah Selangor, Yazan Al-Arab bakal beraksi untuk Jordan dalam saingan Piala Asia 2023. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai awal 33 pemain yang menyertai skuad kebangsaan Jordan yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) hari ini. Selain Yazan, pemain tengah Merah Kuning, Noor Al-Rawabdeh dan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), […]

Selangor Naik Taraf Stadium MBPJ, Persiapan Aksi Asia Tahun Hadapan

Selepas berjaya layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada musim hadapan, ramai penyokong Selangor ingin tahu di mana pasukan itu akan bermain pada musim depan. Persoalan ini timbul kerana ramai penyokong bimbang Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dilabel tidak sesuai dijadikan sebagai gelanggang rasmi Merah Kuning untuk ACL2. Jika situasi ini berlaku, […]