Noor Al-Rawabdeh Buat Penyokong Selangor Tersenyum Panjang

Tonggak tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh menceriakan para penyokong The Red Giants apabila kudratnya masih diperlukan bagi musim hadapan. Pengumuman ini dikongsikan oleh Selangor FC menerusi satu video yang memaparkan Noor Al-Rawabdeh bakal meneruskan aksi bersama Selangor pada musim hadapan. “Dengan berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pemain tengah kami, Noor Al-Rawabdeh, akan meneruskan perkhidmatannya dalam warna […]
Eva Olivianie & Syafiqa Irisya Ketuai Watak Tumpuan Skuad Wanita Selangor 2024

Skuad wanita Selangor memperkenalkan barisan pemain yang bakal menyahut cabaran bagi menghadapi saingan 2024. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di Instagram Selangor FC Women yang memaparkan pemain-pemain dan nombor jersi mereka untuk digunakan bagi musim hadapan. “Memperkenalkan barisan pemain dan nombor jersi rasmi buat skuad wanita Selangor FC 2024 yang akan bersaing bagi musim […]
Bekas Jurulatih Malaysia Kini Bimbing Skuad Wanita Selangor

Skuad wanita Selangor FC dijangka tampil lebih mantap untuk musim 2024. Ini kerana pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu mendapat sentuhan bekas jurulatih Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17), Osmera Omaro. Ini selepas pengurusan Merah Kuning mengumumkan barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad wanita Selangor untuk tahun 2024 di laman sesawang rasmi mereka Osmera […]
Penang Intai Tonggak Dua Kelab Lembah Klang

Penang FC terus membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025 tidak lama lagi. Terbaharu, kelab utara tanah air itu dilaporkan berminat untuk menandatangani dua pemain dari dua kelab lembah Klang. Menerusi ciapan wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Penang amat teruja untuk mendapatkan khidmat Khuzaimi Piee dari Selangor dan Nabil Ahmad Latpi dari PDRM. “Difahamkan, […]
Yazan Al-Arab Simpan Niat Kembali Beraksi Di Liga Super Malaysia

Bekas pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab memasang niat untuk kembali semula beraksi di Liga Super Malaysia suatu hari nanti. Pemain kebangsaan Jordan itu sebelum ini telah digantung seumur hidup daripada beraksi di Liga Malaysia selepas insiden beliau yang menyepak pengadil perlawanan. Memetik laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yazan Al Arab akui terkejut […]
Herlison Caion Kembali Sertai Chonburi

Bekas penyerang Selangor FC, Herlison Caion kembali memeriahkan saingan liga Thailand dengan menyertai kelab Thai League 1, Chonburi hari ini. Perpindahan penyerang Brazil itu diumumkan The Sharks menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka. Sebelum ini, bekas penyerang KL City FC itu dilaporkan menyertai Trat FC tetapi perpindahan tersebut gagal direalisasikan. Ini membuka […]
AFC Asian Cup: “Kita Perlu Realistik, Tekanan Kini Pada Jordan” – Matthew Davies

Kapten pasukan Harimau Malaya, Matthew Davies yakin pasukan negara perlu turun dengan realistik menjelang pertemuan dengan Jordan bagi aksi pertama Kumpulan E. Bercakap pada sesi pra perlawanan hari ini, pemain berusia 28 tahun itu yakin pasukan sudah berada pada tahap yang terbaik untuk bertemu pasukan ke-87 dunia itu. Beliau juga memuji kerja keras yang ditunjukkan […]
Usaha Selangor Dapatkan Bekas Penyerang Turki Terhenti

Usaha Selangor untuk mendapatkan bekas penyerang Turki, Deniz Hümmet terhenti selepas pasukan itu difahamkan memilih untuk mencari pemain lain. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran di laman X berkenaan perkembangan pemain berusia 27 tahun itu yang dikaitkan dengan The Red Giants. Beliau sebelum ini dikatakan berada dalam radar pasukan Selangor setelah dua […]
Piala Asia: Portal US Ramal Malaysia Miliki 39% Peluang Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Salah sebuah portal di Amerika Syarikat (USA) telah meramalkan bahawa Malaysia memiliki 39 peratus peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang cukup cemerlang pada tahun 2023 selepas merekodkan hanya satu kekalahan di tangan Tajikistan pada aksi Pestabola Merdeka 2023. Harimau Malaya juga berjaya menundukkan […]
Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan Pasukan?

Kelibat penyerang berbisa Selangor FC, Richmond Boakye menjadi bualan peminat selepas terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa beliau tidak kekal bersama pasukan. Bekas penyerang Red Star Belgrade itu tiba pada jendela perpindahan kedua untuk membantu menajamkan lagi jentera serangan pasukan. Kelibat beliau bagaimanapun kelihatan samar dalam beberapa aksi penting sungguhpun berjaya membantu The Red Giants mara […]
Herlison Caion Kembali Ke Liga Thailand

Selepas mewarnai V. League 1 dengan Hanoi FC pada separuh kedua 2023, penyerang Brazil, Herlison Caion kembali berkelana. Bekas penyerang Selangor FC itu memilih kelab Thai League 1, Trat FC sebagai kelab terbarunya mengikut laporan SNE Sports. Pengurusan Trat membawa masuk beliau sebagai peledak baru pasukan selepas memilih berpisah dengan seorang lagi penyerang Brazil, Evandro […]
“Bulan Januari Nanti Akan Ada Perubahan”

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin memberi bayangan bahawa akan ada perubahan terhadap masa depannya seawal Januari kelak. Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai ketua jurulatih, Juan Torres ketika menghadapi aksi persahabatan di Shanghai, China pada 23 dan 26 Disember lalu. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan susulan mengalami kecederaan yang memaksa hanya berada […]
Dua Pemain Serangan Eropah Hampiri Selangor

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC kini dalam proses untuk mempersiapkan skuad yang lebih baik menjelang musim hadapan. Dijangkakan dua pemain bahagian serangan luar negara akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Gergasi Merah iaitu bekas pemain bawah 21 tahun Turki, Deniz Hummet dan pemain kelahiran Belanda yang pernah membarisi skuad kebangsaan Cape Verde, Alvin […]
Selangor Futsal Raih Tempat Ketiga, Kalahkan Thai Son Nam

Hajat Selangor FC Futsal meraih tempat ketiga Ho Chi Minh City Futsal Open tercapai selepas menafikan Thai Son Nam menerusi penentuan sepakan penalti. The Red Giants dan Thai Son Nam sebelum itu terikat 4-4 dalam perlawanan penuh yang menghiburkan untuk menentukan tempat ketiga dan keempat kejohanan. Kedua-dua pasukan berharap dapat menutup kempen mereka dengan kemenangan. […]
Peningkatan Cecah 97 Peratus, Terengganu & Selangor Dapat ‘Habuan’ RM2.9 Juta

Pasukan Liga Super, Terengganu dan Selangor berpeluang untuk melangkah ke musim baharu dengan penuh bergaya selepas menerima wang agihan kira-kira RM2.9 Juta. Skuad Peteh mempamerkan persembahan yang cukup memukau untuk membawa cabaran Malaysia di pentas Piala AFC 2023 tanpa mencatatkan sebarang kekalahan. Anak didik Tan Cheng Hoe pula merekodkan perjalanan penuh warna-warni sebelum menamatkan saingan […]
Amirudin Shari: Impian Penyokong Selangor Semakin Hampir

Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Amirudin Shari memaklumkan bahawa impian dan penantian para penyokong Selangor FC untuk memiliki stadium sendiri semakin hampir. Beliau berkongsi perkhabaran gembira ini di laman sosial miliknya sekaligus memberi bayangan bahawa kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam bakal bermula tidak lama lagi. YB Amirudin sebelum ini menjawab pertanyaan daripada seorang pengguna di […]