Kekal Atau Tinggalkan Selangor? Ini Jawapan Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan bagi musim 2024. Pemain berusia 25 tahun itu menikmati musim cemerlang bersama The Red Giants apabila membantu pasukan untuk layak ke pentas Asia musim hadapan. Anak buah Tan Cheng Hoe akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sebagai wakil […]
Sentuhan Ramon Marcote Bakal Berakhir Di Selangor?

Selangor FC berdepan kemungkinan tidak dapat memanfaatkan sentuhan penolong jurulatih dari Sepanyol, Ramon Marcote. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa Marcote tidak lagi bersama Merah Kuning untuk musim depan. Sekiranya khabar ini benar, ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan jurulatih The Red Giants, Tan Cheng Hoe untuk musim 2024-2025. Ini kerana Marcote […]
Liridon Krasniqi Dilaporkan Bakal Ke Selangor

Pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi dilaporkan akan menyertai naib juara Liga Super 2023, Selangor FC bagi menghadapi saingan musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran dalam satu hantaran di laman X milik beliau. Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe dikatakan berminat untuk membawa masuk Liridon ke Selangor. Liridon pernah berada di […]
MFL Umum Selangor Ke Asia

Malaysia Football League (MFL) hari ini mengumumkan pasukan Selangor secara sah akan beraksi di pentas Asia. Dalam satu hantaran yang dimuat naik MFL, Selangor akan menjadi wakil dari Liga Malaysia yang akan beraksi di Asia untuk musim 2024/2025. Slot ke Asia ini menjadi milik Selangor selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu menamatkan kempen sebagai […]
Yunus Alif Mahu Lebih Ramai Jurulatih Muda Di Liga Malaysia

Jurulatih PDRM FC, Dato’ Yunus Alif mengharapkan lebih ramai jurulatih muda di Malaysia untuk mendapatkan lesen kejurulatihan. Beliau menggalakkan lebih ramai jurulatih muda yang berbakat khususnya dalam kalangan pemain untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang kejurulatihan. ”Bagi saya, inilah peluang mereka selepas karier sebagai pemain bola sepak sudah tamat, jadi hala tuju (mereka) di mana? Kalau […]
Quentin Cheng Anggap Kim Pan-gon Nampak Potensi Sebenarnya

Pertahanan kanan Selangor, Quentin Cheng sudah bersedia untuk tugasan seterusnya bersama pasukan kebangsaan setelah membantu Selangor melayakkan diri ke Asia musim hadapan. “Matlamat kami untuk musim ini adalah layak ke pentas Asia dan kami berjaya setelah meraih kedudukan kedua liga.” “Selaku pemain bola sepak semestinya saya mahu menentang pasukan yang terbaik dan ini merupakan peluang […]
Ayron Del Valle Laku Seperti Pisang Goreng Panas

Penyerang berbisa Selangor FC, Ayron Del Valle melalui musim yang cemerlang bersama Gergasi Merah selepas berjaya memenagi Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan 23 gol. Ketajaman Ayron sering kali memberi kegusaran benteng pasukan lawan yang akan berusaha sehabis baik untuk merantai pergerakan pemain dari Colombia itu. Dek kerana kemenjadian beliau bersama Selangor […]
Somerville Pandang Tinggi Syihan Hazmi

Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville mengakui beliau memandang tinggi penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed. Somerville berpandangan sedemikian kerana Syihan sentiasa cemerlang bila mengawal gawang baik bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahupun skuad kebangsaan. Dengan kualiti yang dimilikinya, sukar buat penjaga gol berusia 29 tahun itu mencabar kedudukan beliau sebagai penjaga gol […]
Faisal Halim: Saya Tak Peduli Apa Orang Kata

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan kejayaan pasukan Selangor menamatkan saingan di kedudukan terbaik dalam kempen Liga Super 2023. Berjaya melayakkan diri ke Asia musim depan, Faisal berpendapat kejayaan itu merupakan hasil kerja keras dan kesungguhan daripada rakan sepasukan. Bagi Faisal, Selangor berada dalam momentum terbaik untuk tahun ini. “Semua […]
Amri Yahyah Rasmi Bersara

Penyerang veteran Sabah, Amri Yahyah sah mengumumkan persaraan setelah 22 tahun bergelar pemain bola sepak profesional. Amri Yahyah turun buat kali terakhir dalam aksi Sabah menentang Kedah yang menyaksikan Sabah menumpaskan Kedah untuk menamatkan saingan Liga Super ditangga ketiga. Pemain berusia 42 tahun ini merekodkan 20 penampilan dalam kesemua pertandingan buat Sabah musim ini. Walaupun […]
Faisal Halim Pilih Kekal Di Selangor

Pemain sayap lincah, Faisal Halim memilih untuk kekal di Selangor sekali gus menutup khabar angin tentang perpindahan beliau ke kelab lain. Faisal Halim membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super ditangga kedua setelah mengutip 61 mata dalam 26 perlawanan. Faisal Halim kini difahamkan telah menandatangani kontrak panjang bersama Selangor menurut laporan wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam. […]
Liga Super: Selangor Tutup Musim Penuh Bergaya, Tumpaskan PDRM

Aksi Liga Super antara pasukan Selangor dan PDRM FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan The Red Giants mahu memastikan penutup cemerlang bagi tahun 2023. Beberapa percubaan awal dilancarkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe dengan tandukan Ayron Del Valle melambung tinggi. Serangan balas pantas oleh The Kops […]
Ayron Del Valle Rangkul Kasut Emas Liga Super

Penyerang berbisa Selangor FC, Ayron Del Valle sah merangkul anugerah Kasut Emas Liga Super musim 2023. Ini selepas dua pencabar terdekat beliau, Bergson da Silva dan Fernando Forestieri gagal memintas rekod 23 gol yang dipegangnya semasa perlawanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)-Penang FC semalam. Kedua-dua peledak berbisa Harimau Selatan itu masing-masing memiliki 19 gol, […]
“Banyak Kelab Minat Faisal Halim” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal memberitahu bahawa terdapat banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Selangor, Faisal Halim. Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja tiba di Lembah Klang pada musim ini dan beraksi cemerlang bersama The Red Giants. Beliau berjaya membantu anak buah Tan Cheng Hoe untuk layak […]
Selangor Mahu Leburkan Rekod Hambar Lawan PDRM

Menjelang aksi terakhir Liga Super menentang PDRM FC, Selangor FC berharap dapat menutup kempen musim 2023 dengan kemenangan. Bagaimanapun, PDRM sudah membuktikan mereka bukan pasukan yang patut dipandang enteng dengan menewaskan Selangor dua kali pada musim ini. Ini termasuk kemenangan 1-0 ke atas The Red Giants dalam liga pada 3 Jun lalu. Gol tersebut disumbang […]
Ayron Del Valle Bakal Tinggalkan Selangor?

Penyerang berbisa Colombia, Ayron Del Valle berkemungkinan membuat penampilan terakhir bersama Selangor FC pada Ahad ini. Wartawan sukan Argentina, Mariano Olsen mendakwa selepas perlawanan Selangor dengan PDRM FC itu pada 17 Disember ini, Del Valle bakal kembali ke Colombia. Ini kerana beliau dikatakan mahu menggunakan peluang itu untuk menilai tawaran perpindahan dari Colombia mahupun dari […]