Warga Indonesia Anggap Persaingan Liga Malaysia Amat Kompetitif

Salah seorang peminat bola sepak dari Indonesia menganggap saingan di Liga Malaysia antara yang kompetitif di Asia Tenggara.  Memetik ciapan di Twitter Nooridho Ilmansyah, yang memberikan pendapatnya kepada rakan senegaranya, beliau percaya struktur liga bola sepak di Malaysia lebih tersusun.  “Saya kurang bersetuju dalam isu ini. Harus diakui bahawa saingan di Malaysia lebih tersusun daripada […]

“Ada Kemungkinan Brendan Gan Kembali Ke Liga Australia” – Zulhelmi

Masa depan perancang tengah Selangor FC, Brendan Gan terus menjadi tanda tanya selepas desas-desus mengaitkan kepulangannya ke Liga Australia (A-League) hangat diperkatakan. Pemain berusia 36 tahun itu rancak beraksi buat Harimau Malaya dan menjadi tunjang utama pasukan ketika mengikat jaguh Asia, Korea Selatan tempoh hari. Masa depannya bagaimanapun masih belum diputusan selain beberapa khabar mengaitkan […]

Faisal Halim Kekal Berbakti Buat Selangor Musim 2024/25

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memilih untuk kekal bersama pasukan. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting buat The Red Giants sehingga mampu mara ke pentas Asia musim ini. Beliau memperagakan aksi yang cukup cemerlang dan membentuk gandingan mantap bersama penyerang sensasi, Ayron Del Valle di […]

JDT & Selangor Terima Tonik Tambahan Ke Asia

Dua pasukan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor menerima tonik tambahan untuk berjuang di pentas Asia musim ini. Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas tertinggi Asia apabila bakal bersaing di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). The Red Giants juga bakal menyusul langkah JDT namun bakal menggalas cabaran di Liga […]

Kapten B-23 Negara Pilih Kekal Di Selangor

Kapten pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Mukhairi Ajmal memilih untuk kekal bersama kelab Selangor bagi musim hadapan. Mukhairi Ajmal telah bersama Gergasi Merah sejak tahun 2020 dan telah merekodkan 10 gol serta 16 bantuan jaringan dalam 88 penampilan bersama kelab tersebut. Pemain tengah ini turut merupakan kapten pasukan skuad junior Harimau Malaya dan bakal mengemudi […]

Shahril Mokhtar Sambut Baik Kuota Tambahan Pemain Import

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar menyambut baik penambahan kuota (1) pemain import yang diumumkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL). Penambahan ini bakal memberi kelebihan buat pasukan yang bersaing di pertandingan AFC iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan ACL 2 serta pertandingan kelab ASEAN (AFF). “Keputusan ini saya amat […]

Thailand Jadi Destinasi Pilihan Selangor

Negara Thailand bakal menjadi destinasi pilihan Selangor untuk persiapan musim 2024 menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal. “Mencari tarikh yang sesuai untuk pramusim agak mencabar dan ramai pemain Selangor FC akan terlibat dengan kem kebangsaan bagi kejohanan AFC bawah 23 tahun selama sebulan di Doha.” “Jadi untuk dapatkan masa dimana semua […]

Azim Al-Amin Bakal Rancakkan Posisi Penjaga Gol Selangor

Penjaga gol KL City FC, Azim Al-Amin difahamkan bakal membawa haluan baharu dengan menyertai Selangor FC. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat pasukan The City Boys namun berdepan persaingan Kevin Mendoza dan Azri Ghani musim lalu. Beliau bagaimanapun memperagakan aksi cemerlang ketika diberi peluang untuk mengetuai jentera pertahanan Malaysia b-23 ketika bertemu […]

Selangor Terima Tawaran RM300 Ribu KBS Baiki Saliran Stadium

Selangor merupakan salah satu pasukan yang menerima tawaran RM300 ribu dari Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk membaik pulih saliran stadium. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon. “Buat masa ini, mengambil serius berkenaan cadangan dengan tawaran KBS dan TMJ (Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim) ke […]

Dua Pemain Tunjang Malaysia Kekal Di Selangor

Selangor mengekalkan khidmat dua pemain yang merupakan tunjang pasukan kebangsaan Malaysia ketika ini. Penjaga gol muda, Sikh Izhan serta pemain pertahanan, Khuzaimi Piee sah melanjutkan kontrak bersama pasukan Gergasi Merah untuk saingan liga Malaysia musim 2024. Kedua-dua pemain tersebut merupakan pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan di Piala Asia 2023 pada […]

Johan Kamal Jawab Masa Depan Brendan Gan Bersama Selangor

Persoalan mengenai masa depan Brendan Gan bersama Selangor telah mendapat perhatian pihak atasan kelab tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal yang ditemui ketika sidang media bersama Yoodo berkata terdapat beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berusia 36 tahun itu. “Ya Brendan (Gan), saya pasti banyak pasukan menunjukkan minat […]

Perbelanjaan Selangor Meningkat 30%

Menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025, Selangor FC menjangkakan bakal menghadapi peningkatan perbelajaan secara keseluruhan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Datuk Dr Johan Kamal Hamidon berkata perbelanjaan pasukan meningkat sebanyak 30 peratus disebabkan oleh tempoh perjalanan Liga Malaysia yang meningkat kepada 17 bulan musim hadapan. ”Secara amnya, memang bajet bertambah sebab musim (kali) ini sangat-sangat […]

“Selangor Tidak Sempat Tukar Rumput” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal mengesahkan bahawa Selangor tidak akan menukar padang bagi musim 2024/25. Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media bersama Yoodoo di Pusat Latihan Selangor FC memberitahu bahawa pihaknya sudah melakukan perbincangan mengenai perkara ini. Sungguhpun usaha baik ini dihargai olehnya, Johan mengakui bahawa terdapat beberapa kekangan yang […]

FAS Women’s Super League: Selangor Hadapi Tentangan Juara Bertahan

Selangor FC Women bakal menghadapi laluan berliku menjelang saingan FAS Women’s Super League 2024. Majlis undian yang dijalankan di Wyndham Acmar, Klang menyaksikan The Red Giants berada di kumpulan A bersama-sama juara bertahan, MBSJ FC. Selain Selangor dan MBSJ FC, kumpulan A juga terdiri daripada FC Japan MY, MBPJ FC, UiTM United, Sternen, MBSJ FC […]

Selangor Bantu Pulihkan Gelanggang Futsal, Pastikan Penduduk Selamat Bermain

selangor-futsal

Pasukan Selangor telah melakukan kerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam memulihkan gelanggang futsal masyarakat. Gelanggang futsal di Pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam telah dibaik pulih dan dicantikkan demi memastikan kawasan permainan tersebut selamat digunakan para penduduk setempat. Kerja-kerja pengubahsuaian gelanggang tersebut telah dimulakan pada hari ini semasa Program Kejiranan RG 2024 menurut satu […]

Selangor & Tiktok Jalin Kerjasama

Selangor FC (SFC) baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama strategik dengan TikTok sebagai destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek. Sebagai rakan kongsi digital rasmi SFC, TikTok akan menyediakan latihan dan bengkel untuk membolehkan pemain menggunakan platform untuk membina komuniti. TikTok juga akan bekerjasama dengan SFC untuk memberi impak positif kepada komuniti tempatan dengan menambah […]