“Saya Bangga Dapat Bawa Nama Selangor” – Nooa Laine

Pemain tengah baharu Selangor FC, Nooa Laine meluahkan rasa terujanya untuk menyarung jersi The Red Giants musim hadapan. Beliau yang diumumkan secara rasmi pada Jumaat berkata, reputasi Selangor sebagai kelab yang memiliki sejarah yang mengagumkan membuatkan beliau berasa bangga untuk menyarung jersi keramat pasukan itu. Ini membuatkan beliau tidak sabar untuk berjumpa para penyokong skuad […]

Ronnie Fernandez Mahu Bantu Selangor Julang Piala

ronnie fernandez-selangor

Penyerang baharu Selangor, Ronnie Fernandez mahu membantu Selangor menjulang piala bagi musim 2024. Pemain berusia 33 tahun itu yakin kehadiran dirinya mampu memperkuatkan lagi pasukan Selangor dan turut bercita-cita memenangi kejuaraan bersama kelab tersebut. Ronnie Fernandez hadir menggantikan bekas penyerang import Selangor pada musim lalu, Ayron Del Valle dan Richmond Boakye-Yiadom yang tidak disambungkan kontrak […]

Perpindahan Ayron Del Valle Tersebar Di Bolivia

Bekas penjaring terbanyak Liga Super musim 2023, Ayron Del Valle dilaporkan sudah mendapat kelab baru selepas meninggalkan Selangor FC. Portal media Bolivia, Late.com melaporkan penyerang berusia 35 tahun itu telah menyertai kelab Bolivia, Always Ready. Khidmat Del Valle dilaporkan ditagih Always Ready bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaring terbanyak mereka dari Republik Dominica, Dorny […]

Azim Al-Amin Kini Milik Selangor, Bakal Beraksi Buat Skuad Utama

Selangor FC bakal menerima suntikan tambahan selepas penjaga gawang berbakat, Azim Al-Amin serta empat pemain Selangor B23 telah diserap ke skuad utama bagi musim 2024/2025. Penjaga gol berusia 23 tahun ini berjaya menembusi skuad utama KL City FC selepas hampirntiga tahun sejak debutnya dengan membuat enam penampilan pada musim lalu. Selain itu, Azim juga merupakan […]

Nilai Pasaran Bintang Baharu Selangor Jatuh Mengejut

Nilai pasaran bintang baharu Selangor FC mengejutkan selepas turun dengan agak besar tatkala baru diumumkan sebagai pemain kelab tersebut. Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang berbisa pasukan, Ronnie Fernandez yang menjadi bintang import kedua selepas pertahanan Uzbekistan, Umar Esmurodov. Pemain kelahiran Chile ini datang dengan reputasi hebat termasuklah pernah membantu negaranya dalam kempen Kelayakan Piala […]

Jersi Baharu Selangor Tertiris Lagi?

Tatkala pasukan Liga Super, Selangor FC rancak melakukan persiapan bagi musim baharu, tumpuan terarah kepada jersi yang dipegang oleh pemain baharu pasukan. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh The Red Giants, kelihatan pemain baru pasukan, Alvin Fortes sedang memegang jersi yang tertera nombornya bersama pasukan. Pemain berusia 29 tahun itu bakal membentuk gandingan baharu […]

Selamat Datang Alvin Fortes

Selangor Fc secara rasminya telah mengumumkan ketibaan pemain sayap sensasi baharu, Alvin Fortes nagi saingan musim 2024/25. Perkara ini diumumkan oleh The Red Giants dalam satu kenyataan di laman sosial sekaligus menyaksikan bintang kedua dibawa masuk musim ini. Pemain berusia 29 tahun itu diumumkan secara rasmi sebagai pemain import ketiga terbaru Gergasi Merah untuk mengharungi […]

Faisal Halim ‘Bantu’ Naikkan 60% Pasaran Ortuseight Di Malaysia

Prestasi cemerlang Faisal Halim bukan sahaja menaikkan populariti dirinya namun kini turut membantu melonjakkan nilai pasaran jenama terkemuka, Ortuseight di Malaysia. Pengurus Faisal Halim dalam bidang penjenamaan iaitu Encik Azrin Abdul Malik telah berkongsikan perkara tersebut kepada Astro Arena. Encik Azrin yang turut merupakan bekas pemain bola sepak tempatan mengakui pada mulanya tidak mudah untuk […]

Ronnie Fernandez Senjata Pemusnah Baharu Selangor

Selangor FC kini dalam rangka terbaik untuk menghadapi musim baharu apabila berjaya membawa masuk penyerang berbisa dari Chile, Ronnie Fernandez. Kehadiran penyerang berusia 33 tahun itu telah dikongsikan Selangor di semua platform media sosial rasmi pasukan. “Ronnie memulakan kariernya sebagai seorang pemain ketika menjadi pemain pembangunan untuk pasukan bawah 19 tahun Santiago Wanderers FC sebelum […]

Sharul Nazeem Hargai Pengalaman Bersama Skuad Kebangsaan

Pertahanan tengah Selangor FC, Sharul Nazeem sentiasa menghargai pengalaman ketika dipanggil ke skuad kebangsaan dan berharap ianya dapat membantu meningkatkan prestasinya bersama Selangor untuk musim 2024/2025. Biarpun berjaya membantu Selangor menadapatkan slot beraksi di pentas Asia, bagi Sharul, beliau masih belum berpuas hati dengan apa yang dicapai dan berharap tahun 2024 akan jadi lebih baik […]

Mukhairi Ajmal Tak Puas Hati Dengan Musim 2023

Pemain Selangor FC yang juga kapten skuad kebangsaan bawah 23 tahun, Mukhairi Ajmal menganggap tahun 2023 adalah kurang baik selepas sasaran peribadi beliau gagal direalisasikan. Mukhairi berharap tahun 2024 akan menjadi lebih baik buat beliau lebih-lebih lagi beliau turut akan mengetuai skuad bawah 23 negara ke Piala Asia B-23 di Qatar, April depan. “Alhamdulillah, saya […]

Reaksi Tan Cheng Hoe Tentang Pembelian Terbaru Selangor

Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe berkongsi pendapat beliau mengenai pertahanan baru The Red Giants. Selangor telah mengumumkan pertahanan antarabangsa Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov sebagai pemain terbaru pada Jumaat bagi memperkuat pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Tan Cheng Hoe sempat membuka mulut mengenai perpindahan Umarbek yang hadir sebagai pemain import yang penuh pengalaman beraksi di pentas […]

Faisal Halim Bakal Muncul Di Layar Perak?

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dikhabarkan bakal muncul di layar perak dan menceburi bidang perfileman. Perkara ini telah dikongsikan oleh pengurus beliau iaitu Encik Azrin Abdul Malik kepada Astro Arena mengenai perkembangan terkini perjalanan pemain sayap lincah ini. Beliau baru sahaja memberikan khabar baik buat penyokong The Red Giants selepas sah akan terus […]

Selamat Datang Umar Eshmurodov

Pasukan Liga Super, Selangor FC mengumumkan ketibaan pemain sensasi Uzbekistan, Umar Eshmurodov sebagai pemain import terbaharu Red Giants untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025. Pemain yang dilahirkan di Koson, Uzbekistan ini telah memulakan kerjaya profesionalnya bersama FC Shurtan Guzar pada usia 21 tahun. Beliau telah membuat 83 penampilan untuk skuad itu pada musim […]

Terkini: Brendan Gan Tinggalkan Selangor

Perancang tengah berpengalaman Selangor FC, Brendan Gan membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan selepas hampir empat musim bersama. Pemain berusia 36 tahun itu baru sahaja selesai mengharungi aksi di Piala Asia bersama Harimau Malaya selain memainkan watak penting untuk mengikat Korea Selatan. Masa depan beliau bagaimanapun tidak diputuskan sebelum ini apabila tempatnya di Selangor kelihatan tergugat. […]

Selangor Buru Khidmat Pertahanan Elit Piala Asia

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat pertahanan kental Piala Asia di Qatar 2023. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Giants, Dr. Johan Kamal berhubung perkara ini. Menerusi satu kenyataan olehnya, Selangor dilihat serius untuk memantapkan bahagian pertahanan pasukan selepas kehilangan khidmat Yazan Al-Arab. Individu yang dikaitkan menjadi […]