Tak Sempat Tukar Rumput? Ini Jawapan CEO Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif CEO Selangor FC, Dr. Johan Kamal sebelum ini telah tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai isu penukaran rumput padang pasukan Selangor. Pasukan Gergasi Merah itu sah tidak akan menukar rumput bagi menghadapi saingan musim 2024 kelak atas beberapa sebab tertentu. Dr. Johan Kamal mengakui tempoh masa untuk penukaran rumput tidak mencukupi dan sekiranya […]
Penjaga Gol Malaysia Pulang Ke Utara

Penjaga gol Malaysia, Sikh Izhan Nazrel hari ini diumumkan sebagai penjaga gol baru buat pasukan Penang. Beliau yang sebelum ini telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan Selangor memilih untuk pulang ke bumi utara bagi memperkuat skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli. Selain Sikh, Penang turut menerima kehadiran beberapa pemain baru seperti Muhaimin Izzuddin, Nabil Latpi dan […]
Sikh Izhan Dipinjamkan Sekali Lagi

Penjaga gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan akan meninggalkan Selangor FC secara pinjaman sekali lagi selepas selepas melalui musim hebat bersama Negeri Sembilan FC musim lalu. Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan semakin hampir menyertai Penang FC bagi saingan musim baharu 2024/2025. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam […]
Tindakan Mulia Pemain Selangor Santuni Kanak-Kanak Sentuh Hati Peminat

Pasukan Selangor FC mencuri perhatian peminat bola sepak di media sosial apabila menyantuni seorang kanak-kanak baru-baru ini. Perkara ini dikongsikan oleh bapa saudara kanak-kanak tersebut, Dr Muhaimin menerusi satu hantaran di akaun X semalam. Beliau menceritakan anak saudaranya, Seth Ali baru saja kehilangan bapanya,Muhamad Arif Bin Abdul Rani akibat penyakit leukemia. Lantas, bagi mengubati kesedihan […]
TMJ: Main ACL2 Pun Atas Mata Sumbangan JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ menzahirkan padangan tersendiri terhadap kemaraan pasukan Selangor FC ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim ini. The Red Giants mara ke Asia setelah hampir sedekad tidak melakukannya namun semuanya atas perjuangan pasukan yang beraksi di pentas Asia terdahulu untuk mengumpul AFC MA Ranking buat Malaysia. […]
Alvin Fortes Akui Cepat ‘Serap’ Ilmu Di Selangor

Pemain sayap sensai baharu Selangor, Alvin Fortes mengakui dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat bersama Selangor. Alvin Fortes yang baru sahaja diumumkan secara rasmi sebagai pemain import ketiga terbaru Gergasi Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025. Pemain berusia 29 tahun itu menjelaskan rakan sepasukan menerima kehadiran pemain baharu dengan begitu baik, disebabkan […]
Selangor Beri Tekanan Pada BG Pathum United

Peningkatan yang ditunjukkan oleh Selangor FC menjadikan kedudukan pasukan itu menghampiri jaguh Liga Thailand, BG Pathum United. The Red Giants menamatkan saingan di tempat kedua Liga Super 2023 sekaligus menyaksikan pasukan berjaya melangkah ke pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun ini. Selangor akan mengiringi satu lagi wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi […]
Felipe Leite: Selangor Pasukan Kuat Tapi Percaturan Kami Menjadi

Penyerang import skuad futsal Sabah, Felipe Leite melihat perancangan pasukan itu berjaya menjerat Selangor FC dalam aksi pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL). Sabah meraih kemenangan 3-2 hari ini menerusi dua gol Leite pada minit keempat dan ke-23 serta Ahmad Azim Mohammad (minit ke-35). Merah Kuning membalas menerusi Syed Aizad Daniel Syed Nasir (minit ke-21) […]
Ini Bukan Hari Selangor

Selangor jelas kurang bernasib baik apabila tumpas kepada Sabah di aksi pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024. Menurut kapten Selangor FC Futsal, Fariq Mohammad, Selangor tidak menggunakan peluang sebaiknya untuk mencetak gol dan merasakan pasukannya tidak bernasib baik pada hari ini. ”Pada separuh masa pertama, banyak peluang yang tak diambil, mungkin ini bukan hari […]
MPFL: Sabah Cipta Kejutan Tundukkan Selangor

Selangor terpaksa menelan kepahitan setelah tumpas di aksi pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024 kepada Sabah. Aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam menyaksikan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemain import Sabah, Felipe Da Silva seawal minit keempat. Selangor lantas bangkit merencanakan serangan demi serangan namun ketangkasan penjaga […]
Selangor Bakal Asah Taring Di Luar Negara

Dengan musim baru Liga Super bakal bermula pada Mei ini, Selangor FC sibuk mengatur perancangan pra-musim buat para pemain mereka. Pasukan itu kini bakal mengadakan program pra-musim mereka di luar negara pada awal bulan hadapan. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan jurulatih The Red Giants, Tan Cheng Hoe dalam membina tahap kecergasan pemain sebelum musim bermula. […]
“Tawaran Memang Besar, Tapi Saya Tak Fikir Duit”

Pemain skuad futsal Selangor, Syahir Iqbal Khan masih mahu kekal bersama The Red Giants dan tidak berhasrat untuk meninggalkan pasukannya itu hanya kerana duit. Meskipun mendapat pelbagai tawaran, beliau berkata bahawa dirinya masih baru dalam arena futsal profesional dan mahu terus mengembangkan bakatnya bersama Selangor. “Sebab bagi Syahir, Syahir terlalu awal lagi dengan Selangor. Jadi, […]
Edgar Baldasso: Saya Harap Syahir Iqbal Khan Akan Kekal Di Selangor 20 Tahun Lagi

Pengendali skuad futsal Selangor FC, Edgar Baldasso berharap pemain berbakat, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan dapat terus kekal bersama pasukan itu. Pemain muda ini mula menarik perhatian ramai selepas mempamerkan prestasi bertenaga untuk Selangor dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023. Atas sebab itu, tidak hairanlah bakat Syahir Iqbal Khan diintai oleh beberapa pasukan. […]
Nooa Laine Tak Sabar Cipta Memori Indah Bersama Selangor

Pemain tengah berbakat, Nooa Laine mengakui tidak sabar untuk mencipta memori indah bersama pasukan baharunya, Selangor FC. Nooa Laine bakal memperkuatkan jentera tengah Selangor untuk saingan musim hadapan bersama-sama Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah, Aliff Izwan dan Yohandry Orozco. Pemain berusia 21 tahun itu juga bersedia merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan tidak sabar untuk […]
Faisal Halim Dikesan Beraksi Di Penang

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim dikesan beraksi penuh lincah dalam satu perlawanan di Penang. Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membantu skuad negara mengharungi kempen Piala Asia AFC 2023 di Qatar. Jaringannya ketika berdepan Korea Selatan memastikan bahawa Malaysia mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Tatkala aksi liga […]
Selangor Jadi Bualan Orang Eropah

Kelab Liga Super, Selangor FC mula menjadi perhatian dan bualan orang Eropah selepas satu sesi pengenalan pemain yang mengagumkan. Semuanya bermula apabila The Red Giants mengumumkan ketibaan pemain tengah berbakat, Nooa Laine yang dipinjam dari kelab Finland, SJK Seinajoki. Pemain berusia 22 tahun itu tiba ke Liga Malaysia secara pinjaman selama semusim dan berpeluang untuk […]