Saddil Ramdani Berdepan Tindakan Tatatertib Di Sabah

Pemain Sabah FC yang juga merupakan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani bakal berdepan tindakan tatatertib selepas pemain berusia 23 tahun gagal melapor diri pada tarikh yang sepatutnya. Saddil dilepaskan pasukan Sabah untuk mewakili pasukan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di mana Indonesia layak secara merit ke kejohanan berprestij Asia itu. Jurulatih pasukan Sabah […]
Liga Super: Sabah Cemerlang Benam Sri Pahang Di Likas

Perlawanan ke-10 Liga Super (LS10) ini menemukan Sabah FC dan Sri Pahang FC. Sabah yang beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri berjaya menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Gol-gol Sabah dijaringkan oleh Neto Pessoa dan Taiki Kagayama. Manakala gol Sri Pahang dijaringkan oleh Manuel Hidalgo. […]
Sabah FC Ikat Persiba Balikpapan FC

Sabah FC mempamerkan aksi yang amat memberangsangkan pada perlawanan hari ini namun terpaksa akur apabila diikat Persiba Balikpapan FC dengan keputusan 0-0. Pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee mempamerkan kualiti dalam usaha untuk mengekalkan rentak terbaik apabila turun dengan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan ini. Perlawanan persahabatan yang berlangsung secara tertutup ini menunjukkan keseimbangan daripada kedua-dua […]
Sabah Mendonia Tewaskan Persija Jakarta

Sabah FC menampilkan aksi yang cukup bertenaga dan memberangsangkan untuk menewaskan Persija Jakarta dengan keputusan 2-1. Perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee ini menyaksikan beliau telah pun hampir kesemua pemain kesebelasan terbaiknya untuk memberi cabaran yang sewajarnya. Hal ini terbukti apabila Sabah FC bermula dengan cukup garang untuk mengatur gerak melancarkan serangan […]
Tersasul Sebut ‘Kedah’, Hati Baddrol Bakhtiar Tertinggal Di Darul Aman

Bekas kapten pasukan Kedah yang kini berasama Sabah FC, Baddrol Bakhtiar dilihat telah tersasul menyebut nama bekas pasukannya dalam satu temubual selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Sabah FC pada Selasa malam. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Sabah selaku pasukan pelawat berjaya menundukkan Penang dengan keputusan 4-2. Lebih manis lagi, Baddrol berjaya meledak dua […]
Gary Steven Robbat Kembali Dapat Sentuhan ‘Emas’ Di Sabah

Keputusan pemain tengah, Gary Steven Robbat untuk berhijrah ke pasukan Sabah FC ternyata merupakan satu keputusan yang sangat tepat walaupun hadir selaku pemain yang sinonim dengan masalah kecederaan. Pada perlawanan Liga Super yang menemukan Sabah FC menentang Penang FC semalam, Gary dimainkan sepenuh masa dan berjaya mengejutkan para peminat Sabah dengan satu persembahan yang memukau. […]
Eh Baddrol Bakhtiar Ni Macam Budak Muda Lagi

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar terus pamer aksi luar biasa selepas berjaya menjaringkan dua gol untuk bantu Sabah membenam Pulau Pinang pada perlawanan malam ini. Terbukti masih berbisa, jaringan ‘overhead kick’ yang dihasilkan oleh bekas pemain Kedah ini memukau semua mata yang melihatnya. Baddrol Bakhtiar cemerlang mengemudi bahagian tengah Sabah apabila menjaringkan gol menerusi tandukan […]
Ong Kim Swee Harap Ramuan Jinakkan Penang FC Tercapai

Sabah FC berpeluang untuk kembali berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super dengan syarat menewaskan Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam esok. Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menegaskan agar anak buahnya sentiasa berada pada tahap yang lebih baik dan bersedia untuk berdepan Penang FC yang sedang bergelut di kedudukan yang tercorot. Dalam […]
Saddil Ramdani Diizinkan Sertai Timnas Indonesia

Pemain Sabah FC, Saddil Ramdani kini mendapat lampu hijau untuk bersama skuad bawah 23 tahun Indonesia bagi temasya Sukan SEA 2022 di Hanoi, Vietnam. Perkara itu disahkan dalam satu siaran media oleh Sabah FC hari ini yang bersetuju untuk melepaskan Saddil Ramdani. Satu persetujuan telah dicapai pasukan Sabah FC setelah perbincangan dilakukan bersama Ketua Jurulatih […]
Liga Super: Sabah Kulaikan Kedah di Likas

Perlawanan keenam Liga Super menemukan pasukan tuan rumah Sabah FC yang melayan kunjungan pasukan gergasi utara, Kedah Darul Aman FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sabah yang menewaskan Kedah 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas sebentar tadi. Di awal permainan, Sabah dilihat lebih agresif dengan hantaran-hantaran ke hadapan namun berjaya dipatahkan […]
Sabah Waspada Dengan Ancaman Kedah Walau Tanpa Kelibat Pessoa

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tetap waspada dengan ancaman pasukan Kedah FC walaupun penyerang utama, Neto Pessoa yang masih mengalami kecederaan dijangka tidak diturunkan berdepan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Sabah malam ini. Kim Swee menjelaskan kecederaan dialami pemain kelahiran Brazil itu dilihat mengambil masa yang lama untuk pulih […]
Sabah Hanya Akan Lepaskan Saddil Ramdani Untuk Perlawanan Dalam Kalendar FIFA

Menurut kenyataan rasmi daripada media Sabah FC, Pengurus pasukan Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir menjawab dan menjelaskan tentang laporan yang mendakwa The Rhinos tidak bekerjasama dengan enggan melepaskan Saddil Ramdani untuk panggilan pasukan kebangsaan Indonesia. Bagaimanapun, beliau dilihat agak kecewa dan menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu tidak musabah baginya kerana untuk rekod, Sabah FC telah […]
Aksi ‘Kereta Kebal Sabah’ Rizal Ghazali Yang Memusnahkan Harapan Sarawak United

Pemain pertahanan kanan Sabah FC, Rizal Ghazali menampilkan aksi berkualiti dalam kemenangan tipis Sabah ke atas Sarawak United 1-0 tempoh hari. Walaupun beraksi di gelanggang lawan, Rizal dilihat tiada masalah untuk mempamerkan tahap permainan yang memuaskan. Rizal beraksi penuh 90 minit dalam perlawanan tersebut. Rizal sebelum ini sangat sinonim dengan ketahanan fizikal yang baik apabila […]
Liga Super: Sabah Mandi Peluh Sebelum Tewaskan Sarawak United

Perlawanan keempat saingan Liga Super Malaysia 2022 menyaksikan pertembungan diantara pasukan Sarawak United menentang Sabah FC. Pasukan Sarawak United yang melayan kunjungan pasukan Sabah di Stadium Negeri, Kuching tidak dapat memanfaatkan kelebihan tuan rumah setelah tewas keatas Sabah. Babak separuh masa pertama lebih banyak didominasi oleh anak buah Ong Kim Swee. Gerakan serta serangan yang […]
Ong Kim Swee Ingin Lebih Berhati-Hati Selepas Ini

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menyatakan ingin lebih berhati-hati selepas ini kerana pertemuan malam esok dilihat sangat penting untuk kedua-dua pasukan ini. Bagaimanapun, beliau melihat Sabah juga perlu bersedia untuk beraksi di tempat lawan lebih-lebih lagi berdepan tuan rumah Sarawak United. Dalam pada itu, Kim Swee akui masing-masing ada misi yang perlu dilunaskan. […]
Pernah Menyinar Di Thailand, Kini Dominic Tan ‘Jantung’ Pertahanan Sabah FC

Pemain pertahanan Sabah FC, Dominic Tan kini menjadi nadi utama di barisan pertahanan pasukan untuk membawa cabaran yang lebih besar buat pasukan musim ini. Bekas pertahanan pasukan JDT ini memilih untuk membawa cabaran bersama pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas berkelana hampir 3 tahun di bumi Thailand. Pertahanan tinggi lampai itu dilihat menjadi pilihan […]