‘Otak Bergeliga’ Amri Yahyah Buat 3 Pertahanan Hilang Arah

Pemain berpengalaman Sabah FC, Amri Yahyah kembali mencuri tumpuan apabila beliau memperakan aksi yang cukup cemerlang ketika membantu Sabah meraih kemenangan tempoh hari. Beliau yang kini sudah pun menginjak ke usia 41 tahun masih kekal aktif selain menjadi watak penting pasukan Sabah FC yang kini dikendalikan oleh Ong Kim Swee. Bukan itu sahaja, setiap kali […]
Baddrol Bakhtiar Buktikan Beliau Wajar Dipanggil Ke Kem Kim Pan-gon

Perancang tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar terus menjadi watak penting buat pasukan Sabah apabila menampilkan persembahan yang cukup cemerlang pada malam ini. Perlawanan kedua Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan antara pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee menentang PJ City berkesudahan dengan kemenangan buat Sabah dengan jaringan 3-1. Namun begitu, aksi pemain tengah pasukan negara ini mengawal […]
Liga Super: Pesta Gol Sabah Benam Kemaraan PJ City

Perlawanan kedua Liga Super musim ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Sabah FC menentang Petaling Jaya City FC berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sabah dengan keputusan 3-1. Kedua-dua pasukan mula memberi tekanan seawal minit pertama permainan apabila serangan bertali arus dilancarkan untuk memperoleh jaringan awal. Namun begitu, keampuhan benteng pertahanan pasukan Sabah dan PJ City […]
Ong Kim Swee Anggap Kudrat Tempatan PJ City ‘Bukan Biasa-Biasa’

Jurulatih pasukan Sabah FC, Ong Kim Swee menganggap pasukan PJ City mempunyai kelebihan yang tersendiri ketika pasukan kendaliannya dijadualkan bertemu malam ini. Bekas jurulatih pasukan kebangsaan ini mendedahkan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pemain pasukan P. Maniam mampu untuk beraksi dengan baik di atas padang. Antara salah satu sebab yang mendorong kepada persembahan yang cukup […]
Bung Moktar Positif Dengan Kekalahan ‘Bintang’ Sabah

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin memandang kekalahan yang dialami oleh pasukannya itu sebagai satu perkara yang positif. Hal ini dizahirkan olehnya susulan kekalahan pasukan di bawah bayu itu apabila terpaksa akur dengan kekuatan Negeri sembilan dengan keputusan 1-0. Ini bertitik tolak daripada komen yang dilontarkan oleh salah seorang penyokong […]
Lima Perpindahan Menarik Liga Malaysia

Saingan Liga Malaysia bakal bermula tidak lama lagi. Dengan Piala Sumbangsih sah milik Johor Darul Ta’zim, ramai tidak sabar menantikan saingan liga bermula. Berikut beberapa perpindahan yang menarik perhatian peminat dan pemerhati bola sepak negara. 1- Fernando Forestieri Penyerang Itali berpengalaman ini menempa nama di Serie A. Tetapi di Liga Kejohanan, namanya mula dikenali bersama […]
Gary Steven Robbat Sah Sertai Sabah FC

Pasukan Sabah FC hari ini mengumumkan kemasukan bekas pemain Harimau Muda iaitu Gary Steven Robbat sebagai pemain terakhir yang ditandangani pada hari terakhir jendela perpindahan bagi musim ini. Sebelum ini, pemain berusia 29 tahun itu menyertai pasukan Melaka United secara pinjaman bagi satu musim. Namun, beliau tidak dapat mempamerkan kredibilitinya kerana dihimpit kecederaan yang lama. […]
Kim Swee Anggap Prestasi Sabah Belum Cukup Bagus

Ketua jurulatih Sabah FC, Ong Kim Swee menganggap prestasi barisan pemain Sabah masih belum mencapai tahap yang dimahukannya selepas beberapa aksi pra-musim yang telah dijalankan. Sikap ambil mudah yang ditampilkan pemain di atas padang menjadi satu punca utama yang boleh mengubah corak permainan pasukan, jelas Ong Kim Swee. “Dari segi keputusan saya tidak berpuas hati […]
Sabah FC Sambar Penyerang Dari Jepun

Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) hari ini mengumumkan kemasukan pemain import terbaharu iaitu Taiki Kagayama bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan musim 2022. Pemain kelahiran Jepun ini mempunyai pengalaman beraksi di pentas Eropah bersama kelab Inter Turku, Musan Salama dan Kokkolan Palloveikot yang bermain dalam saingan Liga Utama dan Premier di Finland (Veikkausliiga). Pemain berusia […]
Gary Steven Robbat Sertai Ong Kim Swee Di Sabah FC?

Nama Gary Steven Robbat dahulunya disebut-sebut sebagai pelapis terbaik buat pasukan Harimau Malaya dalam posisi tengah bertahan. Namun masa terus berlalu dan namanya semakin hilang dari radar skuad kebangsaan. Selepas melalui beberapa siri kecederaan dan dipinjamkan ke Melaka United musim lepas, karier Gary kini menjadi tumpuan dan peminat-peminat bola sepak tanah air pastinya ingin mengetahui […]
“Perlu Ada Liga Simpanan” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyatakan pernah memberi pandangan adakan Liga Simpanan kerana terdapat banyak kelebihan yang beliau lihat terutama dari segi kecergasan. Ong Kim Swee menjelaskan syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemain apabila Liga Simpanan berjaya diwujudkan sekaligus memberi peluang kepada pemain yang terpilih untuk bermain dalam kesebelahan utama. “Ketika saya masih […]
Kim Swee Tidak Letak Sasaran Tinggi

Bagi permulaan saingan musim ini, jurulatih Sabah FC, Kim Swee akui tidak dapat menjanjikan keputusan yang baik. Malah, Kim Swee menjelaskan bahawa tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi buat Sabah bagi saingan musim 2022. Bekas pengarah teknikal FAM ini dalam pada itu menyedari bahawa pasukan Sabah memerlukan lebih masa lagi untuk membentuk sebuah pasukan yang […]
Thanabalan Laung Semangat Mahu Jadi Kunci Kejayaan Sabah

Penyerang pasukan Sabah FC, N. Thanabalan berazam untuk menjadi watak penting buat pasukan menjelang musim baharun sekaligus bakal meletakkan pasukan pada kedudukan yang sebenar untuk memburu kejuaraan. Bekas penyerang muda sesasi itu bagaimanapun menyatakan hasrat untuk kembali menjadi penyerang digeruni oleh barisan pertahanan liga selepas beliau mengakui tidak dapat mencapai persembahan terbaiknya setelah dibelenggu masalah […]
Sabah FC Jadi Destinasi Stuart Wilkin Teruskan Karier Di Malaysia

Kelab Bola Sepak negeri di bawah bayu, Sabah FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin secara pinjaman selama setahun untuk memperkuatkan jentera serangan dalam saingan Liga Malaysia Musim depan. Stuart sah mendatangani pasukan Johor Darul Ta’zim pada bulan April yang lalu. Beliau juga sudah membuat penampilan sulung bersama […]
Dominic Tan Bakal Beraksi Di Sabah FC Musim Hadapan

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan bakal mengakhiri kontrak beliau bersama Police Tero FC pada Mei 2022. Sebelum ini beliau pernah menjelaskan mahu memberi komitmen bersama kelabnya Police Tero FC dalam saingan Thai League 1 musim ini. Akan tetapi, Dominic juga tidak mempunyai masalah untuk kembali ke dalam saingan Liga Malaysia musim yang akan datang. […]
Ong Kim Swee Sambar Azhad Harraz Bentuk Gandingan Serangan Berbisa

Pemain muda negara, Azhad Harraz Azman dikhabarkan memilih pasukan Sabah FC untuk terajui saingan musim hadapan. Pemain Skuad Projek FAM-MSN ini berjaya memperagakan aksi yang sangat meyakinkan dalam saingan Liga Premier musim ini. Beliau menjadi ayam tambatan pasukan apabila menjadi penjaring terbanyak pasukan tersebut. Menurut laporan daripada watawan Astro Arena, Fina Nasrom memaklumkan bahawa Sabah […]