Saddil Ramdani: Kembali Bangkit Demi Penyokong Sabah

Pemain import The Rhinos, Saddil Ramdani mahu pasukannya kembali bangkit meneruskan perjuangan demi para penyokong Sabah selepas kehilangan mata berharga apabila ditewaskan Selangor FC dalam perlawanan suku akhir Piala FA yang lepas. Pemain yang berasal dari Indonesia itu menyatakan sebagai pemain pasti kecewa apabila pasukannya tidak layak ke pentas akhir. Namun, apa yang harus dilakukan […]

Piala FA: Selangor Tewaskan Sabah Di Likas

Perlawanan suku akhir Piala FA ini menemukan Sabah FC yang melayan kunjungan Selangor FC. Perlawanan menjadi milik Selangor yang menewaskan Sabah dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Likas sebentar tadi. Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Hyuri Henrique dan Herlison Caion. Selangor memulakan perlawanan dengan sangat positif selepas seawal 25 saat perlawanan, Hyuri menyudahkan […]

Pertembungan Sabah Selangor Cetus Atmosfera Final

Pada malam ini akan bertemu dua pasukan Liga Super di mana Sabah FC yang akan melayan kunjungan Selangor FC dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas. Dikhabarkan jualan tiket di untuk aksi tersebut telah pun habis terjual sekaligus ianya akan menyaksikan sekali lagi kita bakal menonton satu perlawanan yang beratmosfera final dengan kebanjiran […]

Michael Feichtenbeiner Dah Lama Rancang Turunkan 3 Penyerang Lawan Sabah

Selangor FC dijangka bakal mempertaruhkan khidmat trio serangan mereka iaitu Herlison Caion, Hyuri Henrique dan Shahrel Fikri dalam usaha untuk meraih kemenangan berdepan Sabah FC malam esok. Ketua jurulatih pasukan, Michael Feichtenbeiner sedar akan cabaran sukar menentang Sabah FC dalam suku akhir Piala FA di Stadium Likas namun yakin sudah melakukan persediaan rapi buat pasukannya. […]

Liga Super: Sabah Bangkit Tewaskan Terengganu

Sabah FC berjaya melebarkan rekod kemenangan ke atas Terengganu FC selepas menang 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas Kota Kinabalu sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha untuk memburu 3 mata berharga bagi melonjakkan kedudukan dalam Liga Super. Jackson hampir memberikan pendahuluan buat Sabah daripada hantaran Baddrol B. pada minit […]

Gary Tekad Balas Jasa Pasukan Sabah

Mengalami beberapa siri kecederaan jangka panjang sebelum ini, ianya ternyata tidak mematahkan semangat pemain Sabah FC, Gary Steven Robbat untuk kembali bangkit bersama pasukan Sang Badak. Gary jelas sekali terhutang budi dengan pihak pengurusan Sabah yang menandatangani beliau walaupun beliau sangat sinonim dengan kecederaan. “Walaupun banyak kecederaan yang saya alami, Sabah menerima saya dan saya […]

Perlawanan Sabah, JDT Cipta Rekod Tontonan Tertinggi Liga Super

Perlawanan tumpuan Liga Super di antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 15 Julai yang lalu menerima sambutan yang hangat memandangkan kedua-dua pasukan berada di dua tangga teratas dalam kedudukan liga. Tinjauan yang dibuat di saluran youtube Unifi, perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi untuk aksi Liga Super buat setakat […]

Sebenarnya Sabah Merupakan Mangsa Ketiga JDT

Kemenangan dramatik sememangnya tidak lari dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas semalam juga menyaksikan sekali lagi gol minit akhir perlawanan menjadi pemisah kedua-dua pasukan. Sabah bukanlah mangsa pertama gol minit akhir dari JDT. Sebelum ini, JDT telah menjaringkan gol kemenangan di saat akhir perlawanan dalam dua perlawanan iaitu […]

Liga Super: JDT Kecewakan Sabah Di Likas

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan teratas liga iaitu Sabah FC selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada JDT selepas menewaskan Sabah 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Likas sebentar tadi. Gol JDT dijaringkan oleh Fernando Forestieri (2 gol) manakala gol Sabah pula dijaringkan […]

Ong Kim Swee Bagi Bayangan Sabah Bakal Bermain Bertahan Menentang JDT

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee kekal waspada dengan ancaman yang diberikan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sambil memberi bayangan bakal tampil dengan lebih ‘berhati-hati’ ketika kedua-dua pasukan bakal berentap pada Jumaat ini. Bekas pengendali Harimau Muda ini sebaliknya mahu anak buahkan mengekalkan momentum sepanjang 90 minit permainan kerana berdepan dengan para […]

Boys Of Straits Harap Rakyat Johor Di Sabah Turun Ke Likas

Menjelang aksi Liga Super di antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini, kelab penyokong JDT yang digelar Boys Of Straits menyeru penyokong JDT di Sabah untuk turun ke Stadium Likas. Dikhabarkan jualan tiket sangat laris terjual dengan anggaran lebih daripada 30,000 keping tiket telah dijual kepada para penyokong. Boys Of Straits dalam […]

Kim Swee Seru Aura ‘Pemain ke-12’ Bantu Sabah Lakar Kejutan Ke Atas JDT

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee menuntut sokongan padu daripada para penyokong Sabah untuk membanjiri stadium menjelang pertembungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pengendali berusia 51 tahun itu berkata, pasukannya amat memerlukan sokongan bagi memastikan moral para pemain dalam keadaan terbaik. Malah, bekas jurulatih Harimau Muda ini juga sudah tentunya mahu memanfaatkan […]

“Jangan Pelik, Kerja Keras Ni Memang Budaya Orang Jepun” – Taiki Kagayama

Pemain import pasukan Sabah FC, Taiki Kagayama menjelaskan beberapa aspek penting yang telah mempengaruhi persembahannya di atas padang. Beliau yang kini sedang menikmati musim cemerlang bersama pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee menegaskan ciri-ciri menarik yang ada pada permainannya sehingga dapat membantu pasukan melangkah dengan baik pada musim ini. Menerusi satu temubual bersama MakanBola di […]

“Tak Boleh Sekejap Menang, Sekejap Kalah”, Ong Kim Swee Sedia Cabar Kedudukan JDT

Kemenangan 1-0 Sabah FC yang menumbangkan tuan rumah, Negeri Sembilan FC dilihat sebagai satu kemenangan yang penting dalam usaha Sabah menekan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Dalam perlawanan yang dilangsunkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi, gol tunggal Sabah dijaringkan oleh pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-su pada minit ke-62. […]

Liga Super: Sabah Buat Negeri Sembilan Akur Tewas Di Paroi

Pertemuan antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Sabah FC hari ini berlangsung dengan cukup sengit sebelum berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Sabah. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi ini bermula dengan cukup baik apabila kedua pasukan saling bertukar serangan. Sabah FC dilihat lebih mendominasi perlawanan menerusi hantaran-hantaran pantas yang sering memerangkap […]

Liga Super: Selangor Diikat Sabah Di Kelana Jaya

Perlawanan Liga Super ini menemukan pasukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan pasukan Sabah FC. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ sebentar tadi. Gol Selangor dihasilkan oleh Caion manakala gol Sabah dijaringkan oleh Saddil Ramdani. Perlawanan dimulakan dengan Selangor tidak menunggu lama untuk berada di hadapan selepas […]