Yazan Al-Arab Mohon Maaf

Bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf atas keterlanjurannya susulan tindakan beliau menendang pengadil dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia baru-baru ini. Beliau mengakui kesal dengan perbuatan tersebut kerana perbuatannya memberi kesan negatif kepada pasukan Selangor khususnya para penyokong. Yazan turut mendedahkan beliau tiada niat menendang punggung pengadil perlawanan, Hasrol Amir. Beliau percaya […]
Aksi Wan Zack Haikal Tarik Perhatian Media Picisan Antarabangsa

Gelagat yang ditampilkan oleh pemain sayap berpengalaman Perak FC, Wan Zack Haikal telah mencuri tumpuan media picisan antarabangsa. Pemain berusia 32 tahun itu beraksi dengan cukup cemerlang bersama The Bos Gaurus dengan meledak gol tunggal berdepan Sabah FC untuk membawa pasukan ke separuh akhir Piala Malaysia 2023. Beliau bagaimanapun mencuri tumpuan pada awal permainan apabila […]
Gandingan Mantap Dalam & Luar Padang Bantu KL City Kekalkan Konsistensi

Semangat kesatuan dan kerjasama yang utuh dalam pasukan KL City FC telah membawa prestasi pasukan ke satu tahap yang luar biasa. Pasukan Lembah Klang ini mencipta satu lagi sejarah apabila mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2023 sekaligus berpeluang untuk memahat satu lagi detik terbaik buat mereka. Kemenangan dengan agregat 2-1 ke atas Sri […]
Selangor Minta FAM Siasat Mutu Pengadilan

Selangor FC telah mengeluarkan satu kenyataan untuk meminta pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat mutu pengadilan di Piala Malaysia. Aksi antara Selangor dan Terengganu itu berlangsung sengit sebelum kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat untuk ke separuh akhir. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa insiden hangat dalam dan luar padang yang telah mencemarkan aksi tersebut. Pihak […]
FAM Bakal Tentukan Nasib Yazan Al-Arab

Jawatankuasa Tatatertib FAM bakal menentukan nasib bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab susulan tindakan beliau menendang pengadil beberapa hari lepas. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Laporan insiden tersebut telah diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan bagi menentukan bentuk hukuman yang perlu dihadapi pemain import Jordan itu. “OK, bagi kita, kita telah serahkan […]
Piala Malaysia: KL City ‘Rampas’ Slot Separuh Akhir, Benam Sri Pahang

Pertembungan dua pasukan Liga Super, KL City FC dan Sri Pahang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat. Aksi di Stadium Darul Makmur ini terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat yang menjejaskan waktu perlawanan. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan rentak disebabkan padang yang basah. The City Boys dilihat lebih dominan untuk […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: Selangor vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi suku akhir Piala Malaysia antara pasukan Selangor dan Terengganu menjadi tumpuan malam ini. The Red Giants sudah pasti mahu mengubat kedukaan apabila tewas 0-2 di Terengganu tempoh hari. Anak didik Tomislav Steinbruckner kini dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran kelab Australia, Central Coast Mariners tempoh hari. Tumpuan terarah kepada percaturan ampuh Tan Cheng Hoe […]
Negeri Sembilan Lahirkan Seorang Lagi ‘Pelapis’ Syihan Hazmi

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC berjaya melahirkan seorang lagi penjaga gol berbakat besar seperti Syihan Hazmi. Pada musim ini, K. Devan mempertaruhkan khidmat penjaga gol muda negara, Sikh Izhan Nazrel untuk mengawal gawang gol negara. Beliau beraksi dengan cukup cemerlang untuk membantu skuad Jang mengharungi saingan Liga Super 2023. Penjaga gol yang dipinjam dari […]
Piala Malaysia: JDT Ke Separuh Akhir Benam Negeri Sembilan

Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir apabila membenam cabaran Negeri Sembilan. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan Harimau Selatan bermula garang dengan dua gol awak Bergson pada minit ke-6 dan 11 sebelum Juan Muniz mencatat selaku penjaring ketiga. Negeri Sembilan cuba merapatkan kedudukan menerusi gol Zamri […]
Bergson Jaringkan Gol Ke-100 Bersama JDT

Penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva telah menjaringkan gol ke-100 bersama pasukan ketika berdepan Negeri Sembilan. Pemain berusia 32 tahun itu tiba di Johor kira-kira dua musim lalu dan terus membuktikan kredibiliti beliau di hadapan gawang. Beliau beraksi dalam kesebelasan utama bagi aksi timbal balik Piala Malaysia berdepan Negeri Sembilan di […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: JDT vs Negeri Sembilan, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia menyaksikan JDT bakal berdepan Negeri Sembilan dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan Harimau Selatan sudah selangkah ke suku akhir. Kemenangan 3-0 di Paroi tempoh hari sudah pasti memberi tamparan hebat kepada skuad Jang namun K. Devan tidak mahu menyerah kalah. […]
Tano Solari Ramal Formula Berbeza Di Piala Malaysia

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menjangkakan Negeri Sembilan FC menggunakan taktik berbeza dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia esok. Pasukan pelawat kecundang di tangan Harimau Selatan dengan keputusan 3-0 pada minggu lalu. Begitupun, Solari percaya anak-anak buah K. Devan tidak akan berdiam diri dan berusaha mengejar defisit gol sehingga wisel […]
Tomislav Steinbruckner Ambil Risiko Paling Besar Buat Terengganu

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui bimbang dengan tahap kecergasan para pemain menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC. Penyokong dan media di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyedari ramai pemain Penyu merasa letih semasa separuh masa kedua perlawanan Piala AFC menentang Central Coast Mariners. Apabila perkara ini dibangkitkan Harimau Malaya kepada […]
Kecekapan Izham Tarmizi Benarkan Sri Pahang Kekal Bersaing

Sri Pahang FC perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Izham Tarmizi Roslan kerana masih berpeluang memburu slot separuh akhir Piala Malaysia 2023. Izham yang diturunkan dalam aksi suku akhir pertama KL City FC-Sri Pahang semalam cemerlang menafikan serangan demi serangan yang dilakukan tuan rumah. Biarpun akhirnya dibolosi menerusi sepakan penalti Romel Morales, itu langsung […]
KL City Sudah Ada Strategi Unik Singkirkan Sri Pahang

Jurulatih KL City FC, Nenad Bacina sudah ada ramuan tersendiri bagi memastikan pasukan itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia. KL City sebelum ini meraih kelebihan tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti Romel Morales.. Kelebihan ini diharap dapat dilebarkan lagi bila kedua-dua pasukan bersemuka untuk […]
Piala Malaysia: KL City ‘Titik’ Sri Pahang

Perlawanan suku akhir pertama antara pasukan KL City dan Sri Pahang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada tuan rumah. Aksi yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun The City Boys kehilangan pertahanan kental. Giancarlo Gallifuoco. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga untuk mencari gol awal namun gagal menembusi gawang gol pasukan. […]