Kapten Perak Digantung Berdepan JDT

Perak FC bakal berdepan tugas sukar bila turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia 2023 malam ini. Ini kerana kapten mereka, Luciano Guaycochea tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan perlawanan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semasa mengikuti sesi latihan skuad Seladang semalam. Pemain […]
JDT Salurkan Wang Kutipan Tiket Stadium Sultan Ibrahim Ke Palestin

Sebagai tanda keprihatinan kepada konflik Palestin-Israel, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal menyalurkan wang kutipan tiket mereka kepada Palestin. Perkara ini diumumkan oleh CEO Harimau Selatan, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di Johor Southern Tigers. Penyaluran wang tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sehingga akhir musim ini dibuat atas titah DYAM TMJ, Tunku […]
Jordi Amat Berharap JDT Kekalkan Rentak Cemerlang

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat berharap rentak cemerlang yang dipamerkan bila menentang Perak FC dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia dapati dikekalkan. Aksi pertama separuh akhir di Stadium Perak menyaksikan JDT meraih kelebihan agregat 4-1. Empat gol Harimau Selatan disumbang oleh Oscar Arribas, Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad dan Nazmi […]
Keampuhan JDT Diuji Dalam Tiga Tugas Besar

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menempuhi satu lagi tempoh yang cukup padat apabil bakal beraksi dalam tiga kejohanan berbeza dalam tempoh yang cukup singkat. Semi finalis Piala Malaysia ini bakal melayan kunjungan Perak FC berbekalkan kelebihan jaringan setelah merekodkan kemenangan besar 4-1 di Ipoh tempoh hari. Situasi ini juga membolehkan skuad […]
“Kamu Cemerlang Bersama Malaysia, Lakukan Juga Bersama Kelab”

Penyerang sensasi pasukan KL City FC, Kipré Tchétché menggesa duo muda pasukan, T. Saravanan dan Haqimi Rosli untuk bangkit dan memperagakan aksi terbaik bersama kelab. The City Boys terpaksa menelan hakikat selepas tewas 1-2 di laman sendiri dengan penalti pemain berpengalaman itu menjadi bekalan apabila bertandang ke Terengganu awal bulan hadapan. Pemain berusia 35 tahun […]
Tomislav Steinbruckner Puas Hati Dengan Barisan Serangan Terengganu

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan prestasi jentera serangan pasukan itu dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia semalam. Aksi pertama separuh akhir menyaksikan Terengganu mengatasi cabaran KL City FC 2-1 di Stadium Cheras. Skuad Peteh mempunyai bekalan dua gol menerusi Ivan Mamut dan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim. Sementara The City Boys […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: KL City vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 menyaksikan KL City FC bakal menerima kunjungan Terengganu FC di Stadium Cheras malam ini. Perlawanan tumpuan itu menyaksikan aksi ulangan separuh akhir selepas kedua-dua pasukan bertarung pada aksi Piala FA tempoh hari. The City Boys terpaksa berhadapan lawan dengan kehilangan beberapa tonggak utama sambil skuad Peteh mahu menurunkan kesebelasan […]
Statistik Buktikan Terengganu Bersedia Hadapi Amukan KL City

Terengganu FC dilihat sudah bersedia menghadapi KL City FC untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia malam ini. Ini disokong oleh statistik kejohanan yang disertai skuad Peteh termasuk dalam saingan Piala AFC. Biarpun berada dalam Kumpulan G bersama Bali United, Central Coast Mariners dan Stallions Laguna, Terengganu kelihatan mampu menyaingi semua pasukan kumpulan. Ini dibuktikan selepas […]
Piala Malaysia: JDT Selangkah Ke Final, Mudah Belasah Perak

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah ke final Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Perak dengan keputusan 4-1. Aksi yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan Harimau Selatan menjaringkan gol awal menerusi tandukan pertahanan kiri, Oscar Arribas selepas menerima hantaran cantik oleh Heberty pada minit ke-7. Arif Aiman Hanapi menggandakan kedudukan pasukan pelawat apabila mudah […]
Kapten Perak Tampar Muka Matthew Davies

Aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertukar tegang apabila tindakan kapten tuan rumah, Luciano Guaycochea menampar Matthew Davies jadi perhatian. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula baik namun dua gol awal Harimau Selatan merentap semangat The Bos Gaurus. Tatkala perlawanan babak […]
Aksi Pantas Syihan Hazmi ‘Terjah’ Bola Atas Garisan Selamatkan JDT

Tindakan pantas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi telah menyelamatkan pasukan daripada dibolosi awal ketika berdepan Perak FC dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023. Pemain berusia 27 tahun itu terus menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tano Solari berdepan The Bos Gaurus. JDT bagaimanapun terpaksa berhadapan dengan percubaan awal daripada jentera serangan […]
Siaran Langung Piala Malaysia: Perak vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aku separuh akhir Piala Malaysia 2023 melibatkan pertembungan antara Perak dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan malam ini. Beraksi di laman sendiri, pasukan kendalian Yusri Che Lah mahu melakukan kejutan dengan inspirasi dari aksi Kedah berdepan JDT menjadi taruhan. Harimau Selatan juga mahu mengulangi pencapaian cemerlang musim lalu untuk mara ke final Piala […]
Masalah Luar Padang Tidak Jejas Fokus KL City

KL City FC tetap fokus dengan persiapan separuh akhir Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC biarpun dibelenggu masalah di luar padang. Bagi pemain tengah The City Boys, Zhafri Yahya, fokus mereka ketika ini ialah kekal profesional dan membantu pasukan mendapatkan keputusan yang bagus dalam perlawanan itu. Malah, Zhafri menyifatkan masalah luar padang mampu membakar motivasi […]
Posisi Bergson Untuk Kasut Emas Tidak Terusik

Saingan Piala Malaysia akan diteruskan dengan aksi separuh akhir selepas berehat panjang demi memberikan laluan kepada tugasan antarabangsa. Aksi yang sudah tentu menjadi tumpuan adalah pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak FC. Di atas kertas, kelebihan sudah pasti menjadi milik JDT yang juga merupakan juara bertahan Piala Malaysia. Namun begitu, peningkatan prestasi mendadak Perak […]
Paulo Josue: Terengganu Pasukan Yang Kuat

Kapten KL City FC, Paulo Josue mengakui lawan mereka di separuh akhir Piala Malaysia 2023, Terengganu satu pasukan yang patut dihormati. Ini kerana pasukan gergasi dari Pantai Timur itu telah mencipta kejutan dengan menyingkirkan Selangor FC di pentas suku akhir. Ini satu pencapaian yang hebat memandangkan Selangor merupakan antara pasukan yang terkuat dalam liga selain […]
Fandi Ahmad Puji Persembahan Rafael Silva

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji persembahan penyerang Brazil, Rafael Silva biarpun pasukan itu tersingkir dari Piala Malaysia baru-baru ini. Walaupun tidak menjaringkan gol dalam aksi suku akhir kedua menentang KL City FC, Silva menjadi duri dalam daging kepada pertahanan The City Boys dengan membentuk gandingan mantap bersama Kpah Sherman. Disebabkan beliau memberi komitmen […]