Seorang Lagi Permata Sedang Digilap Terengganu

Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia Terengganu-Selangor semalam menyaksikan seorang lagi bintang muda mencipta impak besar di atas padang. Penyerang muda Syahmi Zamri menambah derita pelawat dengan gol kedua tuan rumah pada minit ke-94. Bagi jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner, impak yang ditunjukkan Syahmi bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana dalam saingan Piala MFL, beliau […]

Faisal Halim Pulang Ke Terengganu Dengan Agenda Besar

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim bakal pulang ke Terengganu dengan membawa harapan besar buat pasukannya. Bintang sensasi Malaysia itu membawa satu persembahan yang baik selepas membantu Harimau Malaya mengikat China dan Syria tempoh hari. Beliau bagaimanapun sedia membawa prestasi terbaik ke peringkat kelab untuk membantu Selangor mengharungi aksi yang cukup getir. Impak daripada […]

Siaran Langsung Piala Malaysia: Terengganu vs Selangor, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi suku akhir Piala Malaysia 2023 melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Selangor mencuri tumpuan. Kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik selepas The Red Giants berada di tangga kedua Liga Super sementara Terengganu dalam keadaan bersedia ke Piala AFC. Anak didik Tomislav Steinbruckner telah menewaskan KL Rovers sebelum ini manakala Selangor mengetepikan cabaran PDRM FC. Kecemerlangan […]

Kerisauan Kim Swee Jadi Realiti

Apa yang dibimbangi jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkenaan Perak FC menjadi kenyataan semalam apabila diikat pasukan itu 2-2 di Stadium Likas. Biarpun mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, Sabah sepatutnya berwaspada dengan cabaran The Bos Gaurus. Seandainya mereka leka, Perak tidak akan teragak-agak menghukum mereka. […]

“Sabah Tak Pandang Perak Sebelah Mata” – Kim Swee

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah cabaran Perak FC malam ini. Sejak dibimbing oleh pengendali interim Yusri Che Lah, Perak telah menunjukkan kemajuan yang bagus. Ini termasuk kejayaan menyingkirkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 pada Ogos lalu. Ini membuktikan […]

Yusri Che Lah Kecewa Keadaan Padang Latihan Di Tempat Lawan

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah mengakui kurang berpuas hati dengan keadaan padang latihan yang digunakan mereka menjelang aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Sabah. Keadaan padang yang kurang memuaskan sedikit sebanyak menjejaskan pelan latihan The Bos Gaurus. Begitupun, Yusri menganggap ini sebahagian daripada cabaran sebagai pasukan pelawat. Lantas, beliau fokus membantu anak-anak buahnya membuat […]

Terengganu Bakal Tampil Kesebelasan ‘Baharu’ Lawan Selangor?

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner bakal membuat perubahan kepada kesebelasan utama menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia esok. Ini kerana beliau perlu mengambil kira perlawanan pertama Piala AFC Kumpulan G yang berlangsung pada 19 September ini. Pada hari itu, skuad Peteh bakal melayan kunjungan kelab A-League, Central Coast Mariners. Justeru, Steinbruckner mahu memastikan anak-anak […]

Tano Solari Yakin Arif Aiman Bakal Buktikan Sesuatu

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari percaya Arif Aiman Hanapi mampu memberi impak besar dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Ini kerana beliau percaya tidak seperti saingan Liga Malaysia (Liga M) yang lebih fizikal, saingan ACL bakal beri ruang kepada pemain sayap berusia 21 tahun itu untuk menyinar. “Saya fikir beliau […]

Piala Malaysia: JDT Mudah Atasi Negeri Sembilan

Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke rentak sebenar apabila mudah menewaskan Negeri Sembilan. Aksi yang berlangsung di Stadium Paroi itu menyaksikan pasukan kendali K. Devan tempang tanpa beberapa tonggak utama. JDT kekal menurunkan kesebelasan terbaik dengan jaringan awal muncul menerusi rembatan kencang Arif Aiman yang mudah menewaskan Firdaus Irman. Gol kedua […]

Siaran Langsung Piala Malaysia: Negeri Sembilan vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi suku akhir Piala Malaysia menyaksikan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan. Aksi yang berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan ini menyaksikan anak didik K.Devan melaungkan keazaman untuk tidak mempamerkan corak bertahan. Sementara itu, pengendali Harimau Selatan, Tano Solari juga sudah pasti mahu mempersiapkan pasukan dalam keadaan terbaik dengan […]

Faisal Halim Ingin Bawa Aura Malaysia Bersama Selangor FC

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berharap dapat membawa aura skuad Malaysia bila saingan Piala Malaysia kembali bermula. Faisal menjadi tonggak utama negara dalam dua aksi persahabatan menentang Syria dan China. Malah, beliau turut menyumbang satu gol semasa Harimau Malaya mengikat China 1-1. Kini, impak daripada dua perlawanan tersebut diharap dapat membantunya tampil lebih baik […]

K. Devan: Kita Tak Akan Bertahan Sahaja

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mendedahkan pasukannya tidak akan bertahan bila berdepan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi suku akhir Piala Malaysia. Rekod Liga Super menyaksikan skuad Rusa dibelasah Harimau Selatan 7-0 pada 6 Mac lalu. Ini disusuli dengan satu lagi kekalahan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 Julai lalu. […]

Hakim Hassan Kerja Keras ‘Lawan’ Import JDT

Perpindahan bintang utama Harimau Malaya di Piala AFF, Nor Hakim Hassan terbukti berbaloi apabila beliau kini menyinar bersama Terengganu dan kini berada dalam landasan terbaik untuk mengejar kedudukan import JDT. Pemain berusia 31 tahun ini bergelut untuk memberi impak ketika bersama Selangor selain faktor kecederaan menyebabkan beliau sukar mendapat tempat. Penghijrahan ke Terengganu telah membuka […]

Piala Malaysia: Sri Pahang Gah Ke Suku Akhir, Kalahkan Harini

Dua gol Kpah Sherman sudah cukup untuk membantu Sri Pahang FC layak ke suku akhir Piala Malaysia 2023. Ini selepas mereka mengalahkan wakil Liga M3, Harini FT dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik hari ini. Dengan Stadium Darul Makmur sebagai venue aksi kedua, kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad Tok Gajah selepas menang tipis 3-2 […]

Alfredo Vera Lega Ramalannya Salah

Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera menarik nafas lega apabila pasukannya tidak kalah dengan keputusan lebih besar berdepan JDT dalam aksi Piala Malaysia. Beliau bersyukur apabila pasukan kendaliannya setidak-tidaknya berjaya mempamerkan aksi yang diharapkan sungguhpun dibelasah 10-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Katanya, The Red Warriors kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan pasukan semalam. Malah, […]

Piala Malaysia: Sabah Lepasi Halangan Kuching City, Layak Ke Suku Akhir

Sabah FC memastikan kemaraan mereka ke suku akhir Piala Malaysia 2023 dengan mengalahkan Kuching City FC secara agregat 3-1 dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Likas hari ini. Selepas tunduk 3-0 pada aksi pertama, Il Gatto yang dibimbing jurulatih baru Aidil Sharin Sahak mahu bangkit dalam satu lagi aksi derby Borneo itu. […]