Khalid Samad Yakin KL City Akan “Tapau” Kejuaraan Liga Super & Piala Malaysia 2022

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur Khalid Samad menyatakan prestasi yang ditunjukkan KL City membuatkan beliau percaya pasukan ini akan ‘tapau’ Piala Malaysia dan kejuaraan Liga Super 2022. Menurut Khalid KL City tiada fasiliti yang cukup untuk berlatih. Akan tetapi dengan semangat dan kesungguhan yang ditampilkan oleh pasukan KL City ini melayakan mereka memiliki siri […]

Stanley Bernard Dedikasikan Kemenangan Bermakna Buat Penyokong KL City

CEO pasukan Kuala Lumpur City FC, Standley Bernard menghadiahkan kemenangan bermakna pasukannya kepada para penyokong setia yang sentiasa berada di belakang pasukan sehingga membawa pasukan merangkul trofi berprestij itu. Dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosialnya, Stanley yang juga bekas pemain pasukan KL juga meluahkan rasa terharu dan sebaknya selepas menamatkan penantian selama 32 […]

KL City Tewaskan Johor Darul Ta’zim, Catat Sejarah Menjuarai Piala Malaysia 2021

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim dikejutkan oleh Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 setelah tewas 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Separuh masa pertama didominasi oleh Johor Darul Ta’zim menerusi beberapa siri serangan berbahaya namun kecemerlangan penjaga gawang KL City, Kevin Ray Mendoza menjaga gawang pasukan ibu kota berjaya menafikan beberapa percubaan […]

Arif Aiman Mahu Tutup Cerita Piala Malaysia Dengan Kejayaan

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berharap agar perjalanan pasukan berakhir dengan kemanisan apabila pasukannya sudah pun mengesahkan tempat di pentas akhir menentang pasukan KL City FC. Bukan itu sahaja, pemain kelahiran Maran, Pahang ini menyifatkan ianya seakan impian menjadi kenyataan apabila menjadi tunjang utama pasukan sehingga berjaya mara sejauh ini. […]

B. Sathianathan: Silap-Silap KL City Boleh Menang

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B. Sathianathan menyifatkan Johor Darul Ta’zim sebagai pasukan yang kuat namun turut percaya kepada kekuatan ‘kilat’ dimiliki Kuala Lumpur City. “Johor Darul Ta’zim memang pasukan pilihan, namun Kuala Lumpur City bagi saya agak berbahaya terutamanya dalam serangan kilat mereka. Silap-silap KL City boleh menang”. “Johor Darul Ta’zim ini kita tak boleh […]

Khairul Fahmi Terkilan Selepas Dikatakan Tidak Bagus Dalam Menyelamatkan Penalti

Kalah menang adat permainan namun kritikan dan hentaman pasti akan timbul selepas kekalahan menimpa pasukan. Itu yang terjadi kepada penjaga gol berpengalaman Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek. Pemain berusia 32 tahun itu menampilkan aksi cemerlang bersama Melaka United musim ini dan berjaya membantu pasukannya mara sehingga ke separuh akhir […]

Final Piala Malaysia: Kapasiti Penonton Ditingkatkan Kepada 40,000?

Berita baik buat penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur City apabila terdapat ura-ura akan terdapat peningkatan kapasiti maksimum penonton daripada 20,000 kepada 40,000. Dakwaan ini dikongsikan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Annuar Musa di akaun Twitternya. Kebenaran dakwaan ini masih belum dapat dipastikan kerana mengikut persetujuan asal, Kementerian Kesihatan Malaysia hanya membenarkan maksimum […]

Indonesia Puji Kualiti Pengadilan & Broadcasting Piala Malaysia

Rakyat Indonesia rata-ratanya memberikan maklum balas baik terhadap kualiti pengadilan untuk perlawanan separuh akhir di antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim. Selain itu kualiti rakaman di tambah dengan suasana Stadium Sultan Ibrahim turut meraih perhatian rakyat Indonesia yang menyifatkannya jauh kehadapan berbanding kualiti disediakan media dari Indonesia. Seperti yang dirakamkan […]

Perlawanan Melaka United – KL City Tergendala, Dah Macam Pembukaan Sukan SEA

Perlawanan separuh akhir ke-2 melibatkan Melaka United menentang Kuala Lumpur City ditangguhkan waktu selepas berlaku masalah ketiadaan tenaga elektrik di Stadium Hang Jebat. Pihak TNB sedang memperbaiki masalah yang dihadapi di Melaka dan dikhabarkan akan pulih pada jam 9.30 malam namun sehingga kini perlawanan masih belum bermula. Menerusi satu hantaran oleh Twitter melakaHariini, kelihatan penyokong […]

Piala Malaysia: JDT, Terengganu Terikat Di Gong Badak

Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diikat oleh tuan rumah Terengganu FC dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi. Gol Terengganu dijaringkan Jordan Mintah manakala gol JDT dijaringkan oleh Bergson. Perlawanan dimulakan oleh Terengganu dengan gerakan-gerakan positif dan seawal minit ke-2, mereka […]

Piala Malaysia: Melaka United Ikat KL City Di Cheras

Pertembungan separuh akhir malam ini menyaksikan pasukan KL City FC melayan kunjungan Melaka United FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu berakhir dengan keputusan seri 1-1. Perlawanan bermula rancak seawal minit kelapan permainan apabila sepakan percuma daripada Adriano menatijahkan gol pembukaan buat pasukan Melaka United FC malam ini.  Serangan demi serangan […]

Piala Malaysia: Hasrat ‘Balun’ JDT Tak Jadi, Kedah Tewas Di SSI

Perlawanan suku akhir kedua yang menemukan tuan rumah Johor Darul Ta’zim yang melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC berkahir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah, JDT dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. JDT mendapat peluang terbaik melalui sepakan percuma Leandro Velazquez seawal minit ke-2 namun sepakannya berjaya ditumbuk […]

Piala Malaysia: ‘Hujan’ Kad Kuning Warnai Kebuntuan Kedah Darul Aman Dan JDT Di Darul Aman

Perlawanan suku akhir pertama yang melibatkan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC menentang Johor Darul Ta’zim berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi Perlawanan bermula dengan sedikit tegang selepas beberapa insiden kekasaran yang dilakukan kedua-dua pasukan namun pengadil dilihat bijak mengawal suhu perlawanan. Pasukan JDT mempunyai […]

Kekebalan Shahrul Saad Buat Kelantan Buntu Di Laman Sendiri

Kehadiran semula pertahanan tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad dilihat memberi impak yang cukup besar buat pasukan apabila pasukan tuan rumah dilihat buntu untuk mendapatkan jaringan sungguhpun beraksi di laman sendiri. Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, bekas pertahanan Perak FC ini menjadi watak penting apabila pasukan pelawat turun dengan formasi tiga pertahanan […]

Ketajaman Memukau Romel Morales Bersama Kuala Lumpur City Jadi Bualan

Pemain import Kuala Lumpur City FC dari Colombia, Romel Morales pastinya menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air selepas mempamerkan aksi memukau dalam saingan Piala Malaysia tahun ini. Romel Morales yang baru berusia 24 tahun, telah bermain dalam 5 perlawanan Piala Malaysia musim ini dan sudah meledak 8 gol buat pasukan Kuala Lumpur City FC. […]

Melaka United, Kedah Rebut Juara Kumpulan Untuk Elak JDT Di Suku Akhir

Perlawanan Melaka United menentang Kedah Darul Aman FC malam ini pastinya bakal menjadi perhatian kerana pasukan mana yang tewas, bakal bertemu juara Liga Super 8 kali iaitu Johor Darul Ta’zim. Pengurus pasukan Melaka United, Muhammad Akram Abdullah berkata para pemain akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kedudukan juara kumpulan C Piala Malaysia untuk laluan lebih baik […]