Piala Malaysia: Rezal Zambery Enggan Dabik Dada, Minta Pemain Tidak Terbuai

Di sebalik gembira dengan kemenangan 1-0 dilakar ke atas Sarawak United dalam aksi pusingan kedua Piala Malaysia, jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya tidak mahu mendabik dada dan segera mengalihkan tumpuannya kepada perlawanan timbal balik pada 31 Oktober nanti. Pada perlawanan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching, Kelantan yang menurunkan sepenuhnya pemain tempatan di dalam kesebelasan utama […]

Piala Malaysia: Jaringan ’Fly Tap’ Forestieri Hiasi Kemenangan Bergaya JDT Tewaskan PJ City

Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan Petaling Jaya City 4-0 pada aksi pertama peringkat 16 pasukan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula dengan sengit namun JDT mendominasi perlawanan apabila berjaya membuka tirai menerusi sepakan penjuru Arif Aiman ditanduk kencang oleh Shahrul Saad sekaligus […]

Lee Tuck Mahu Pacu Sri Pahang Gegar Piala Malaysia

Perlu diakui tidak ramai memperkatakan tentang potensi Sri Pahang untuk mencipta kejutan dalam Piala Malaysia edisi kali ini, tatkala tumpuan seperti biasa terarah kepada JDT, Terengganu, Sabah, Kedah mahupun Selangor. Namun dalam diam, skuad tok gajah kendalian Dato’ Dollah Salleh nampaknya sudah sedia untuk mengegar. Sri Pahang akan menentang Terengganu di pusingan kedua pada 27 […]

Dollah Salleh : “Saya Tak Pernah Anggap Diri Ada Magis, Semuanya Rezeki Tuhan Bagi”

Tidak semua pemain yang hebat akan berjaya sebagai jurulatih, tetapi dalam hal Dato’ Dollah Salleh, dia bukan sahaja pemain yang hebat pada zamannya, tetapi turut berjaya menempa nama sebagai jurulatih yang berjaya dan tanpa ragu merupakan salah seorang jurulatih berprofil tinggi Liga Malaysia. Antara pencapaian Dollah Salleh sebagai pemain adalah memenangi gelaran Liga Perdana dan […]

Semua Hasil Jualan Tiket Lawan JDT Disumbang Kepada Keluarga Mendiang Rajesh

Sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan besar mendiang P.Rajesh sepanjang lima tahun bersama PJ City, kelab itu akan menyumbangkan semua hasil jualan tiket menentang JDT dalam aksi pusingan kedua Piala Malaysia pada Rabu ini kepada keluarga mendiang. Pengurus pasukan, K.Rajendran berkata ia keputusan pemilik kelab Datuk Vijay Eswaran bagi membantu meringankan beban keluarga mendiang yang kehilangan […]

“Saya Daripada Dulu Tak Gembira” – Dollah Salleh Kongsi Detik Pahang Dikecewakan

Pengendali Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh menyambut baik langkah Malaysian Football League (MFL) memansuhkan peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan bermula dengan saingan Piala Malaysia musim ini. Beliau menganggap perubahan dilaksanakan itu sebagai sesuatu yang lebih adil kepada pasukan dan lebih penting ia seiring dengan perubahan bola sepak antarabangsa sambil memudahkan pemahaman pemain serta peminat. […]

Tiada Lagi Peraturan Kelebihan Away Goal di Liga Malaysia

Malaysian Football League (MFL) pada hari ini, mengumumkan bahawa peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan, dimansuhkan berkuatkuasa serta-merta. Untuk makluman, peraturan away goal ini memberi kelebihan kepada pasukan yang menjaringkan gol yang lebih di gelanggang lawan untuk muncul pemenang, sekiranya perlawanan berkesudahan seri secara agregat. Menurut MFL dalam satu kenyataan, pemansuhan peraturan itu adalah selaras […]

Zaquan Yakin Pemain Negeri Sembilan Suka Main Bola Dalam Hujan

Ketua pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha merasakan musim hujan yang melanda negara kini bukanlah menjadi suatu masalah yang besar buat beliau dan rakan sepasukan. Ini kerana, bagi Zaquan sendiri, beliau melihat rakan sepasukannya sangat gemar beraksi ketika dalam keadaan hujan. “Walaupun sekarang ini musim hujan, ia tidak menjadi masalah kepada pasukan kerana saya rasa […]

Piala Malaysia : Rezal Zambery Anggap Layak Ke Suku Akhir Sudah Cukup Bagus

Jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya tidak mahu memasang impian tinggi melangit dalam kempen Piala Malaysia musim ini. Kelantan yang juga juara dua kali pertandingan tertua rantau Asia itu akan membuka kempen dengan menentang Sarawak United di pusingan kedua pada 26 dan 31 Oktober depan. Bagi Rezal Zambery, sasarannya adalah membawa Kelantan menempatkan diri dalam kalangan […]

Pembubaran Parlimen Bakal Ubah Nasib Piala Malaysia

Pembubaran parlimen yang telah diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini bakal mengubah nasib saingan Piala Malaysia.  Menerusi satu sidang media berkenaan pelesenan kelab hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam memaklumkan bahawa pembubaran parlimen tempoh hari sedikit sebanyak telah menimbulkan beberapa persoalan bagi pihak MFL. Beliau akui jika […]

Selangor Sasar Kedudukan Lebih Tinggi Liga Super

Selangor menyasarkan untuk mengakhiri saingan Liga Super pada kedudukan yang lebih baik pada musim ini. Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe, beliau berharap agar format baharu yang cuba diperkenalkan oleh MFL ini diterima umum. Katanya, undian ini juga bakal memberikan motivasi buat para pemain untuk mengakhiri saingan musim ini pada kedudukan […]

Irfan Bakti Tidak Faham Kenapa MFL Buat Undian Awal

Jika Malaysian Football League (MFL) beranggapan kesemua pasukan ataupun jurulatih bersetuju dengan undian Piala Malaysia 2022 dibuat terlalu awal, mereka sebenarnya silap. Jurulatih-jurulatih berprofil tinggi seperti Tan Cheng Hoe, Zainal Abidin Hassan, Ong Kim Swee dan Rezal Zambery Yahya kesemuanya dilihat menyatakan bersetuju dengan MFL, tetapi pada akhirnya ada jurulatih tampil mempertikaikan keperluan undian untuk […]

“Pasukan Mana Pun Boleh, Asalkan Bukan JDT”

Saingan Liga Super semakin menghampiri penghujungnya, setelah berakhir perlawanan pada Jumaat rata-rata pasukan sudahpun bermain 20 perlawanan. Dengan gelaran juara sudah diketahui menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT), tumpuan kini terarah kepada pasukan manakah akan menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas yang menjadi buruan tiga penjuru antara Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan. Manakala baki pasukan […]

“Tahun Ini Mungkin Tahun Terakhir Saya Bersama Terengganu” – Nafuzi Zain

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi bayangan bahawa beliau bakal meninggalkan Terengganu. Pengendali kelahiran Kelantan itu sepertinya bakal meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Pantau Timur itu. Menerusi satu temubual pasca perlawanan menentang Penang FC tadi, Nafuzi memaklumkan bahawa musim ini mungkin menjadi musim terakhirnya. “Tahun ini mungkin menjadi tahun terakhir saya bersama Terengganu.” Bekas […]

MFL Luluskan Lee Tuck & Sergio Aguero Sebagai Pemain Tempatan

Persoalan mengenai status dan juga masa depan dua orang pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dan Sergio Aguero akhirnya terjawab. Berdasarkan satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) telah pun mengumumkan bahawa rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan dua pemain naturalisasi sebagai pemain tempatan telah pun secara rasminya diluluskan. Bukan itu sahaja, ini juga secara tidak […]

Piala AFC: KL City Belasah PSM Makassar Juarai Zon ASEAN

Wakil Malaysia di pentas AFC, Kuala Lumpur City FC tidak berdepan cabaran apabila mereka mudah menjinakkan pasukan PSM Makassar dengan keputusan 5-2. Pasukan kendalian Bojan Hodak turun dengan persembahan terbaik apabila berjaya membariskan hampir semua pemain terbaik pada malam ini. The City Boys jelas berada dalam keadaan terbaik apabila mereka mendominasi permainan seawal minit pertama […]