Piala Malaysia: Sri Pahang ‘Terkulai’ Dimalukan Sarawak United di Darul Makmur, Jaringan Saat Akhir Jadi Perhatian

Sri Pahang perlu menelan ‘pahit yang tajam’ setelah tewas 1-2 kepada Sarawak United sekaligus terlepas peluang layak ke pusingan kalah mati siangan Piala Malaysia 2021 kumpulan A. Lebih menyedihkan kekalahan ini berlaku di halaman sendiri dan selepas beraksi cemerlang menewaskan Penang FC dalam dua aksi sebelum ini. Walaupun menyajikan corak permainan yang baik, kekuatan pasukan […]

Piala Malaysia: Selangor Tumbang Di Gelanggang Sendiri Dibaham Terengganu

Perlawanan Piala Malaysia menemukan Selangor FC selaku tuan rumah melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi terakhir kumpulan B. Terengganu selaku pasukan pelawat berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ sebentar tadi. Pasukan Terengganu dilihat kerap melakukan asakan dalam tempoh 5 minit pertama yang membuatkan benteng Selangor terpaksa bekerja keras […]

Piala Malaysia: Kedah Darul Aman Belasah Kelantan United Di Kota Bharu

Perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia menemukan tuan rumah Kelantan United berdepan pasukan gergasi dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Kedah dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan beberapa siri serangan dari pasukan Kedah. Peluang keemasan pasukan […]

Prestasi Cemerlang Faisal Halim Pacu Terengganu Ke Suku Akhir

Pemain sayap lincah pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim terus menjadi nadi ketajaman jentera serangan pasukannya apabila beliau mencatat nama selaku penjaring dalam kemenangan besar ke atas pasukan Perak FC baru-baru ini. Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini mengharungi persembahan yang cukup baik pada penampilan pertamanya bersama pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan persahabatan bertemu […]

Ketajaman Danial Asri Jadi Kunci Selangor Harungi Kempen Cemerlang

Prospek muda berbakat Selangor FC, Danial Asri terus menjadi watak penting buat pasukan Selangor dalam usaha untuk mara ke peringkat seterusnya apabila beliau sekali lagi meledak untuk memastikan pasukan mencatat kemenangan selesa malam tadi. Bertemu dengan pasukan Kuching City FC yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Danial dilihat beraksi dengan sangat baik sejak awal permainan apabila gerakan […]

Panenka Tak Menjadi Safawi Rasid Warnai Kemenangan Johor Darul Ta’zim

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid mencuri perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air dengan aksi beliau dalam mengambil sepakan penalti. Aksi Safawi itu ternyata mengundang pelbagai reaksi sesiapa yang menonton. JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-89 selepas hantaran yang cuba dilakukan Akhyar Rashid terkena tangan pertahanan Sabah. Pada ketika itu JDT sudah mendahului […]

Safee Sali ‘Mengidam’ Julang Piala Malaysia Pertama Dalam Kariernya

Siapa yang tak mengenali sosok pemain berusia 37 tahun ini. Individu bernama Safee Sali ini merupakan pemain yang berpengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Namun dalam karier pemain Kuala Lumpur City FC ini, beliau masih belum lagi merasai nikmat menjulang Piala Malaysia ketika bersama kelab-kelab yang […]

Piala Malaysia: Kedah Darul Aman Terkulai Di Gelanggang Sendiri, Dikejutkan Melaka United

Perlawanan kedua Kumpulan C Piala Malaysia menemukan Kedah Darul Aman FC selaku tuan rumah melayan kunjungan Melaka United. Perlawanan berakhir dengan keputusan memihak kepada skuad Melaka United dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk mencari gol awal. Kedah akhirnya berjaya […]

Penampilan Berharga Syahrian Abimanyu di Pentas Piala Malaysia Tewaskan PJ City

Pemain tengah pasukan Johor darul ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu menampilkan aksi yang cukup bertenaga ketika pasukannya menewaskan PJ City FC dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyasikan beberapa pertukaran dilakukan oleh jurulatih pasukan, Benjamin Mora termasuklah di bahagian jentera tengah yang menyaksikan trio Natxo Insa, Afiq Fazail dan juga pemain […]

Piala Malaysia: Sabah Hampir Dimalukan Kelantan Di Kota Bharu

Kelantan FC turun bertemu dengan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Malaysia 2021. Kelantan FC bagaimanapun terikat 2-2 dengan Sabah FC sekali gus kedua-dua pasukan masih mencari kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021. Kelantan FC turun dengan formasi 4-2-3-1 dengan menurunkan Ismail Ibrahim sebagai penyerang utama […]

Piala Malaysia: Kuala Lumpur City Cipta Kebangkitan Dramatik Untuk Seri Dengan Penang

Perlawanan ke-2 kumpulan A TM Piala Malaysia yang menemukan Penang FC selaku tuan rumah turun bertemu pasukan pelawat Kuala Lumpur City FC berkesudahan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi. Sepak mula dilakukan oleh KL City dengan kawalan bola yang baik. Peluang awal hadir buat KL City apabila pada minit ke-2, […]

Piala Malaysia: Terengganu Jinakkan Selangor Di Halaman Sendiri

Perlawanan kedua saingan Piala Malaysia hari ini menyaksikan pertembungan diantara Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Pasukan tuan rumah mencatat keputusan positif apabila menang 2-1 keatas Selangor FC. Selangor FC bermula garang menerusi pemain muda mereka Mukhairi Ajmal pada minit ke-2 permainan. Namun penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin […]

Kemunculan Thanabalan Beri Sinar Baharu Buat Sabah FC

Keputusan pengendali baharu pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee untuk membariskan gandingan baharu bagi mengetuai jentera serangan pasukan dilihat sebagai satu keputusan yang tepat apabila berjaya mencuri 1 mata di gelanggang lawan. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya itu memperlihatkan kedua-dua pasukan bermotivasi tinggi untuk meraih keputusan yang positif. Sungguhpun begitu, […]

FIFA Anggap Gol Park Tae-su Dalam Saingan Piala Malaysia Berkelas Dunia

Badan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini telah memuat naik satu ciapan di laman sosial rasmi mereka mengenai satu jaringan luar biasa yang mewarnai pertembungan antara PJ CIty FC menentang pasukan Sabah FC. Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh FIFA di akaun twitternya, gol tersebut dianggap sebagai satu gol yang sangat menakjubkan telah […]

6 Kekalahan Berturut-Turut, Ruangan Komen Sri Pahang FC Dibanjiri #DollahOut

MakanBola.com, Petaling Jaya, 28 Sept – Penyokong pasukan Sri Pahang FC seperti tidak dapat lagi membendung rasa kecewa terhadap prestasi pasukan Tok Gajah musim ini yang dilihat sangat longlai dan membimbangkan. Manakan tidak, mereka terpaksa menelan 5 kekalahan terakhir dalam Liga Super dan baru-baru ini memulakan Piala Malaysia dengan hambar selepas tewas 3-1 kepada Kuala […]

Piala Malaysia: Jaringan ‘Gila’ Park Tae-su dan Darren Lok Hiasi Pertembungan PJ City-Sabah

Dalam perlawanan pertama kumpulan D Piala Malaysia hari ini, pertemuan melibatkan pasukan Lembah Klang, PJ City dan Sabah FC berakhir dengan keputusan seri, dengan keputusan 1-1. Pasukan tuan rumah membariskan kesebelasan terbaiknya dengan penjaga gol utama, Kalamullah Al-Hafiz menggalas tugas untuk mengemudi gawang gol sambil barisan pertahanan seperti Mohammad Raffi, Kannan, Kogileswaran dan juga Kugan […]