Nafuzi Zain Kunci Mulut

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain masih tidak mahu memberi jawapan balas mengenai masa depannya bersama pasukan musim hadapan. Pengendali kelahiran Kelantan itu cemerlang mengemudi skuad Pantai Timur ini termasuklah berjaya melangkah ke pentas Piala Asia musim hadapan. Prestasi memberangsangkan Terengganu juga melayakkan mereka ke final Piala FA sebelum tewas kepada JDT. Walau bagaimanapun, masa […]
Habib Haroon Terima Tawaran Kelab Luar Negara

Perancang tengah Terengganu FC, Habib Haroon dilaporkan menerima tawaran daripaaa kelab luar negara menjelang saingan musim baharu. Pemain kelahiran Bahrain ini memainkan peranan yang cukup penting untuk mengemudi jentera tengah pasukan Pantai Timur ini untuk melayakkan diri ke pentas Asia musim hadapan. Habib membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan import, Manuel Ott dan juga […]
Abdul Latiff Anggap Peluang Kelantan Menang di Johor Tetap Ada

Walaupun berdepan misi sukar, ia belum belum mematahkan semangat para pemain Kelantan untuk cuba bangkit mencatat kemenangan dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia menentang JDT. Kelantan ketinggalan agregat 0-3 susulan kekalahan di laman sendiri pada Sabtu lalu dan mereka bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan timbal balik, Jumaat ini. Di atas kertas, perjuangan […]
“Semua Rakyat Terengganu Berharap Kita Ke Final” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim menyedari harapan yang tinggi diletakkan oleh rakyat Terengganu terhadap mereka untuk mara ke final sekali lagi. Bintang berusia 24 tahun ini bagaimanapun tidak mahu perkara tersebut mengganggu fokus rakan sepasukan sebaliknya mahu memberikan yang terbaik pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelak. Mengulas lanjut, […]
“Kenta Dikeluarkan Kerana Tak Beri Sumbangan, Bukan Cedera” – Rezal Zambery

“Pemain saya telah memberikan permainan yang boleh dipuji,” begitulah reaksi pengendali Kelantan, Rezal Zambery Yahya selepas pasukannya dijinakkan 0-3 oleh JDT pada Sabtu. Dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di hadapan lebih 20,000 penyokong di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu, Kelantan pada hakikatnya tidak dapat menterjemahkan permainan berkualiti, malahan seperti terpaku dengan kehebatan JDT. […]
Pemilihan Pemain Secara Merit Antara Falsafah Rezal Zambery Kemudi Kelantan

Pendekatan yang digunakan oleh ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya dalam memacu kejayaan pasukan musim ini mendapat perhatian umum. Tugasan yang dibawa oleh anak kelahiran Johor ini bukanlah mudah namun beliau berjaya memacu Kelantan sehingga berjaya layak ke Liga Super 2023. Malah, bekas bintang Negeri Sembilan ini juga membuktikan sentuhan ’emasnya’ sekali lagi apabila […]
Rezal Zambery Tak Mahu Paksa Nurshamil

Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya tidak mahu memaksa mana-mana pemainnya untuk beraksi termasuklah tunjang utama pasukan, Nurshamil Abd Ghani. Rezal memaklumkan bahawa beliau kini dalam misi untuk memperisapkan pasukan menjelang pertemuan dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Sungguhpun beraksi di laman sendiri, bekas bintang Negeri Sembilan ini tetap menuntut fokus daripada […]
“Anda Ingat Saya Bayar Gaji Pemain RM1500?” – Zamsaham

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mengakui kecewa dengan segelintir penyokong Kelantan yang meminta harga tiket berkurang kepada RM10 tapi mahukan pemain berstatus bintang perkuat pasukan. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa TRW Kelantan tidak menerima sebarang tajaan daripada kerajaan negeri disebabkan itu harga tiket pastinya berbeza. “Nak pemain bintang, nak stadium hebat, nak pusat latihan […]
Piala Malaysia : Dollah Terkejut Samassa Lepas Sembilan Gol

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh mengakui sedikit terkejut melihat prestasi suram ditunjukkan penjaga gol import, Mamadou Samassa dalam dua perlawanan menentang Terengganu, di pusingan kedua Piala Malaysia. Menurutnya, Samassa telah membuktikan dia salah seorang penjaga gol terbaik dalam Liga Malaysia sepanjang kempen Liga Super sebelum ini menerusi persembahan cemerlang di gawang, malah dia antara penjaga […]
Faisal Halim Tunjuk Sikap Profesional Di Padang

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim menjawab kritikan terhadap beliau dengan cukup profesional apabila memacu kejayaan pasukan ke pentas suku akhir. Beliau yang mesra disapa Mikey ini mempamerkan aksi yang amat memberangsangkan apabila terlibat dalam semua gol yang dijaringkan oleh Terengganu. Bintang berusia 24 tahun itu menjaringkan. satu gol dan turut mencipta tiga bantuan […]
“Saya Akan Merindui Penyokong Terengganu” – Faisal Halim

‘Saya akan merindui penyokong Terengganu, itu yang saya boleh cakap’ Berikut adalah sebuah kenyataan jujur daripada pemain sensasi Terengganu, Faisal Halim selepas kemenangan besar menentang Sri Pahang semalam dalam saingan Piala Malaysia 2022. Baki kontraknya akan tamat tak lama lagi, pemain berusia 24 tahun ini mengakui beliau amat menghargai semua penyokongnya yang tak pernah berhenti […]
“Saya Kekal Atau Tidak, Ia Adalah Untuk Kebaikan Semua Pihak” – Nafuzi Zain

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain belum memutuskan mengenai masa depannya sama ada akan kekal membimbing kelab gergasi pantai timur itu pada musim depan atau tidak. Malah, menurut Nafuzi, dia cuma tahu secara lisan kontraknya akan disambung namun belum ada sebarang tawaran rasmi dikemukakan kepadanya. “Buat masa ini saya cuma nak habiskan musim ini dahulu, saya […]
Faisal Halim: Takkan Sebulan Sebelum Tamat Kontrak Baru Nak Buat Keputusan

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim meluahkan rasa kecewa sekiranya terpaksa berpisah dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Hubungan akrab pemain sayap lincah ini sudah pun diketahui umum setelah menyatakan secara terbuka untuk kekal bersama pasukan sekiranya pengendali tersebut kekal. Walau bagaimanapun, bintang berusia 24 tahun itu jelas kurang berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan […]
“This Is For You Coach” – Nafuzi Terharu Kpah Sherman Tujukan Hatrik Buatnya

Pastinya tiada hadiah hari jadi yang lebih istimewa dan lebih manis buat Nafuzi Zain! Pengendali Terengganu itu, genap berusia 44 tahun pada Khamis, hari sama yang menyaksikan skuad bimbingannya berpesta membelasah Sri Pahang 5-1 di laman lawan dalam aksi pertama pusingan kedua Piala Malaysia. “Ini hadiah dan kemenangan yang cukup berharga, pada hari jadi saya. […]
“Saya Tak Tahu Kenapa, Biasanya Tak Pernah Berlaku Sampai Macam Ini” – Dollah Salleh

Melihat pasukan bimbingannya dibelasah tanpa belas kasihan di hadapan hampir 20 ribu penyokong di gelanggang sendiri, membuatkan Dollah Salleh hilang kata-kata. Turun dengan misi mahu membawa bekalan selesa dalam aksi pertama pusingan kedua Piala Malaysia, Sri Pahang tersentak apabila terpaksa akur kecundang 1-5 di tangan Terengganu. Dollah Salleh buntu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi sehingga […]
Piala Malaysia : Maniam Akur Tertipu Dengan Kebijaksanaan Bidoglio Catur Strategi

Pengendali PJ City, P.Maniam menelan hakikat JDT berada di dalam kelas tersendiri selepas pasukannya dibelasah 0-4 oleh juara Liga Super itu dalam pertembungan pusingan kedua Piala Malaysia pada Rabu. Maniam tanpa berselindung menyatakan terperangkap dengan kebijaksanaan taktikal pengendali JDT, Hector Bidoglio yang memilih menurunkan hanya seorang import iaitu Leandro Velazquez di dalam kesebelasan utama yang […]