7 Pemain Malaysia Mungkin Terpaksa Lupakan Piala Asia

Selepas tersingkir dari saingan Piala Asia 2023, seramai tujuh pemain skuad kebangsaan Malaysia berkemungkinan akan melupakan edisi Piala Asia yang seterusnya iaitu Piala Asia 2027. Ketujuh-tujuh pemain itu akan menjangkau usia 35 tahun sehingga 41 tahun pada tahun 2027 dan untuk beraksi di kejohanan berprestij di Asia pada umur tersebut dilihat agak mustahil untuk berlaku. […]
Kapten Jepun Sasar Julang Piala Dunia

Kapten Jepun, Wataru Endo kini menagih sokongan besar penyokong Jepun dalam usaha pasukan itu menjulang Piala Dunia setelah tersingkir dari Piala Asia 2023. Jepun telah disingkirkan oleh Iran menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan sekali gus menambah kemarau kejuaraan Piala Asia yang kali terakhir dimenangi oleh Jepun pada tahun 2011. Wataru Endo yang merupakan kapten […]
AFC Asian Cup: Korea Selatan Bangkit Tewaskan Australia

Korea Selatan bangkit pada hujung perlawanan untuk menewaskan cabaran Australia sekali gus menyaksikan bekas juara Piala Asia 2015 itu tersingkir. Korea Selatan mendominasi penguasaan bola pada babak pertama namun pasukan itu bergelut untuk melakukan percubaan ke arah gawang gol Socceroos. Craig Goodwin membuka tirai jaringan pada minit ke-42 perlawanan menerusi rembatan kencang setelah menerima hantaran […]
Jepun Mahu Kekalkan Khidmat Junya Ito

Jepun mahu mengekalkan khidmat pemain serangan Junya Ito walaupun pemain tersebut berdepan dakwaan melakukan gangguan seksual. Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sebelum ini mengambil keputusan untuk menggugurkan nama Junya Ito daripada saingan Piala Asia 2023 dengan serta merta setelah terlibat dengan kes gangguan seksual. Dua orang perempuan melaporkan perbuatan Junya Ito pada tahun lalu namun […]
Yazan Al-Arab Sasar Jordan Layak Ke Separuh Akhir

Pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab berhasrat untuk membantu negaranya mara lebih jauh pada kempen Piala Asia kali ini. Walau bagaimanapun, beliau sedar lawan yang bakal ditempuh iaitu Tajikistan bukanlah calang-calang pasukan, ditambah pula juara Pesta Bola Merdeka 2023 itu dalam momentum terbaik selepas menyingkirkan UAE sebelum ini. Beliau menyifatkan Tajikistan merupakan pasukan yang berdisiplin tinggi dan […]
AFC Asian Cup: Jepun Gah Tundukkan Bahrain

Jepun gah menundukkan cabaran Bahrain untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023. Skuad kendalian Hajime Moriyasu mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama dengan melakukan 7 percubaan ke arah gawang gol berbanding Bahrain yang hanya melakukan 2 percubaan. Penantian Jepun untuk gol pertama berakhir pada minit ke-31 apabila Ritsu Doan menyambut bola muntah […]
Dion Cools Belum Sedia Pulang Ke Malaysia

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menyatakan dirinya belum bersedia untuk pulang beraksi di liga Malaysia. “Saya sentiasa memberitahu isteri saya bahawa saya suka berada di Asia namun saya juga terlintas di fikiran untuk meneroka budaya lain seperti Jepun atau Korea suatu hari nanti.” “Saya belum bersedia untuk pulang ke Malaysia buat masa sekarang. Kemungkinan […]
Wartawan Iraq Cuba Serang Jesus Casas Disenarai Hitam AFC

Kekecohan berlaku sewaktu sidang media tamat perlawanan antara Iraq dan Jordan apabila wartawan Iraq tidak berpuas hati dengan Jesus Casas atas kekalahan Iraq. Dalam sebuah video di laman sosial X, wartawan daripada Iraq itu menjerit-jerit kemarahan dan cuba menerpa ke arah jurulatih Jesus Casas sebelum dibawa keluar oleh pihak keselamatan AFC. Pihak AFC kemudian melakukan […]
AFC Asian Cup: Uzbekistan Tunjukkan Thailand Jalan Pulang

Uzbekistan gah menewaskan cabaran Thailand di Stadium Al Janoub sekali gus menunjukkan jalan pulang buat skuad Gajah Perang. Pasukan yang digelar Serigala Putih turun tanpa khidmat penyerang utama, Igor Sergeev yang mengalami kecederaan manakala Thailand menurunkan skuad terbaik mereka ditambah dengan kepulangan kapten pasukan, Theerathon Bunmathan daripada penggantungan. Uzbekistan bermula garang apabila cuba melancarkan serangan […]
Faisal Halim Kongsi Adab Tinggi Son Heung-min Di Atas Padang

Pemain sayap negara, Faisal Halim telah berkongsikan momen istimewa sewaktu berbual dengan pemain berkelas dunia Son Heung-min di atas padang. “Saya memang terharu dia boleh bersembang dengan saya dengan cara yang profesional dan tidak sombong. Son Heung-min tidak angkuh walaupun dia bermain di liga tertinggi dan bersama kelab yang baik.” “Jika nak dibandingkan dengan kita […]
Keraian Gol Melampau Aymen Hussein Jadi Punca Iraq Tersingkir

Keraian gol melampau Aymen Hussein telah menyebabkan negaranya Iraq disingkirkan Jordan pada minit akhir perlawanan. Penyerang tersebut menjaringkan gol kedua pada minit ke-76 dan meletakkan Iraq dihadapan Jordan dengan jaringan 2-1 pada waktu itu namun semuanya berubah setelah Aymen Hussein melakukan keraian gol aneh beliau. Aymen Hussein meraikan gol dengan perbuatan makan sambil bersila dan […]
Nazmi Nasaruddin Bakal Adili Aksi Uzbekistan & Thailand

Pengadil dari Malaysia, Nazmi Nasaruddin disahkan bakal mengadili aksi pusingan 16 Piala Asia 2023 melibatkan pasukan Uzbekistan melawan Thailand. Perkara tersebut dimaklumkan di laman web rasmi AFC untuk aksi antara Uzbekistan dan Thailand pada 7.30 petang hari ini. Nazmi Nasaruddin sebelum ini telah menjadi pengadil untuk aksi Vietnam bertemu Iraq di peringkat kumpulan Piala Asia. […]
AFC Asian Cup: Qatar Hempas-Pulas Atasi Palestine

Qatar terpaksa bekerja keras untuk menumbangkan Palestine dalam aksi pusingan 16 terbaik AFC Asian Cup. Qatar yang turun berbekalkan sorakan padu ribuan peminat yang hadir ke Stadium Al Bayt mengawal permainan dengan baik dengan penguasaan bola berpihak kepada tuan rumah. Namun, penyokong tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan Palestine menerusi penyerang utama, Oday Dabbagh yang […]
Detik Petar Segrt Tenangkan Pemain UAE Jadi Bualan Ramai

Jurulatih Tajikistan, Petar Segrt sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila beliau dilihat menenangkan pemain UAE setelah tamat penentuan sepakan penalti. Tajikistan memenangi penentuan sepakan penalti 5-3 ke atas UAE setelah terikat seri 1-1 dalam aksi pusingan 16 Piala Asia 2023. Detik kemenangan Singa Parsi itu disambut dengan penuh sorakan daripada penyokong dan juga barisan pemain […]
Graham Arnold Sudah Jangka Corak Permainan Indonesia

Ketua jurulatih Australia, Graham Arnold mengakui sudah menjangkakan corak permainan skuad Indonesia disebalik tentangan hebat yang diterima Australia dalam aksi pusingan 16 Piala Asia 2023. “Kredit buat pasukan Indonesia, mereka beri aksi sukar kepada kami. Mereka mempunyai fizikal yang besar dan kuat jadi ia amat sukar namun kualiti penyudah kami berfungsi setelah kami menerapkan sesi […]
Paulo Josue Puji Kerja Keras Romel Morales Untuk Malaysia

Paulo Josue memuji kerja keras yang dipamerkan oleh Romel Morales sewaktu pertama kali dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya. “Saya rasa Romel seorang yang kuat bekerja keras dan bagus. Dia mampu belajar dan mendengar apa yang lain nasihatkan. Saya rasa dia layak dan merupakan aset penting untuk pasukan kebangsaan.” “Sudah tentu dua perlawanan awal dia sedikit […]