Hamidin: Piala Asia 2023 Bukan Satu Kegagalan

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berpendapat prestasi skuad Malaysia di Piala Asia 2023 bukanlah satu kegagalan. Beliau menganggap segelintir penyokong meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehingga terlupa dalam sukan bola sepak prestasi setiap pasukan ada naik dan turunnya. “Jangkaan sebahagian besar para penyokong adalah tinggi dan bila kalah tercetuslah soalan […]
AFC Asian Cup: Australia Mudah Singkirkan Indonesia 4-0

Australia menamatkan perjuangan hebat Indonesia di Stadium Jassim bin Hamad untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023. Skuad kendalian Graham Arnold menurunkan barisan pemain terbaik seperti Mathew Ryan, Harry Souttar, Jackson Irvine dan Martin Boyle manakala pasukan Garuda mengekalkan muka-muka penting seperti Jordi Amat, Sandy Walsh, Elkan Balggott dan Asnawi Mangkualam. Indonesia menerima […]
Pratama Arhan Yakin Indonesia Tak Takutkan Australia

Pertahanan Indonesia, Pratama Arhan yakin Indonesia sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran Australia. “Persiapan menentang Australia sangat rapi dan teratur. Ahli pasukan mencurahkan seluruh masa dan tenaga untuk memastikan setiap aspek sempurna untuk aksi bertemu Australia.” “Bermain di pusingan 16 amat bermakna buat Indonesia dan setiap pemain sedang memberikan yang terbaik. Ianya sukar namun kami […]
Masatada Ishii Risau Jentera Serangan Thailand Tumpul

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii meluahkan kerisauan berkenaan ketumpulan jentera serangan Thailand ketika ini. Walaupun Thailand mara ke pusingan 16 dengan keputusan 1 kemenangan dan 2 seri, skuad Masatada Ishii hanya berjaya menjaringkan dua gol sewaktu berdepan Kyrgyzstan. Kemudian Thailand meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Oman dan Arab Saudi. “Kita perlu mengkaji pendekatan ofensif pasukan. […]
Vietnam Kini Bukan Lagi Pasukan Terhebat Asean

Tiga kekalahan dalam saingan Piala Asia 2023 menyebabkan ranking bola sepak Vietnam jatuh mendadak. Kekalahan 4-2 kepada Jepun, 1-0 kepada Indonesia serta 3-2 kepada Iraq menyaksikan pasukan kendalian Phillipe Troussier kehilangan 41.06 mata dan kini Vietnam berada ditangga ke-106 dunia dengan mengumpul 1194.52 mata. Sebelum bermulanya kejohanan Piala Asia, Vietnam merupakan pasukan nombor satu Asia […]
Intan Serah Akhirnya Akui Kehebatan Kim Pan-gon

Pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Serah akhirnya mengakui kehebatan pengendali skuad senior kebangsaan, Kim Pan-gon. Ini selepas pemain berusia 24 tahun itu memohon maaf atas keterlanjurannya mengkritik keputusan yang dibuat jurulatih Korea Selatan itu dalam perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan pada 25 Januari lalu. Apabila Pan-gon memasukkan Romel Morales menggantikan Brendan Gan pada minit […]
“Saya Tak Mampu Berkata Apa-apa”, Mat Salleh Ini Rasai Sendiri Aura Kebangkitan Malaysia Di Stadium

Seorang youtuber terkenal dari Eropah menikmati momen luar biasa bersama penyokong Harimau Malaya sewaktu Malaysia mengikat Korea Selatan di Stadium Al Janoub. Pemuda bernama Theo ini telah merakamkan suasana perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan dan terkejut dengan aksi dramatik yang terjadi dalam perlawanan terakhir kumpulan E tersebut. Theo yang sebelum ini hadir menyaksikan dua perlawanan […]
Kim Min-jae Pamer Aksi Terburuk Di Piala Asia Ketika Lawan Malaysia

Pemain pertahanan terbaik Korea Selatan, Kim Min-jae mempamerkan aksi terburuk di Piala Asia 2023 ketika melawan pasukan Malaysia. Berdasarkan statistik Sofascore, Kim Min-jae merekodkan penilaian 6.9 sewaktu menentang Bahrain dan 6.8 ketika berdepan Jordan. Namun pertahanan tengah itu hanya merekodkan penilaian 6.6 sewaktu melawan Harimau Malaya. Kim Min-jae ternyata bergelut untuk merantai serangan Malaysia yang […]
Pertahanan Thailand Kekal Kebal Setanding Qatar

Jentera pertahanan Thailand wajar dipuji apabila mencatat rekod kebal sepanjang beraksi dalam kumpulan F menentang Oman, Kyrgyzstan dan Arab Saudi. Malah Thailand masih belum kalah apabila meraih 1 kemenangan berdepan Kyrgyzstan serta dua kali seri berdepan Oman dan Arab Saudi. Penjaga gol Gajah Perang, Saranon Anuin berjaya menyekat serangan Kyrgyzstan yang melakukan 3 percubaan tepat, […]
Pemain Thailand Khusyuk Saksikan Aksi Malaysia & Korea Selatan

Bukan sahaja rakyat Malaysia namun pemain Thailand turut khusyuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan. Para pemain kebangsaan Thailand sempat meluangkan masa dibilik persalinan untuk mengetahui perkembangan Malaysia melawan Korea Selatan sebelum mereka turun bertemu Arab Saudi. Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Bola Sepak Thailand menerusi sebuah hantaran di laman Instagram malah pemain pertahanan Thailand, Elias […]
Arif Aiman Hargai Sokongan Luar Biasa Penyokong Harimau Malaya

Bintang muda Malaysia, Arif Aiman menghargai sokongan luar biasa yang dipamerkan penyokong Harimau Malaya terutamanya penyokong yang sanggup hadir ke Qatar. “Terima kasih kepada semua penyokong Malaysia yang datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan yang agak sengit. Terima kasih kerana menyokong kami walau dimana kami berada.” “Terima kasih menyokong kami dari bawah sampai sekarang. Saya […]
Indonesia Cipta Sejarah Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia

Skuad Indonesia berjaya melakar sejarah baharu apabila melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik AFC Asian Cup. Perkara ini disahkan menerusi satu hantaran di akaun rasmi AFC Asian Cup yang memaparkan poster Indonesia sebagai salah satu negara yang berhasil melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke pusingan kalah mati. “Indonesia meloloskan diri melepasi ke pusingan 16 […]
Dion Cools: Ini Petanda Bagus Untuk Bola Sepak Malaysia

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools berpendapat kemampuan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan memberi petanda bagus untuk bola sepak Malaysia. “Seperti menaiki roller coaster apa yang anda saksikan tadi. Ianya mengagumkan, kita mendahului 2-1 dan ketinggalan lagi menjadi 3-2 sebelum bangkit semula menyamakan kedudukan.” “Ini satu perkara yang bagus untuk bola sepak Malaysia walaupun pihak lawan […]
AFC Asian Cup: Kyrgyzstan Sekat Kemenangan Oman

Oman gagal menundukkan Kyrgyzstan dalam aksi terakhir kumpulan F Piala Asia 2023 apabila sekadar meraih keputusan seri. Pasukan kendalian Branko Ivanovic lebih mendominasi aksi separuh masa pertama apabila merekodkan 7 percubaan berbanding Kyrgyzstan yang hanya melakukan satu percubaan. Muhsen Al Ghassani membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 permainan setelah memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kawasan […]
FIFA Kagum Saksikan Kebangkitan Luar Biasa Malaysia

Aksi dramatik kebangkitan pasukan Malaysia berdepan Korea Selatan berjaya meraih perhatian dunia termasuklah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). FIFA dilihat meninggalkan komen di ciapan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika perlawanan berakhir sebentar tadi. “Perlawanan yang hebat sekali!”, tulis FIFA di ruangan komen di laman X FAM. Aksi yang mendebarkan itu […]
AFC Asian Cup: Bahrain Juarai Kumpulan, Kecewakan Jordan

Bahrain mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati setelah menumbangkan Jordan dalam aksi terakhir kumpulan E AFC Asian Cup. Aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa menyaksikan kedua-dua pasukan mahu meraih mata maksimum bagi memastikan kedudukan akhir kumpulan lebih selesa. Bahrain membuka tirai jaringan menerusi penyerang sensasi, Abdulla Yusuf Helal yang menerima hantaran Ali Madan minit […]