Faisal Halim Gegar Asia Lagi

Nama penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia. Ini selepas nama Faisal tersenarai dalam pemilihan Gol Terbaik Piala Asia 2023 anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini. Selain Faisal, tujuh pemain disenaraikan iaitu Son Heung-min (Korea Selatan), Hassan Al-Haydos (Qatar), Supachok Sarachak (Thailand), Mousa Al-Tamari (Jordan), Abdulrahman Ghareeb (Arab […]

Shin Tae-yong Nasihatkan Son Heung-min

Akibat kes yang tular membabitkan Son Heung-min bersama rakan sepasukannya minggu lalu, pengendali Indonesia, Shin Tae-yong pula memberikan pendapat peribadi beliau. Menurut VN Express, Tae-yong ditemu bual oleh salah satu saluran Korea Selatan menasihati Son Heung-min agar bersikap bertolak ansur dengan memaafkan Lee Kang-in memandangkan beliau merupakan pemain yang berpengalaman di dalam skuad. “Saya rasa […]

Ranking FIFA: Thailand & Indonesia Catat Peningkatan Tertinggi Negara Asean

Negara jiran, Thailand dan Indonesia terus mendaki tangga ranking FIFA pasca kempen Piala Asia yang lalu. Menerusi ciapan terbaharu daripada Asean Football menyaksikan Thailand dan Indonesia mencatatkan peningkatan drastik selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia bulan lepas. Thailand merupakan pasukan Asean yang merekodkan peningkatan tertinggi dengan lonjakan sebanyak 12 anak […]

Jurulatih Bahrain Dipecat Selepas 8 Bulan Berbakti

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bahrain, Juan Antonio Pizzi menjadi ‘mangsa’ seterusnya apabila tidak lagi membimbing pasukan. Pengendali berusia 55 tahun itu mengemudi Bahrain ke Piala Asia dengan momentum baik apabila layak ke pusingan kalah mati. Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai jurulatih pasukan kira-kira bulan Julai yang lalu berjaya membantu pasukan muncul selaku juara Kumpulan […]

Bintang Iran Dilamar Inter Milan

Bintang Iran, Mehdi Taremi dilamar oleh kelab gergasi Itali, Inter Milan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan penyerang FC Porto ini akan sertai Inter Milan secara percuma sebagai agen bebas.  Ujian kesihatan telahpun ditempah dan kontrak sah sehingga bulan Jun 2026 serta mempunyai pilihan untuk sambung lagi setahun di Inter […]

Sambutan Jaringan Akram Afif Ditujukan Kepada Individu Istimewa

Wira Qatar di final AFC Asian Cup, Akram Afif menjawab mengenai sambutan jaringannya yang unik ketika menewaskan Jordan semalam. Beliau yang ditemui selepas perlawanan mendedahkan bahawa ia adalah penghormatan kepada isterinya, yang pertama kali menghadiri perlawanan di stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. “‘S’ ialah huruf pertama nama isteri saya, dia berasal dari Kuwait. Perlawanan […]

Akram Afif Pecah Rekod Piala Asia

Penyerang berbisa Qatar, Akram Afif telah mencipta rekod tersendiri dalam aksi final Piala Asia 2023 semalam. Ini kerana beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan tiga gol atau hatrik di pentas final Piala Asia sejak format pusingan kalah mati diperkenalkan dalam Piala Asia edisi 1972. Lebih menarik, kesemua tiga gol yang dijaringkan Akram terhasil menerusi sepakan […]

Hussein Ammouta: Jordan Boleh Memenangi Piala Asia Seterusnya

Jurulatih skuad kebangsaan Jordan, Hussein Ammouta percaya Jordan mampu memenangi Piala Asia edisi seterusnya. Pasukan yang diberi jolokan Al-Nashama itu telah mencipta banyak kejutan sepanjang Piala Asia 2023. Ini termasuk kejayaan menyingkirkan pasukan yang memiliki ranking lebih tinggi seperti Iraq di pusingan 16 terbaik dan Korea Selatan (separuh akhir). Bagaimanapun, hajat mereka meraih kejuaraan Piala […]

Hussein Ammouta Jawab Mengenai Masa Depannya Bersama Jordan

Menjelang perlawanan akhir AFC Asian Cup, jurulatih Jordan, Hussein Ammouta mahu kekal fokus tanpa memikirkan hal-hal di luar padang. Beliau yang hadir ke sidang media berkata, persiapan pasukannya kini dalam keadaan yang terbaik dan bersedia untuk turun beraksi di final. “Kami sudah bersedia untuk beraksi perlawanan akhir (Piala Asia) dan persiapan kami seperti biasa sahaja […]

3 Pemain Jordan Jadi Tumpuan Lawan Qatar

Menjelang aksi final Piala Asia 2023 membabitkan Jordan dan Qatar malam ini, tiga pemain dilihat mampu memacu Jordan untuk mencipta kejutan malam ini. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Yazan Al-Arab, Mousa Al Tamari dan Yazan Al-Naimat. Tiga nama ini disebut-sebut antara tonggak utama Jordan malam ini. Piala Asia 2023 menyaksikan Yazan menjadi orang besi Jordan […]

Marquez Lopez Mahu Jadikan Qatar Pasukan Terbaik Di Asia

qatar-marquez lopez

Ketua jurulatih Qatar, Marquez Lopez mahu jadikan Qatar sebagai pasukan terbaik di Asia dengan menjulang Piala Asia 2023. Qatar kini turun dengan misi mempertahankan gelaran juara Asia berdepan Jordan kelak setelah pernah memenangi Piala Asia pada edisi 2019 yang lalu. Jurulatih Qatar itu percaya dengan kemampuan anak buahnya merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut berdasarkan […]

Menyerlah Di Piala Asia, Bintang Jepun Diburu Barcelona

FA Jepun

Barcelona kini dilaporkan berminat dalam mendapatkan khidmat pemain bintang Jepun, Kaoru Mitoma. Walaupun hanya tampil bermain selama 45 minit di Piala Asia, Kaoru Mitoma pantas memberikan impak dibahagian sayap kiri Jepun terutamanya dalam aksi menentang Bahrain. Mitoma yang baru sahaja pulih daripada kecederaan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan menerusi kemahiran menggelecek beliau dan beberapa kali mampu […]

Amir Ghalenoei: Ini Hukuman Untuk Iran

team melli

Ketua jurulatih Iran, Amir Ghalenoei sedia untuk bertanggungjawab atas kekalahan Iran kepada Qatar dalam aksi separuh akhir Piala Asia 2023. Iran tewas tipis 3-2 disebalik gol seawal minit ke-4 permainan oleh Sardar Azmoun setelah Qatar bangkit menerusi gol daripada Jassem Gaber, Akram Afif dan juga Almoez Ali. Amir Ghalenoei menganggap kekalahan ini adalah hukuman buat […]

Era Jurgen Klinsmann Bersama Korea Selatan Bakal Berakhir?

Meskipun mengemudi Korea Selatan ke peringkat separuh akhir Piala Asia, kedudukan pengendali Jerman, Jurgen Klinsmann kini dalam bahaya. Ini selepas Korea Football News mendedahkan ramai peminat bola sepak Korea mahukan legenda Totteham Hotspur itu meletak jawatan sebagai jurulatih Pahlawan Taeguk. Mereka berbuat demikian kerana Klinsmann gagal mencapai sasaran layak ke final Piala Asia 2023 dan […]

Kedah Beri Sokongan Penuh Buat Mahmoud Al-Mardi

Kedah tampil memberikan sokongan penuh buat Mahmoud Al-Mardi yang membantu Jordan layak ke perlawanan akhir Piala Asia buat kali pertama. Mahmoud Al-Mardi merupakan bekas pemain Kedah bagi musim 2022 dan sempat menyarung jersi Sang Kenari selama 6 bulan dimana beliau membantu Kedah layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean, Piala AFC 2022. Pemain sayap kebangsaan […]

Perancangan Awal Hussein Ammouta Berjaya Sekat Korea Selatan

Jurulatih Jordan, Hussein Ammouta mendedahkan pelan awalnya ketika menjinakkan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir AFC Asian Cup. Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata, sikap anak-anak buahnya yang tidak gentar kepada lawan membantu mereka meraih kemenangan berharga ini. “Alhamdulillah, hari ini pasukan kami berhak menang. Kemenangan ini sudah tentu amat bermakna. Salah satu kelebihan kita […]