Park Hang-seo Berang Dengan Tindakan Indonesia

Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Indonesia-Vietnam dijangka panas esok. Ia bukan saja disebabkan isu keselamatan Stadium Gelora Bung Karno tetapi komen pedas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo terhadap tuan rumah yang mengubah waktu perlawanan esok. Sepatutnya, waktu perlawanan separuh akhir pertama ialah 8.30 malam. Tetapi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengubah waktu perlawanan dari 8.30 […]
Pegawai Keselamatan FIFA Dikerah Kawal Aksi Indonesia & Vietnam

Susulan insiden bas pasukan Thailand diserang penyokong Indonesia pada akhir Disember 2022, Vietnam berharap perkara sama tidak berulang menjelang aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 esok. Hal ini dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan. Lantas, beliau meminta FIFA, AFC, AFF dan PSSI berusaha memastikan isu keselamatan menjadi keutamaan menjelang […]
Tiket Separuh Akhir Malaysia vs Thailand Habis Dijual

Ibarat perlawanan akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, jualan tiket perlawanan separuh akhir 1 di antara Malaysia dan Thailand difahamkan telah habis dijual. Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi tiket perlawanan telahpun terjual sebanyak 59,000. Perlawanan separuh akhir Piala AFF ini bakal berlangsung di gelanggang keramat iaitu Stadium Nasioanl […]
Malaysia Raih Lebih RM3 Juta Hasil Kutipan Tiket Piala AFF

Malaysia mencatatkan jumlah kutipan yang cukup luar biasa bagi perlawanan yang melibatkan aksi Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi peringkat kumpulan Piala AFF 2022. Pasukan kendalian Kim Pan-gon diundi dalam kumpulan B telah pun bertemu dengan Laos dan juga Singapura di SNBJ yang menyaksikan Malaysia berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir. Sambutan […]
Harimau Malaya Terpaksa ‘Korbankan’ 21,000 Penyokong Kerana Konsert Jay Chou

Hasrat menyaksikan Stadium Nasional Bukit Jalil full house bagi pertembungan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu ini, nampaknya tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan hanya 59,000 tiket akan dijual untuk pertembungan blockbuster tersebut walaupun Stadium Nasional berkapasiti sekitar 80,000 tempat duduk. “Ini berikutan […]
Safawi Rasid: Ini Bukit Jalil, Anda Tak Boleh Menari Di Sini

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid memberi amaran keras kepada mana-mana pemain yang cuba berseronok dan ‘menari ‘ di gelanggang keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia mencatatkan kemenangan bersejarah dalam aksi semalam apabila berjaya membenam Singapura dengan keputusan 4-1 untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak […]
Park Hang-seo Anggap Indonesia Lawan Yang Susah Buat Vietnam

Selepas tamat kempen Kumpulan B Piala AFF 2022 semalam, Vietnam dan Malaysia bakal bersemuka dengan Indonesia dan Thailand di peringkat separuh akhir. Bagi jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Park Hang-seo, Tim Garuda merupakan lawan sukar yang perlu diatasi jika mahu mara ke final. Perlawanan separuh akhir timbal balik menyaksikan Vietnam bakal bertandang ke Stadium Gelora Bung […]
Takayuki Nishigaya: Saya Tak Menyesal

Ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya mengakui bahawa beliau tidak menyesal tewas kepada Malaysia. Jurulatih kelahiran Jepun itu menyifatkan kekalahan pada Malaysia adalah berdasarkan taktikal. Beliau tetap puji persembahan yang ditampilkan oleh semua pemain. “Sejujurnya kami sangat kecewa, tapi dalam masa yang sama semua pemain telah memberikan yang terbaik kerana beraksi di sini. “Kami cuba untuk […]
Piala AFF: Malaysia Mudah Tibai Singapura

Perlawanan terakhir Kumpulan B antara Malaysia dan Singapura berlangsung dengan cukup sengit sebelum kemenangan akhirnya berjaya dicapai oleh Harimau Malaya. Kedua-dua pasukan turut dengan kesebelasan terbaik bagi mencari tiga mata daripada aksi ini. Harimau Malaya dengan suntikan lebih 65 ribu ekor harimau sejati berjaya memperoleh peluang terbaik menerusi Faisal Halim namun ketangkasan Hassan Sunny menafikan […]
Info Siaran Langsung Malaysia vs Singapura (Singapore) | Piala AFF 2022

Perlawanan akhir Kumpulan B Piala AFF 2022 melibatkan pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Singapura. Harimau Malaya sudah tentu mahu bangkit daripada duka apabila tewas 0-3 kepada Vietnam tempoh hari. Kedua-dua pasukan kini dalam misi penting untuk melayakkan diri ke pentas separuh akhir dengan perlawanan ini bakal menjadi penentu. Anak didik Kim Pan-gon kini […]
Shin Tae-yong Kecewa Dengan Pemain Indonesia

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong mengakui kecewa dengan prestasi barisan pemainnya meskipun telah berjaya layak ke separuh akhir dalam saingan Piala AFF Mitshibushi 2022. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berasa tidak puas hati disebabkan beberapa pemainnya yang gagal menggunakan peluang sebaik mungkin untuk menjaringkan gol. Melihat dalam beberapa perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, banyak […]
Piala AFF: Thailand Tundukkan Kemboja, Mara Ke Separuh Akhir

Thailand muncul juara Kumpulan A sekaligus mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF. Ini selepas skuad Gajah Perang bimbingan Mano Polking terpaksa bekerja keras menewaskan Kemboja dalam aksi terakhir Kumpulan A. Sebaik sepak mula, Thailand yang mendapat sokongan padu penyokong di Stadium Thammasat, Pathum Thani melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Kemboja. Bagaimanapun, ia mudah diserap […]
Faisal Halim ‘Dirasuk’ Aura Hebat Kim Pan-gon

Ketua pasukan kebangsaan, Faisal Halim bagaikan dirasuk aura hebat jurulatih daripada Korea Selatan, Kim Pan-gon yang sentiasa dahagakan kemenangan dan perubahan bola sepak Malaysia. Pemain sayap 25 tahun itu sentiasa menunjukkan kematangan di dalam atau luar padang. Bahkan, sifat kempimpinannya semakin jelas menyakinkan. Bekas pemain Terengganu itu yakin dengan barisan pemain sedia ada mampu melakar […]
Kim Pan-gon Mohon Sokongan Padu Buat Harimau Malaya Di SNBJ

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan padu kepada pasukan negara menjelang pertemuan dengan Singapura esok. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menghargai setiap pengorbanan dan sokongan yang diberikan oleh ekor Harimau Malaya sejak beliau mula mengambil alih. Jelasnya, sokongan ini telah memberi satu suntikan semangat buat akak buahnya untuk […]
“Singapura Lebih Gemar Bertahan & Tunggu Peluang Tetapi Malaysia Tidak” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin anak buahnya sudah cukup bersedia untuk bertemu dengan Singapura esok. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun sempat membuat analisis berkenaan perbezaan antara kekuatan pasukan bimbingannya dan juga Singapura ketika ini. Katanya, pasukan tersebut tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi falsafah permainannya sementara Malaysia sudah banyak menunjukkan perbezaan. […]
SNBJ Dijangka Bergegar Dengan Ngauman Lebih 40 Ribu Ekor Harimau Malaya

Pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka akan dibanjiri lebih 40,000 ekor Harimau Malaya. Perlawanan akhir kumpulan B Piala AFF 2022 bakal menjadi penentu tatkala kedudukan masih lagi terbuka buat tiga pasukan iaitu Vietnam, Singapura dan juga Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir. Malaysia di bawah kendalian […]