Info Siaran Langsung Vietnam vs Indonesia | Piala AFF 2022

Aksi separuh akhir kedua hari ini melibatkan pertembungan antara bekas finalis Piala AFF 2020, Vietnam dan juga Indonesia yang turun di Stadium Nasional My Dinh. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari selain diserikan dengan beberapa kontroversi sepanjang 90 minit perlawanan. Kini, anak didik […]
Pemain Indonesia Tepuk Dahi Lihat Keadaan Padang Di Vietnam

Menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 membabitkan Vietnam dan Indonesia, perlawanan tersebut dijangka menarik dan sengit. Tetapi kualiti buruk padang di Stadium Nasional My Dinh (SNMD), Hanoi dijangka bakal menggugat kelancaran aksi kedua-dua pasukan malam ini. Sebaik turun berlatih untuk sesi latihan di SNMD semalam, para pemain Tim Garuda menggeleng kepala melihat keadaan […]
Azam Azmi Sedia Kembali Halang Kemaraan Thailand

Walaupun digantung dua perlawanan susulan insiden kad merah semasa menentang Vietnam di Hanoi baru-baru ini, itu langsung tidak mematahkan semangat bek kanan negara, Azam Azmi Murad. Ini kerana insiden tersebut menjadikan dirinya lebih matang. Dan Azam berharap ia tidak akan berulang untuk masa akan datang. Ketika ini, slot bek kanan diisi oleh bek kanan Selangor, […]
“Indonesia Belum Setaraf Thailand & Vietnam.” – Park Hang-seo

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022 membabitkan pasukan itu dan Indonesia esok. Dan pada sidang media pra-perlawanan hari ini, beliau melabel Tim Garuda belum setaraf Vietnam mahupun Thailand. Komen pedasnya itu muncul selepas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong melabel pasukannya kini setaraf dengan Naga Emas dan […]
Khalid Jamlus Cadang Kim Pan-gon Pertingkat Taktikal Hadapi Thailand

Meskipun Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, taktikal yang digunapakai Kim Pan gon mengundang resah dalam kalangan penyokong. Antara individu berkongsi pendapat adalah bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus yang menyifatkan strategi bertahan dan membuang bola selepas mendahului sehingga membenarkan Thailand melakukan […]
“Saya Tak Mahu Komen Pengadil Sebab Saya Tiada Duit Nak Bayar Denda” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mengulas lanjut berkenaan keputusan pengadil pada malam ini selepas Malaysia mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri. Aksi hari ini kembali mencuri tumpuan apabila beberapa keputusan pengadil dianggap kontroversi termasuklah pembatalan gol kedua Harimau Malaya. Malah, pengadil kelahiran Korea Selatan ini turut tidak memberi sepakan penalti kepada anak […]
Info Siaran Langsung Malaysia vs Thailand | Piala AFF 2022

Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 melibatkan pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Thailand. Harimau Malaya sudah tentu mahu memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah pada malam ini ketika sokongan 59,000 ekor Harimau Malaya bakal menjadi nadi tambahan pasukan. Kedua-dua pasukan kini dalam misi penting untuk melayakkan diri ke pentas akhir dengan skuad Gajah Perang […]
Bonus Final Piala AFF RM638k Menanti Thailand

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 membabitkan Malaysia dan Thailand dijangka sengit malam ini. Dan sebagai cara memastikan skuad Gajah Perang kekal bermotivasi, mereka ditawarkan bonus lima juta baht (RM638,000) jika berjaya layak ke final kejohanan tersebut. Tawaran bonus ini dibuat oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang kepada skuad Gajah Perang hari […]
Singapura Mahu Percepat Proses Naturalisasi Pemain

Selepas tewas 4-1 di tangan Harimau Malaya beberapa hari lepas, ramai merasakan pasukan Singapura perlu dirombak semula termasuk membawa semula pemain-pemain naturalisasi. Dan itu cuba direalisasikan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang melihat proses tersebut perlu dipercepatkan. Bukan satu perkara asing pemain-pemain naturalisasi pernah membarisi Singapura. Nama-nama seperti Daniel Bennett, Agu Casmir dan Aleksandar Duric […]
Doan Van Hau Dikesan Lakukan Terjahan Gila Lagi

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Indonesia-Vietnam berakhir dengan seri 0-0. Tetapi ramai penyokong Indonesia marah dengan taktik terjahan keras pasukan Vietnam termasuk yang dilakukan bek kiri mereka, Doan Van Hau. Van Hau yang mencetuskan kemarahan penyokong Harimau Malaya menerusi insiden kad merah Azam Azmi sekali lagi menjadi tumpuan kerana dua insiden. Pertama, insiden terjahan […]
Hannah Yeoh Kena Game?

Apa isunya jika Stadium Nasional Bukit Jalil sudah ditempah untuk penganjuran konsert Jay Chou empat tahun lalu, dan kenapa perlukan sampai 14 hari untuk pemasangan pentas? Itu persoalan dibangkitkan bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Zakaria Rahim setelah mendengar penjelasan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Pemasangan struktur pentas untuk konsert tersebut yang sedang […]
Jay Chou Akhirnya Buka Mulut

Penyanyi terkemuka Taiwan, Jay Chou akuirnya membuka mulut susulan pelbagai isu yang timbul membabitkan persembahannya dan juga aksi Harimau Malaya. Seperti yang sedia maklum, perjalanan aksi skuad kebangsaan di Piala AFF ini sering dikaitkan dengan individu ini tatkala pertembungan jadual ini menyebabkan sebanyak 21,000 tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dijual. Perkara ini […]
Final Piala AFF Mungkin Tak Dapat Dilangsungkan Di Bukit Jalil

Final Piala AFF 2022 berkemungkinan besar tidak dapat berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya Malaysia berjaya melangkah ke pentas akhir pada edisi kali ini. Seperti yang sedia maklum, SNBJ menjadi venue rasmi buat skuad Harimau Malaya mengharungi kejohanan kali ini yang menyaksikan anak buah Kim Pan-gon berjaya melangkah ke pentas separuh akhir. Namun begitu, […]
Hannah Yeoh Tak Mahu Salah Guna Kuasa Menteri

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak mahu menyalahgunakan kuasa yang dimilikinya semata-mata mahu mempertahankan venue utama Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil selaku venue rasmi Piala AFF. Seperti yang sedia maklum, terdapat beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini terutamanya apabila konsert Jay Chou yang dijadualkan bertembung dengan aksi skuad kebangsaan ketika ini. Namun […]
Piala AFF: Indonesia Ikat Vietnam Tanpa Jaringan

Vietnam bakal mengharap sokongan padu penyokong mereka dalam aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022. Ini selepas Pahlawan Bintang Emas diikat tanpa jaringan dengan Indonesia pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno. Sebaik sepak mula, Indonesia yang mendapat sokongan penyokong setia mereka terus mengasak kubu pertahanan Vietnam. Tetapi Vietnam yang dibimbing Park […]
Kim pan-gon: Pemain Malaysia Sangat Bijak

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji impak yang dibawa oleh barisan pemain Malaysia sambil menganggap mereka pemain yang sangat bijak. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu jelas berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya sehingga berjaya mara ke pentas separuh akhir. Mengulas lanjut, beliau tetap mahu memastikan mereka untuk membanggakan rakyat malaysia akan […]