Ilhan Fandi Berisiko Terlepas Aksi Penting Berdepan Malaysia

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi berisiko terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan B menentang Malaysia selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam tempoh hari. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura yang dikenali sebagai sebuah stadium yang menggunakan rumput tiruan. Memetik laporan The Straits Times, Ilhan Fandi telah dikeluarkan pada separuh masa pertama sewaktu menentang […]

Tindakan Sanrawat Dechmitr ‘Kungfu’ Saddil Ramdani Dipersoal

Beberapa hari lepas, Thailand berjaya pulang dari Gelora Bung Karno dengan satu mata walaupun dipaksa bermain dengan 10 orang dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Piala AFF 2022. Tetapi tindakan pemain tengah Sanrawat Dechmitr menerjah keras Saddil Ramdani dalam perlawanan tersebut mengundang persoalan sama ada dia patut kembali ke Gajah Perang atau tidak. Persoalan ini dibangkitkan […]

Mano Polking: Sejujurnya Saya Berasa Takut

Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking berasa takut dengan situasi yang dialami mereka ketika bertandang ke Indonesia tempoh hari. Gajah Perang berjaya mengikat kemaraan Garuda di Stadium Gelora Bung Karno dengan keputusan seri dalam saingan peringkat kumpulan A Piala AFF 2022. Baru-baru ini, bas yang dinaiki pasukan Thailand untuk ke Stadium telah pecah dibaling batu oleh […]

Piala AFF: Vietnam, Singapura Kongsi Satu Mata

Singapura gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Jalan Besar apabila diikat Vietnam 0-0 pada aksi keempat Kumpulan B Piala AFF 2022. Sebaik sepak mula, Vietnam menepati status sebagai pasukan pilihan dengan mengasak kubu pertahanan Singapura. Tetapi malangnya, minit-minit awal perlawanan menyaksikan mereka beberapa kali terkena perangkap ofsaid Singa Kallang. Vietnam hampir mendahului menerusi Pham Tuan […]

Piala AFF: Maung Lwin Wira Myanmar Ikat Laos

Maung Maung Lwin menjadi wira Myanmar apabila golnya pada minit ke-96 berjaya mengikat Laos pada aksi keempat Kumpulan B Piala AFF 2022. Sebaik sepak mula, Myanmar melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas pasukan pelawat. Tetapi pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-12 menerusi Sukaphon Vongchiekam. Vongchiekam mudah menolak masuk hantaran Phoutthavong Sangvilay menewaskan penjaga […]

“Hormati Lawan Yang Datang.” – Shin Tae-yong

Insiden bas pasukan Thailand diserang penyokong Indonesia sebelum perlawanan Kumpulan A Piala AFF 2022 Indonesia-Thailand mengundang kerisauan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Ini kerana insiden sebegini bukan saja mengancam keselamatan penyokong tetapi kepada Tim Garuda. Ia disuarakan oleh pengendali berdarah Korea Selatan itu bila diminta mengulas insiden tersebut. “Saya sangat terima kasih masyarakat sangat sayang dengan […]

Piala AFF: Kemboja Mudah Belasah Brunei

Kemboja memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dengan menewaskan Brunei dalam aksi keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo hari ini. Sebaik sepak mula, Kemboja mula mengasak pertahanan Brunei diketuai penjaga gol Haimie Abdullah Nyaring. Dan mereka hampir mendahului seawal minit kesembilan menerusi tandukan Nick Taylor selepas menerima hantaran Sa Ty. […]

Piala AFF: Gol Magis Yooyen Bantu Thailand Ikat Indonesia

Thailand terus membuktikan keunggulan sebagai juara bertahan Piala AFF selepas mengatasi Indonesia dalam aksi keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 di Stadium Gelora Bung Karno hari ini. Sebaik sepak mula, Tim Garuda hampir mendahului seawal minit pertama menerusi Witan Sulaeman selepas menerima hantaran Egy Maulana Vikri. Bagaimanapun, ia berjaya ditampan dan ditangkap penjaga gol Thailand, […]

Bas Skuad Thailand Diserang Di Gelora Bung Karno

Perlawanan keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 membabitkan Indonesia dan Thailand dicemari insiden keganasan membabitkan penyokong hari ini. Ini selepas bas pasukan kebangsaan Thailand diserang penyokong tuan rumah semasa tiba di Stadium Gelora Bung Karno. Walaupun mendapat kawalan keselamatan pihak polis, segelintir penyokong bertindak mengerumuni bas pasukan Gajah Perang dan melakukan provokasi. Ini termasuk membaling […]

Kim Pan-gon Minta Maaf

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memohon maaf atas kekalahan skuad negara kepada Vietnam hari ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah menurunkan kesebelasan terbaiknya namun masih tidak dapat menandingi kehandalan pasukan ke-96 dunia itu. Harimau Malaya terpaksa akur di hadapan puluhan biru penyokong tuan rumah apabila tewas dengan keputusan 3-0. Sejurus selepas perlawanan, jurulatih berusia […]

Piala AFF: Pesta Kad Merah Jejas Rentak Malaysia, Tewas Kepada Vietnam

Pertembungan antara dua Vietnam dan juga Malaysia bagi aksi ketiga kumpulan B berkesudahan dengan kemenangan milik Vietnam. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik bagi memburu tiga mata dalam pertemuan penting ini. Beraksi di laman sendiri, anak didik Park Hang-seo membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh. Namun begitu, mereka terpaksa membayar harga yang […]

Piala AFF: Singapura Kerja Keras Kalahkan Laos

Singapura berjaya mengelak daripada dimalukan Laos apabila membenam pasukan tuan rumah 2-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional New Laos hari ini. Sebaik sepak mula, Singa Kallang mula mengintai peluang membolosi gawang Laos yang dikawal Keo Oudone Souvannasangso. Tetapi Laos paling hampir memecah kebuntuan pada minit ke-11 menerusi sepakan dari […]

Stadium Nasional Mỹ Đình Sedia Sepenuhnya Menjelang Aksi Vietnam & Malaysia

Stadium Nasional My Dinh kini sudah bersedia sepenuhnya bagi aksi penting antara pasukan Vietnam menentang Malaysia malam ini. Pertembungan dua pasukan pilihan ini bakal berlangsung dan semua mata sudah tentu mahu melihat perlawanan penting Kumpulan B ini. Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon mahu mencipta sesuatu kali ini selepas kali terakhir mencatat kemenangan pada tahun […]

Piala AFF: Indonesia Mudah Belasah Brunei

Indonesia meneruskan kecemerlangan dalam Kumpulan A Piala AFF 2022 selepas membelasah Brunei 7-0 dalam perlawanan ketiga kumpulan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras hari ini. Sebaik sepak mula, Indonesia mula mengasak kubu Brunei. Tetapi strategi Brunei berkubu di bahagian mereka menyukarkan Tim Garuda mencari ruang untuk membolosi gawang yang dikawal Haimie Abdullah Nyaring. Skuad […]

Faisal Halim Buat Wartawan Vietnam Tergamam

Penyerang utama skuad negara, Faisal Halim tampak tidak tergugat dengan kekuatan Vietnam sebagai lawan untuk perlawanan ketiga Kumpulan B Piala AFF 2022. Malah, semasa menghadiri sidang media pra-perlawanan bersama jurulatih Kim Pan-gon hari ini, jawapan-jawapan pemain sayap baru Selangor itu dalam Bahasa Inggeris membuatkan wartawan Vietnam tergamam. Hal ini dapat dilihat apabila wartawan Vietnam diam […]

TMJ: Saya Akan Terus ‘Membunuh’ Bola Sepak Malaysia

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu kenyataan hari ini memberikan pandangan berkenaan berkenaan bola sepak Malaysia. Baginda menerusi satu kenyataan melalui Instagram Storynya memaklumkan bahawa ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kenyataan khususnya terhadap pasukannya yang mencipta pelbagai kejayaan. “Well done boys. Ramai […]