AFC Cup: Central Coast Mariners ‘Bantai’ Stallion Laguna

Wakil Australia, Central Coast Mariners mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC dengan menewaskan Stallion Laguna. CCM tahu satu lagi kemenangan sudah cukup mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya. Sementara Stallion pula melihat perlawanan hari ini sebagai medan mempertahankan maruah mereka di tempat sendiri. Babak pertama menyaksikan The Mariners kerap melancarkan asakan ke […]

“Kita Harus Fokus Kepada Diri Kita” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya tidak terlalu memikirkan keputusan perlawanan Central Coast Mariners dengan Stallion Laguna. Dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan satu mata, mereka perlu meraih kemenangan dalam aksi terakhir Kumpulan G esok jika mahu layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Mengikut Footy Rankings, Terengganu bukan saja perlu berharap CCM […]

Sasaran Awal Ong Kim Swee Di Asia Tercapai

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira kerana berjaya mencapai sasaran awal dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024. Selepas mengetahui skuad Badak berada dalam Kumpulan H bersama PSM Makassar, Hai Phong dan Hougang United, Kim Swee sentiasa melihat pasukan itu mampu melepasi peringkat kumpulan. Dengan sasaran itu sudah tercapai, ini memberi ruang kepada bekas […]

Selangor Ucap Selamat Datang Ke Asia

Selepas sekian lama, Selangor FC akhirnya kembali mewarnai saingan peringkat Asia pada musim hadapan. Kejayaan ini diraih selepas skuad Merah Kuning meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini. Dengan kemenangan tersebut, kedudukan Selangor sebagai penghuni tempat kedua Liga Super musim ini sukar dicabar dengan 58 mata, lima mata […]

Suhaimi Husin Dalam Kesebelasan Terbaik AFC ‘Matchday 5’

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin terus membuktikan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik di Malaysia ketika ini. Ini selepas namanya disenaraikan oleh Footy Rankings dalam kesebelasan pemain terbaik Piala AFC untuk aksi kumpulan kelima. Suhaimi menyertai duo Macarthur, Tomislav Uskok dan Jake Hollman, Takaki Ose (Phnom Penh Crown) dan Eber Bessa (Bali United). Nama […]

Darren Lok Pintas Dua Peledak Kelab Australia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok sungguh berbisa di pentas Asia sehingga berjaya memintas dua peledak gol dari saingan A-League! Ini dibuktikan menerusi kedudukan terkini penjaring gol terbanyak Piala AFC musim 2023-2024. Shintaro Shimazu menerajui carta tersebut dengan tujuh gol untuk Phnom Penh Crown. Menariknya, Darren berkongsi kedudukan kedua dengan penyerang Central Coast Mariners, Marco Tulio […]

Sabah Sahkan Kemaraan Ke Separuh Akhir Zon ASEAN

Sabah FC menghela nafas lega kerana berjaya layak ke peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024. Kejayaan itu diraih selepas skuad Badak membelasah kelab Singapore Premier League (SPL), Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar hari ini. Gol oleh Darren Lok dan Ramon Machado serta dua gol sendiri Hougang memastikan skuad Badak meraih […]

AFC Cup: Hai Phong Dan PSM Makassar Sama-Sama Kuat

Kelab Vietnam, Hai Phong pulang hampa apabila diikat PSM Makassar 1-1 dalam aksi kelima Kumpulan H hari ini. Dengan kedua-dua pasukan terikat enam mata selepas empat perlawanan, kemenangan penting jika mereka mahu layak sebagai pasukan tempat kedua terbaik Zon ASEAN. Biarpun beraksi di gelanggang sendiri, The Flamboyant lebih banyak mendominasi perlawanan dengan Sofascore mendedahkan penguasaan […]

AFC Cup: Terengganu ‘Rantai’ Jaguh Australia, Central Coast Mariners

Hasrat Central Coast Mariners menebus kekalahan 1-0 di tangan Terengganu FC pada September lalu gagal apabila seri 1-1 dengan lawan sama di Stadium Central Coast. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini mampu mencerahkan peluang mereka ke pusingan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC. Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak mendominasi perlawanan. Ini dibuktikan dengan statistik […]

Tomislav Steinbruckner Sasar ‘Rampas’ Mata Di Gelanggang Lawan

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner percaya anak-anak buahnya mampu merampas mata daripada lawan mereka, Central Coast Mariners esok. Pertembungan dua pasukan ini dalam aksi kelima Kumpulan G ini dianggap menarik kerana kedua-dua pasukan menghuni kedudukan dua teratas kumpulan. Selain itu, The Mariners mahu membalas dendam selepas tewas tipis 1-0 di tangan skuad Peteh dalam aksi […]

AFC Cup: Odisha Cemerlang Belasah Mohun Bagan

Kelab India, Odisha bangkit dari ketinggalan sebelum membelasah kelab senegara, Mohun Bagan 5-2 dalam aksi terbaru Kumpulan D Piala AFC hari ini. Kedua-dua pasukan tahu mereka amat memerlukan kemenangan jika mahu mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya. Begitupun, Mohun Bagan tempang tanpa beberapa tonggak termasuk bekas penyerang Kelantan FC, Dimitri Petratos yang masih belum cergas. […]

Badi Central Coast Mariners Berlanjutan, Tewas Kepada Brisbane Roar

Juara A-League musim lepas, Central Coast Mariners terus dihantui badi kekalahan apabila tewas buat kali ketiga hari ini. Kali ini, giliran Brisbane Roar pula yang menewaskan The Mariners di gelanggang mereka sendiri, Stadium Central Coast. Walaupun menikmati empat kemenangan dalam Piala AFC selepas tewas 1-0 kepada Terengganu FC pada September lalu, CCM mengalami prestasi buruk […]

AFC Cup: Sabah Kembali Cemerlang Di Asia, Belasah Hai Phong

Sabah FC semakin hampir layak ke separuh akhir zon Piala AFC selepas mengalahkan wakil Vietnam, Hai Phong 4-1 di Stadium Likas hari ini. Selepas tewas 3-2 kepada lawan sama beberapa minggu lepas, skuad Badak berharap kelebihan di Stadium Likas dapat membantu mereka meraih kemenangan. Babak pertama menyaksikan Hai Phong cuba menekan Sabah melakukan kesilapan mudah […]

Ong Kim Swee: Beraksi Di Stadium Likas Beri Kelebihan Kepada Sabah

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berharap anak-anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Likas malam ini. Dengan kedudukan dalam Kumpulan H masih lagi terbuka dengan Sabah dan Hai Phong masing-masing mengumpul enam mata, kemenangan malam ini penting bagi kedua-dua pasukan. Sabah memiliki rekod cemerlang di Stadium Likas musim ini. Daripada 16 perlawanan yang […]

AFC Cup: Terengganu Tamatkan Tentangan Sengit Stallion Laguna

Terengganu FC sekali lagi bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan kelab Filipina, Stallion Laguna dalam aksi keempat Kumpulan G Piala AFC hari ini. Skuad Peteh berharap dapat mencatat kemenangan hari ini selepas diikat 2-2 oleh lawan sama di Kuala Terengganu beberapa minggu lepas. Bagaimanapun, The Stallions sekali lagi buat jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menggaru kepala dengan […]

Terengganu Buru Kemenangan Ke Atas Stallion Laguna

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap dapat meraih kemenangan ke atas kelab Filipina, Stallion Laguna esok. Ini kerana kemenangan dalam perlawanan keempat Kumpulan G esok meletakkan skuad Peteh dalam kedudukan baik untuk layak ke pusingan seterusnya. Selain itu, ini bakal memudahkan perancangan Steinbruckner bila menghadapi baki dua perlawanan kumpulan masing-masing menentang Bali United dan Central […]