Central Coast Mariners Dalam Prestasi Buruk Ke AFC

Kelab Australia, Central Coast Mariners bakal mengharungi aksi keempat Piala AFC dengan dua kekalahan berturut-turut dalam A-League. Selepas tewas kepada satu lagi wakil Australia dalam Piala AFC, Macarthur pada minggu lepas, CCM kali ini tewas kepada Perth Glory 2-0. Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, The Glory tidak memandang rendah The Mariners yang berstatus juara A-League […]
Kelab Kemboja, Phnom Penh Belasah Wakil Australia Tanpa Belas Kasihan

Kelab Kemboja, Phnom Penh Crown mencipta kejutan terbesar dalam Piala AFC apabila menewaskan kelab A-League, Macarthur semalam. Walaupun Macarthur hanya menurunkan barisan simpanan kerana mengambil kira perlawanan A-League pada Ahad ini, mereka masih lagi satu pasukan yang kuat. Justeru, tidak hairanlah mengapa Red Singha memilih formasi 5-4-1 dengan tujuan mengehadkan pergerakan serangan The Bulls. Formasi […]
Tomislav Steinbruckner Kecewa Dengan Kelesuan Penyudah Terengganu

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui kecewa dengan kualiti penyudah yang dipamerkan anak-anak buahnya semasa menentang Stallion Laguna petang tadi. Aksi ketiga Kumpulan G Piala AFC itu menyaksikan Terengganu dibolosi dua kali pada babak pertama sebelum Sony Norde merapatkan jurang pada minit ke-47. Penyerang gantian dari Thailand, Adisak Kraisorn memastikan skuad Peteh meraih keputusan seri […]
AFC Cup: Central Coast Mariners Malukan Bali United 6-3

Juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan G Piala AFC apabila membelasah wakil Indonesia, Bali United 6-3. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. The Mariners berharap dapat menebus kekecewaan tewas di tangan Adelaide United seminggu yang lalu. Manakala Serdadu Tridatu pula mahu mencipta kejutan selepas segar daripada kejayaan membenam Persebaya […]
AFC Cup: Terengganu Ingatkan Penyokong Jangan Libatkan Isu Agama & Politik Di Stadium

Menjelang aksi Piala AFC membabitkan Terengganu FC dan Stallion Laguna petang ini, penyokong diingatkan agar tidak membawa isu agama dan politik di stadium. Peringatan ini dibuat dalam mesyuarat membabitkan AFC, delegasi Terengganu dan Stallion Laguna hari ini. Ini selepas ramai penyokong bola sepak dikesan membawa bendera negara lain ke stadium sejak kebelakangan ini. Peringatan ini […]
Bolos 14 Gol Di Asia, Terengganu Sedia Tambah Sengsara Stallion

Menjelang aksi Piala AFC Terengganu FC dan Stallion Laguna malam ini, ramai penyokong menjangkakan skuad Penyu akan meraih kemenangan mudah. Ini disebabkan statistik gol yang menembusi gawang lawan mereka itu dalam dua perlawanan Kumpulan G. Biarpun menjaringkan dua gol di halaman sendiri, itu masih gagal menghalang anak-anak buah Ernest Nierras itu daripada dibelasah 5-2 oleh […]
AFC Cup: Hasrat Sabah Kekal Gagah Di Asia Tersekat, Ditewaskan Hai Phong

Hasrat Sabah FC melebarkan rekod 100% dalam Kumpulan H Piala AFC tidak kesampaian apabila tunduk 3-2 kepada kelab Vietnam, Hai Phong. Sabah dianggap pilihan utama kerana sudah memenangi dua aksi awal Kumpulan H. Manakala Hai Phong pula mahu bangkit selepas tewas kepada Hougang United dari Singapura dalam aksi kedua kumpulan. The Flamboyant memanfaatkan kelebihan di […]
Tomislav Steinbruckner: Stallion Laguna Bukan Lawan Mudah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan kelab Filipina, Stallion Laguna. Dalam dua perlawanan Kumpulan G Piala AFC, The Stallions sudah tewas dua kali berturut-turut. Selepas tewas 5-2 kepada Bali United, mereka kemudiannya dibelasah 9-1 oleh juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners. Biarpun tewas dengan jumlah jaringan yang […]
Ivan Mamut Sedia Bantu Terengganu Lakar Kemenangan Di Asia

Penyerang berbisa Terengganu FC, Ivan Mamut bersedia membantu pasukan itu merekodkan satu lagi kemenangan dalam Piala AFC. Ketika ini, Terengganu merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam Kumpulan G selepas dua perlawanan. Mereka berjaya mengalahkan Central Coast Mariners 1-0 sebelum mengikat kelab Indonesia, Bali United 1-1 dalam aksi kedua. Mamut percaya dengan prestasi bagus pasukan […]
Safee Sali Puji Impak Shahrul Nizam Di Asia

Penyerang lagenda negara, Safee Sali memuji impak yang dibawa oleh pertahanan kental Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni ketika memacu cabaran kelab di pentas Asia. Pemain berusia 25 tahun itu mendapat kepercayaan penuh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengisi posisi pertahanan dengan rata-tata pemain tempatan diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Menerusi satu analisis yang […]
Darren Lok Kini Pesaing Sengit Bekas Penyerang Marseille

Penyerang kebangsaan dan Sabah FC, Darren Lok terus mendapat perhatian sewajarnya dari segenap penjuru Asia selepas memperagakan aksi konsisten bersama pasukan. Pemain berusia 32 tahun itu menjadi tunjang utama pasukan yang beraksi di pentas Piala AFC 2023 dengan merekodkan dua kemenangan bersih. Beliau diberi kepercayaan penuh oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee untuk membentuk gandingan […]
Statistik Buktikan Terengganu Bersedia Hadapi Amukan KL City

Terengganu FC dilihat sudah bersedia menghadapi KL City FC untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia malam ini. Ini disokong oleh statistik kejohanan yang disertai skuad Peteh termasuk dalam saingan Piala AFC. Biarpun berada dalam Kumpulan G bersama Bali United, Central Coast Mariners dan Stallions Laguna, Terengganu kelihatan mampu menyaingi semua pasukan kumpulan. Ini dibuktikan selepas […]
PSM Makassar Buru Penjaring Terbanyak Liga Vietnam

Lawan Sabah FC dalam saingan Piala AFC, PSM Makassar kini memburu penyerang import baru bagi menyelesaikan masalah barisan serangan yang tumpul. Keputusan ini terpaksa dibuat selepas Juku Eja bergelut menjaringkan gol dalam saingan Liga 1 Indonesia dan Piala AFC. Daripada 17 perlawanan yang diharungi dalam semua kejohanan, PSM Makassar hanya menang lima kali, tiga seri […]
Bernardo Tavares: Gaji 2 Pemain Sabah Mampu Bayar Gaji Semua Pemain PSM Makassar

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui gaji dua pemain Sabah FC mampu melunaskan isu gaji yang dihadapi mereka ketika ini. Untuk makluman, Juku Eja sedang berdepan masalah kewangan musim ini terutama pembayaran gaji pemain. Malah, Tavares juga sanggup melelong baju dan trofi milik beliau seperti dilaporkan Detik.com bagi memastikan gaji pemain dan pegawai pasukan dapat […]
Darren Lok Sedia Bawa Momentum Sempurna Bersama Malaysia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berharap dapat meneruskan momentum cemerlang dalam Piala AFC bila menyertai kem latihan Harimau Malaya nanti. Aksi hari ini menentang PSM Makassar menyaksikan Sabah membelasah lawan mereka lima gol tanpa balas. Dua gol daripadanya disumbang Darren pada minit keenam dan ke-46. Biarpun Sabah kini selesa mendahului Kumpulan H selepas dua perlawanan, […]
Bernardo Tavares: Kami Tidak Mampu Lawan Kualiti Sabah

Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares memuji kualiti yang dimiliki oleh barisan pemain Sabah FC selepas membelasah pasukannya dengan keputusan 5-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Kapten Wayan l Dipta itu menyaksikan The Rhinos sukar digugat sungguhpun beraksi di tempat lawan. Pengendali kelahiran Brazil itu bagaimanapun berpuas hati dan menghargai kudrat yang diberikan oleh para […]