Pengalaman Di Asia Bantu KL City Di Shopee Cup

KL City FC bakal memanfaatkan pengalaman beraksi di pentas Piala AFC 2022 untuk membantu pasukan itu mendepani cabaran Shopee Cup. Sebelum ini, ramai peminat bola sepak negara mengetahui reputasi KL City yang berjaya mara ke peringkat final kejohanan dalam tempoh tiga tahun. Final yang dimaksudkan ialah final Piala Malaysia 2021, final Piala AFC 2022 dan […]
AFC Cup: Central Coast Mariners Muncul Juara, Tundukkan Al-Ahed

Kelab A-League, Central Coast Mariners muncul juara Piala AFC musim 2023/24 selepas mengatasi tentangan kelab Lubnan, Al-Ahed di pentas final hari ini. Final Piala AFC edisi 2023/24 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos dianggap istimewa buat The Mariners dan The Yellow Castle kerana ini merupakan kali terakhir kejohanan ini akan diadakan. Piala AFC akan digantikan dengan […]
AFC Cup: Central Coast Mariners Cipta Sejarah Ke Final, Tewaskan Abdysh-Ata Kant

Juara A-League musim 2022/23, Central Coast Mariners mara ke final Piala AFC buat kali pertama dalam sejarah kelab apabila mengenepikan kelab Kyrgyzstan, Abdysh-Ata Kant dalam final antara zon kedua hari ini. Selepas terikat 1-1 dalam aksi final antara zon pertama di Stadium Spartak Kyrgyzstan pada minggu lepas, kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu dicari dalam aksi […]
AFC Cup: Central Coast Mariners Muncul Juara Final Zon Asean, Kalahkan Pasukan Senegara

Wakil Australia, Central Coast Mariners terpaksa bekerja keras sebelum muncul sebagai wakil ASEAN untuk aksi separuh akhir antara zon Piala AFC musim 2023-2024. CCM mengatasi kelab senegara, Macarthur dalam aksi final Zon ASEAN yang berlangsung di Stadium Sukan Campbelltown hari ini. Perlawanan hari ini juga merupakan peluang buat anak buah Mark Jackson membalas dendam ke […]
Daniel Ting Anggap Tiada Aksi Kompetitif Ganggu Rentak Sabah

Pemain pertahanan Sabah FC, Daniel Ting mengakui ketiadaan aksi kompetitif menggugat rentak Sabah untuk aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Selepas tamat kempen Liga Super musim 2023 pada 17 Disember lalu, skuad Badak tidak beraksi secara kompetitif selama lebih sebulan. Situasi ini tidak dibantu dengan empat tonggak skuad Badak iaitu Daniel Ting, Stuart Wilkin, […]
AFC Cup: Central Coast Mariners Tepati Ramalan, Tundukkan Phnom Penh Crowns

Juara A-League musim lepas, Central Coast Mariners mengesahkan kemaraan ke final Zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024 hari ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Mark Jackson itu menewaskan wakil Kemboja, Phnom Penh Crowns di peringkat separuh akhir Zon ASEAN hari ini. CCM mahu mengikut jejak langkah Macarthur selepas The Bulls mengalahkan Sabah FC dalam satu […]
Lawan Sabah Terima Sentuhan Pemain Divisyen Dua England

Menjelang aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC antara Sabah FC dan lawan mereka, Macarthur pada 13 Februari ini, wakil A-League itu dilaporkan telah memperkuatkan barisan pemain mereka. Salah satu nama yang dibawa masuk The Bulls ialah bekas bek tengah Ipswich Town dan New Zealand, Tommy Smith. Smith menyertai kelab itu secara percuma selepas meninggalkan […]
Sabah Pasukan Terawal Mulakan Persiapan Pra-Musim

Meskipun Liga Super musim 2024-2025 bakal membuka tirainya pada Mei ini, Sabah FC menjadi pasukan terawal yang memulakan persiapan pra-musim. Ini selepas akaun laman media sosial skuad Badak memuatnaik gambar-gambar sesi latihan pra-musim pertama mereka semalam. Antara pemain yang sudah melapor diri untuk latihan pra-musim ialah Khairul Fahmi Che Mat, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail […]
Jurulatih Syria Jelas Punca Sisih Omar Al Somah Ke Piala Asia

Baru-baru ini, ramai penyokong Syria terkejut apabila jurulatih pasukan, Hector Cuper menggugurkan kapten dan penyerang utama mereka, Omar Al Somah dari senarai pasukan ke Piala Asia 2023. Selain menggugurkan Al Somah, bekas pengendali Inter Milan itu turut memanggil tiga pemain warisan Syria iaitu Jalil Elias, Ezequiel Ham dan Ibrahim Hesar. Lantas, ada penyokong yang menuduh […]
Final Zon ASEAN Jadi Pendorong Sabah

Separuh akhir Zon ASEAN bukan saja peluang Sabah FC untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024. Malah, sekiranya mereka berjaya mengatasi cabaran wakil A-League, Macarthur di separuh akhir, skuad Badak bakal beraksi di final Zon ASEAN di Stadium Likas. Ini selepas stadium itu dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai venue […]
Macarthur Pantau Rapi Perpindahan Pemain Sabah

Kelab A-League, Macarthur bakal memantau perancangan perpindahan lawan mereka di pentas separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC, Sabah FC. Perkara ini diluahkan pengurus The Bulls, Michael Swibel kepada media selepas cabutan undi separuh akhir peringkat zon Piala AFC hari ini. Beliau berpandangan sedemikian kerana skuad Badak memiliki tempoh masa yang cukup untuk membina skuad lebih […]
AFC Cup: Ujian Sabah Di Asia Berlangsung di Australia

Wakil tunggal Malaysia di Piala AFC 2023, Sabah bakal bertemu dengan pasukan gergasi Australia, Macarthur bagi aksi pusingan kalah mati zon Asean. The Rhinos melalui pencapaian yang cukup memberangsangkan di pentas Asia musim ini selepas merekodkan 4 kemenangan dan dua kekalahan untuk melangkah ke separuh akhir zon Asean. Sabah mengumpul 12 mata secara keseluruhan untuk […]
Darren Lok Julang Sabah & Malaysia Di Asia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok terus mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dalam saingan Piala AFC. Selepas tamat kempen peringkat kumpulan, Darren kini berkongsi tempat ketiga penjaring terbanyak Piala AFC dengan penyerang Chao Pak Kei, Niki Torrao dengan enam gol. Ini berdasarkan kedudukan terkini penjaring gol Piala AFC yang dikongsikan pentadbir akaun X Piala AFC baru-baru […]
Sabah Bertemu Gergasi Australia, Macarthur Di Separuh Akhir Zon Asean

Sabah FC bakal berdepan cabaran sukar apabila melangkah ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC yang berlangsung pada Februari tahun hadapan. Mengikut Footy Rankings, pasukan yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu itu bakal berdepan wakil Australia, Macarthur di peringkat tersebut. Satu lagi aksi separuh akhir Zon ASEAN bakal menemukan satu lagi wakil A-League, Central […]
PSM Makassar Enggan Dimalukan Sabah Lagi

Walaupun sudah tersingkir dari Piala AFC, PSM Makassar turun dengan misi berbeza bila menentang Sabah FC di Stadium Likas malam ini. Ini kerana menurut jurulatih mereka, Bernardo Tavares, inilah peluang terbaik PSM mempertahankan maruah mereka sebagai juara Liga 1 Indonesia musim lepas. Selepas dibelasah 5-2 oleh skuad Badak di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta pada […]
AFC Cup: Terengganu Baham Bali United

Terengganu FC menutup kempen Piala AFC musim ini dengan nota kemenangan selepas berjaya menewaskan kelab dari Indonesia, Bali United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan Terengganu dilihat menguasai perlawanan manakala Bali United lebih banyak menunggu untuk melakukan serangan balas. Peluang keemasan hadir buat Terengganu pada minit ke-29 namun rembatan dari […]