Safawi Rasid Selangkah Pecah Rekod Safee Sali

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid selangkah untuk memecahkan rekod lagenda negara, Safee Sali. Tonggak berusia 27 tahun itu menjaringkan gol kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Tendangan penaltinya berjaya menewaskan Neil Etheridge pada minit ke-73 untuk memberikan kemenangan pertama pada era Pau Marti. Jaringan itu juga membantu beliau untuk menghampiri rekod […]

Afiq Fazail Terlepas Final Pestabola Merdeka

Skuad senior Malaysia menerima tamparan hebat apabila Afiq Fazail terpaksa disisihkan daripada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan lutut semasa Malaysia menentang Filipina. Kecederaan ini memaksa jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memasukkan Nooa Laine untuk menggantikan Afiq pada minit […]

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya Bermain Demi Penyokong

Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales lega kerana dapat menceriakan penyokong dengan mara ke pentas final Pestabola Merdeka 2024. Malaysia mengesahkan kemaraan ke pentas final dengan menewaskan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 September lalu. Meskipun ketinggalan menerusi gol sendiri Feroz Baharudin, itu tidak mematahkan semangat anak buah Pau Marti Vicente. Skuad […]

“Jika Dua Gol Babak Pertama & Penalti, Kami Boleh Menang 3-2” – Norman Fegidero

Pengendali Filipina, Norman Fegidero tampak kecewa melihat pasukannya tumpas di tangan Malaysia dalam aksi Pestabola Merdeka pada Rabu. Dalam aksi tersebut, dua gol dari Syamer Kutty dan Safawi Rasid berjaya memadam kelebihan awal yang diraih oleh Filipina menerusi jaringan sendiri Feroz Baharudin. Ketika ditemui selepas perlawanan, Fegidero merasakan pasukan bimbingan mampu meraih kemenangan sekiranya mampu […]

Pestabola Merdeka: Gol Safawi Rasid Bawa Malaysia Ke Final, Tewaskan Filipina

Malaysia gah ke pusingan akhir bagi saingan Pestabola Merdeka selepas berjaya menundukkan Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Harimau Malaya turun dengan barisan terbaik, Arif Aiman, Rom Morales dan Paulo Josue mengetuai jentera serangan pasukan. Sementara Filipina, pastinya dalam misi membalas dendam untuk menamatkan rekod tanpa kemenangan menentang Malaysia. Perlawanan bermula rancak seawal […]

Pestabola Merdeka: Lubnan Puas Ke Final, Lunas Dendam Ke Atas Tajikistan

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic puas melihat skuad bimbingannya menewaskan Tajikistan dalam aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu. Dalam aksi tersebut, jaringan awal pemain Lubnan, Jihad Ayoub pada minit ke-13 kekal sehingga tamat permainan sekaligus meranapkan impian juara bertahan, Tajikistan untuk mara ke final. Ketika ditemui selepas perlawanan, Radulovic berpuas hati dengan persembahan dan memuji semangat […]

Pestabola Merdeka: Lubnan Gah Ke Final, Kejutkan Tajikistan

Lubnan mengesahkan kemaraan ke final Pestabola Merdeka 2024 apabila menyingkirkan juara bertahan, Tajikistan dalam aksi awal kejohanan. Pasukan yang diberi jolokan The Cedars melihat perlawanan ini sebagai peluang membalas dendam. Ini selepas mereka tewas kepada The Crowns di Piala Asia 2023. Sementara Tajikistan yang dibimbing Gela Shekiladze pula mahu mara ke final. Ini sekaligus meningkatkan […]

Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Lubnan vs Tajikistan (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 antara Lubnan dan Tajikistan mencuri tumpuan peminat. Ketua Jurulatih, Gela Shekiladze optimis untuk menguji beberapa tonggak baharu pada kejohanan kali ini. “Bagi persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027, kejohanan di Malaysia akan sangat berguna. Kami menerima maklumat tambahan mengenai pemain tertentu yang terlibat dalam pasukan kebangsaan berbanding tahun […]

Malaysia vs Filipina, Kemenangan Milik Siapa?

Pertembungan Malaysia vs Filipina dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air. Skuad negara dibimbing kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti dan berdepan cabaran pasukan ke-147 dunia. Rekod pertembungan memberikan kelebihan moral buat skuad kebangsaan selepas berjaya mengikat The Azkals sebanyak 4 kali sehingga tahun 2017. Kemenangan kembali dicapai […]

Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Filipina (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka menyaksikan pertembungan Malaysia dan Filipina. Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memberikan fokus untuk mempersiapkan pasukan tanpa gangguan luar padang. “Saya tiada masa untuk memikirkan tentang tekanan kerana masa yang ada digunakan untuk mempersiapkan pasukan. “Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada masa lalu jadi fokus kita pada masa hadapan.” […]

Malaysia Terus Dapat Liputan FIFA

Pasukan kebangsaan Malaysia terus berada dalam liputan FIFA. Baru-baru ini, laman rasmi FIFA telah memuat naik satu hantaran yang meminta agar sokongan padu daripada rakyat Malaysia diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi satu tugas yang cukup mencabar apabila bakal berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina pada 4 September 2024. Aksi separuh […]

“Lubnan Akan Balas Dendam Terhadap Tajikistan” – Miodrag Radulovic

Ketua jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic mahu anak buahnya memberikan aksi yang terbaik berdepan cabaran Tajikistan dalam aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. Luka lama masih membekas dalam hati Radulovic apabila pasukan kendaliannya tewas 1-2 kepada Tajikistan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia Qatar yang lalu. Radulovic mahu menjadikan kejohanan Pestabola Merdeka ini sebagai medan […]

Filipina Tempang Hadapi Malaysia

Filipina terpaksa melakukan perubahan pemain menjelang aksi Pestabola Merdeka 2024 dengan Malaysia. Pasukan yang diberi jolokan The Azkals itu terpaksa menyisihkan pemain tengah New Mexico United, Zico Bailey dan bintang Muangthong United, John-Patrick Straus akibat kecederaan. Keadaan ini menyebabkan jurulatih interim Filipina, Norman Fegidero memanggil Kristofer Reyes dan Uriel Dalapo sebagai pengganti. Ini disahkan menerusi […]

Pestabola Merdeka: Malaysia Hanya Fokus Diri Sendiri Hadapi Filipina

Pemain tengah skuad kebangsaan Malaysia, Syamer Kutty Abba menegaskan beliau dan rakan sepasukannya hanya fokus kepada diri sendiri sebelum menghadapi perlawanan pertama Pestabola Merdeka berdepan Filipina pada Rabu, 4 September. Jurulatih Filipina, Norman Fergidero sebelum ini menyatakan dalam sidang media bahawa para pemainnya hanya sempat berlatih sehari sahaja sebelum bertemu Malaysia. Situasi ini seakan memberi […]

Pestabola Merdeka: Pengalaman Liga M Beri Kelebihan Kepada Filipina

Penyerang Filipina, Jarvey Gayoso percaya pengalaman beberapa pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) bakal memberi kelebihan kepada pasukan itu. Ramai pemain yang membarisi skuad The Azkals untuk kempen Pestabola Merdeka 2024 pernah atau kini beraksi dalam saingan Liga M. Antara yang pernah mewarnai Liga M ialah penjaga gol, Kevin Ray Mendoza dan bek tengah, Christian […]

Pestabola Merdeka: Filipina Hadapi Dua Dugaan Besar Bertemu Malaysia

Pengendali Filipina, Norman Fegidero mengakui pasukan kendaliannya kini berdepan dugaan berganda menjelang aksi Pestabola Merdeka bertemu Malaysia pada Rabu. Fegidero mengambil alih tugas selaku jurulatih sementara bagi menggantikan Tom Saintfiet yang meletakkan jawatan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Mali. Dengan penukaran barisan kejurulatihan ini, strategi yang bakal diterapkan oleh Filipina masih kekal misteri sekaligus […]