Filipina Mahu Belajar Sesuatu Dengan Tajikistan

Pemain tengah Filipina, Sandro Reyes mengakui perlawanan menentang Tajikistan dalam saingan Pestabola Merdeka petang ini bakal memberi impak positif kepada pasukan. Beliau percaya berdepan Tajikistan yang juga antara jaguh di Piala Asia baru-baru ini dapat mengukur tahap sebenar pasukan. “Ianya satu perlawanan yang bagus buat kami kerana Tajikistan satu pasukan yang bagus. “Mereka berjaya ke […]
Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Filipina vs Tajikistan (Live Streaming)

Juara Pestabola Merdeka 2023, Tajikistan bakal berentap dengan Filipina untuk aksi penentuan tempat ketiga kejohanan berprestij itu. Kedua-dua pasukan itu merebut tempat ketiga selepas tewas dalam aksi awal masing-masing. Tajikistan terpaksa akur dengan kehandalan wakil Asia Barat, Lubnan. Sementara Filipina pula hampa apabila gol Syamer Kutty Abba dan Safawi Rasid membawa tuan rumah Malaysia ke […]
Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Lebanon (Live Streaming)

Aksi Malaysia vs Lubnan pada pentas final Pestabola Merdeka 2024 mencuri tumpuan. Ketua Jurulatih, Pau Marti optimis untuk memberikan yang terbaik di atas padang dan membawa pulang trofi berprestij itu. “Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga tuan rumah untuk beraksi di final. Kita ada satu hari lagi untuk persiapan dan pemain akan memberikan 100 peratus untuk muncul […]
Ranking FIFA: Peluang Malaysia Naik 3 Tangga Terbuka Luas

Ranking FIFA: Peluang Malaysia untuk meraih mata maksimum dan melonjak 3 anak tangga kembali terbuka luas. Skuad kendalian Pau Marti lulus ujian pertama apabila menewaskan Filipina dengan keputusan 2-1 hasil ledakan Syamer Kutty dan Safawi Rasid. Kemenangan itu membolehkan pasukan kebangsaan meraih mata maksimum untuk memperbaiki kedudukan negara. Berdasarkan kemas kini ranking FIFA, Harimau Malaya […]
Pestabola Merdeka: Pemain Malaysia Seru Penyokong Banjiri Bukit Jalil

Bek kanan skuad senior Malaysia, Matthew Davies menyeru penyokong agar hadir dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024. Aksi awal Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Filipina pada 4 September lalu menyaksikan kehadiran seramai 15,800 orang. Mereka menjadi saksi kemenangan 2-1 yang dilakar skuad negara ke atas The Azkals. Angka ini tidak sehebat angka kehadiran Pestabola Merdeka […]
Dion Cools Mahu Tamatkan Badi Malaysia Di Pentas Final

Kapten Malaysia, Dion Cools berharap mampu membawa pulang kejuaraan buat negara menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka berdepan Lubnan pada Ahad. Cools merupakan ketua pasukan negara dan merupakan tunjang utama di benteng pertahanan bersama-sama Feroz Baharudin, Matt Davies dan juga Daniel Ting pada aksi lalu. Menurut Cools, momentum cemerlang pada aksi Rabu lalu mahu diteruskan meskipun […]
“Lubnan Beri Segalanya Hadapi Malaysia” – Rabih Ataya

Pemain tengah berpengalaman Lubnan, Rabih Ataya percaya pasukan itu akan menampilkan aksi terbaik bila berdepan Malaysia. Ataya bukan asing dengan arena bola sepak Malaysia kerana pernah mewakili UiTM FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Malah beliau juga bertanggungjawab mengecewakan skuad negara apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium […]
Gela Shekiladze: Tajikistan Akan Tampil Berbeza Melawan Filipina

Ketua jurulatih Tajikistan, Gela Shekiladze mahu menampilkan kelainan untuk aksi berdepan Filipina bagi penentuan tempat ketiga Pestabola Merdeka. Gela Shekiladze bersedia menurunkan beberapa muka baharu bagi memberi pendedahan awal dalam aksi antarabangsa setelah ketiadaan pemain-pemain utama. “Kami sedang melakukan persiapan tetapi malangnya pemain utama pertahanan tengah kami cedera semalam dan terpaksa menjalani pembedahan. “Saya harap […]
Pestabola Merdeka: Jurulatih Lubnan Anggap Malaysia Lawan Berbeza

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad Malaysia kali ini berbeza berbanding lawan yang dihadapi pada 2017 dan 2018. Malaysia gagal mengecapi sebarang kemenangan bila berdepan The Cedars dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019. Skuad negara tewas dua kali dengan keputusan sama iaitu 2-1. Menariknya, orang yang bertanggungjawab merencana kemenangan pasukan itu ke atas Harimau […]
Pau Marti Idam Malaysia Rangkul Trofi Pestabola Merdeka 2024

Malaysia kini berazam untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024 hasil sentuhan Pau Marti Vicente. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas berjaya melepasi ujian pertama untuk ke final. Beliau optimis anak buahnya mampu melakar kejayaan menentang pasukan ke-117 dunia, Lubnan ketika beraksi di laman sendiri. “Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga […]
Tugas Besar Syihan Hazmi

Tugas besar menanti penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim kedua penuh gemilang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu pasukan untuk muncul juara Piala FA. Bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini terlepas panggilan terakhir kem negara susulan kecederaan kembali menjadi sandaran utama […]
Karakter Pemain Lubnan Dari Kaca Mata Matthew Davies

Pertahanan kental Harimau Malaya, Matthew Davies berkongsi karakter pemain Lubnan dari pandangan peribadinya. Tonggak berpengalaman itu membantu skuad negara meraih kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Beliau ketika ditemui di Stadium MBPJ pada sesi latihan memberitahu bahawa pemain kini dalam momentum baik dan amat positif untuk beraksi di final. “Pemain agak tenang […]
Pestabola Merdeka: Rekod Dua Pertemuan Terakhir Malaysia vs Lubnan

Aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia dan Lubnan bakal menjanjikan aksi menarik buat para penyokong. Ini kerana aksi final ini bukan saja menentukan siapa bakal bergelar juara Pestabola Merdeka 2024. Malah, ini sebenarnya peluang buat Harimau Malaya membalas dendam dengan The Cedars. Kedua-dua pasukan pernah berentap dalam dua aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia […]
“Beberapa Keputusan Dalam Padang Tidak Memuaskan” – Neil Etheridge

Penjaga gol utama Filipina, Neil Etheridge mahu rakan sepasukan lupakan segala duka menentang Malaysia malam tadi. The Azkals berjaya mendahului dengan jaringan awal pada separuh masa pertama, namun Harimau Malaya lebih hebat apabila berjaya bangkit dua jaringan. Ketua pasukan The Azkals ini percaya bahawa pasukannya boleh mengikat Harimau Malaya. Beliau menanggap beberapa keputusan daripada pengadil […]
Safee Sali: Saya Seronok Lihat Syamer Bermain

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui gembira melihat Syamer Kutty Abba kembali cemerlang bersama Harimau Malaya. Aksi Pestabola Merdeka 2024 membabitkan Malaysia dan Filipina menyaksikan Syamer bekerja keras di bahagian tengah. Beliau bukan saja menjadi penghubung antara barisan pertahanan dengan jentera serangan. Malah, beliau juga turut menjadi pencetus kebangkitan skuad negara menerusi gol penyamaan pada […]
Impian Jurulatih Lubnan Bertemu Malaysia Jadi Kenyataan

Hasrat jurulatih Lubnan untuk berdepan pasukan Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka tampaknya sudah menjadi kenyataan. Lubnan yang dibimbing oleh Miodrag Radulovic mencipta kejutan menewaskan juara bertahan, Tajikistan 1-0 dalam aksi pertama Pestabola Merdeka pada petang Rabu. Manakala skuad Harimau Malaya pula pamer kebangkitan bagi mengecewakan Filipina hasil gol Syamer Kutty dan Safawi Rasid untuk membawa […]