Pestabola Merdeka: Pau Marti Tiada Masa Fikir Tekanan Lawan Filipina

Malaysia meletakkan sasaran besar untuk menundukkan Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti yang mahu melihat skuad negara mengaum di laman sendiri. Beliau memaklumkan bahawa anak buahnya kini bersedia sepenuhnya untuk melakar kemenangan di Bukit Jalil berdepan pasukan ke-147 dunia. Pau tidak mahu memikirkan […]

Mats Deijl Bakal Jadi Pemain Termahal Malaysia

Pertahanan kacukan negara, Mats Deijl berpotensi untuk menjadi pemain termahal Malaysia. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa kapten Go Ahead Eagles itu telah berhubung dengan Ketua Jurulatih, Pau Marti. Pemain berusia 27 tahun itu memaklumkan bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya sekaligus membuka peluang […]

Pendekatan Filipina Lawan Malaysia Masih Misteri

Penyerang Malaysia, Darren Lok menganggap pendekatan atau strategi Filipina masih kekal misteri menjelang aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu. Darren antara lapan pemain yang kembali dipanggil oleh pengendali negara, Pau Marti setelah disisihkan ketika Kelayakan Piala Dunia 2026 Jun lalu akibat kecederaan. Khidmat penyerang Sabah ini ditagih bagi memperkuat jentera serangan pasukan di samping keberadaan pemain seperti […]

Syihan Hazmi Tidak Mahu Pandang Filipina Sebelah Mata

Tonggak utama Harimau Malaya, Syihan Hazmi tidak mahu pasukan negara memandang rendah keupayaan Filipina menjelang aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu. Syihan antara lapan pemain yang kembali dipanggil oleh pengendali negara, Pau Marti setelah disisihkan ketika saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang lalu akibat kecederaan. Menurut Syihan, beliau bersyukur dapat kembali bersama pasukan bagi menghadapi […]

FAM Penuhi Permintaan Pau Marti

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan Ketua Jurulatih, Pau Marti. Pengendali kelahiran Sepanyol itu kini bergelar pemangku Ketua Jurulatih selepas pemergian Kim Pan-gon yang menyertai Ulsan HD. Beliau dalam satu sesi sidang media memaklumkan bahawa FAM sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan barisan kejurulatihan. Baru-baru ini, FAM telah mendapatkan khidmat Dr. […]

Ranking FIFA: Atasi Filipina, Malaysia Berpeluang Pintas Indonesia

Ranking FIFA: Malaysia berpeluang sekali lagi untuk memintas kedudukan Indonesia sekiranya menewaskan Filipina. Skuad kendalian Pau Marti bakal diuji dengan aksi hebat pasukan ke-147 dunia itu pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. Harimau Malaya kini dalam misi memburu mata penting FIFA menjelang undian Balang bagi Kelayakan Piala Asia 2027. Kemas kini terbaru oleh ranking […]

Pestabola Merdeka: Rekod 5 Pertemuan Terakhir Malaysia vs Filipina

Rekod pertemuan silam dijangka memberi kelebihan psikologi kepada Malaysia bila berdepan Filipina dalam aksi Pestabola Merdeka 2024. Ini kerana dalam lima pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan sejak 2012, Harimau Malaya tidak pernah tewas kepada The Azkals. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sebanyak empat kali sehingga 2017. Kemenangan kembali dicapai skuad negara apabila menewaskan Filipina 2-0 […]

Syafiq Ahmad Tersenyum Panjang

Penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad tersenyum panjang setelah pulang ke pangkuan Harimau Malaya. Pemain berusia 29 tahun itu terlepas panggilan ke kem Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 susulan kecederaan. Beliau terus bekerja keras untuk kembali bersama pasukan dan akhirnya diberikan kepercayaan sekali lagi oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti. Sebelum ini, pemain […]

Tajikistan Pertaruh Muka Baharu Ke Pestabola Merdeka

Wakil Asia Tengah, Tajikistan membawa beberapa muka baharu untuk membantu pasukan itu memburu gelaran juara Pestabola Merdeka buat kali kedua berturut-turut. Tajikistan muncul juara Pestabola Merdeka edisi 2023 apabila menewaskan tuan rumah Malaysia di pentas final. Pasukan yang diberi jolokan The Crowns itu meraih kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Dua gol mereka […]

Jurang Ranking Malaysia & Filipina Curi Perhatian

Jurang ranking Malaysia dan Filipina menjelang sepak mula Pestabola Merdeka 2024 mencuri tumpuan. Skuad kendalian Pau Marti melakukan persiapan akhir sebelum melangkah ke kejohanan tersebut dengan misi untuk muncul juara di laman sendiri. The Azkals pula baru sahaja kehilangan Ketua Jurulatih, Tom Saintfiet yang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan seminggu sebelum menghadapi Malaysia. Filipina mengumumkan […]

Pemain Malaysia Kekalkan Mentaliti Wajib Menang Setiap Perlawanan

Tonggak tengah skuad Malaysia berkongsi mentaliti kemenangan yang dimiliki para pemain dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi. Menurut Endrick Dos Santos, kesemua pemain yang telah dipanggil untuk menyertai kem latihan kebangsaan perlu menanam mentaliti ingin mencapai kemenangan ini dalam setiap aksi Harimau Malaya. “Saya kira apabila kita berada di sini (kem latihan kebangsaan) mentaliti kita […]

Syafiq Ahmad Bawa Momentum Kedah Ke Harimau Malaya

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mahu membawa prestasinya bersama pasukan itu agar menyerlah untuk Harimau Malaya. Syafiq antara empat penyerang yang dibawa Pau Marti Vicente dalam senarai 26 pemain bagi menghadapi kempen Pestabola Merdeka 2024. Selain penyerang berusia 29 tahun itu, duo KL City FC, Paulo Josue dan Haqimi Azim serta […]

Janji Hamidin Kepada Penyokong Harimau Malaya

Keinginan untuk melihat kemajuan dan kejayaan Harimau Malaya terus membara dalam kalangan pemimpin tertinggi FAM. Perkara ini dizahirkan secara jelas oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahu mencari ramuan terbaik buat skuad kebangsaan. Pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon selepas selepas dua tahun enam bulan bersama Harimau Malaya mengejutkan ramai […]

Pau Marti Akan Bawa Impak Baharu

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim yakin dengan kemampuan ketua jurulatih, Pau Marti Vicente untuk membawa nafas baharu ke dalam skuad kebangsaan. Pau Marti yang mengambil alih tugas Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih skuad negara bakal menghadapi tugasan pertamanya di kejohanan Pestabola Merdeka bermula minggu hadapan. Seramai 26 pemain telah dipanggil oleh jurulatih kelahiran Sepanyol ini […]

Wan Kuzain: Tunggu Masa

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal memberi bayangan awal bakal memperkuat Malaysia. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau telah berhubung dengan Kuzain secara dekat. Beliau memberi bayangan bahawa pemain berusia 25 tahun itu bakal memperkuat Harimau Malaya dalam masa terdekat. “Sepatutnya Wan Kuzain dah menyertai […]

Faisal Halim Buat Kemunculan Pada Sesi Latihan Harimau Malaya

Harimau Malaya mendapat suntikan semangat pada hari pertama kem latihan apabila pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim membuat kemunculan. Faisal kembali membuat kemunculan di atas padang sebagai pemain gantian semasa menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 Ogos lalu – 3 bulan selepas menjadi mangsa serangan asid pada Mei lalu. Sejak itu, pemain sayap […]