Perak Bakal Berhijrah Stadium

Perak FC bakal berhijrah stadium pada bulan November ini selepas Stadium Perak dijadualkan akan menjalani kerja-kerja penaiktarafan. Kerajaan Negeri Perak telah menerima tawaran geran daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menaiktaraf sistem saliran dan rumput di Stadium Perak. Oleh disebabkan kerja-kerja penaiktarafan tersebut, Perak kini dalam usaha untuk menjalankan perlawanan pusingan kedua Liga Super […]
Siaran Langsung Liga Super: Terengganu vs Perak (Live Streaming)

Perlawanan pembukaan Liga Super 2024/25 antara pasukan Terengganu dan Perak menghangatkan aksi musim ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bakal turun tanpa beberapa tonggak utama. Pemain sayap pasukan, Akhyar Rashid masih mengalami kecederaan selepas diserang individu misteri manakala Ivan Mamut mengalami kecederaan jangka panjang. Perak […]
Akhyar Rashid Diberikan Tempoh Bertenang

Pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid bakal diberikan rehat dan tempoh bertenang oleh pasukannya selepas pemain itu menjadi mangsa samun minggu lalu. Dengan tempoh rehat yang diberikan disebabkan kecederaan dan bertenang, aksi Akhyar tidak akan dapat disaksikan dalam perlawanan sulung Liga Super Terengganu yang bakal bertemu Perak pada Sabtu ini (11 Mei). Selain Akhyar, Terengganu […]
Nafuzi Zain: Kedah Perlukan Masa Bentuk Skuad Ampuh

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpandangan anak buahnya masih memerlukan masa untuk membentuk skuad yang ampuh. Kedah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dalam 4 aksi terakhir pra-musim sebelum bermulanya saingan Liga Super 2024/2025 pada 10 Mei ini. Kedah berjaya menewaskan Penang 3-1, Negeri Sembilan 2-0 manakala Kedah kalah tipis kepada […]
CEO Perak Guna Cara Halus Perangi Jersi Jiplak

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin mempunyai cara tersendiri untuk memerangi jualan jersi jiplak pasukan Perak di dalam talian. Melalui satu hantaran di laman Facebook, TBG Super Fan, Bobie dilihat mengambil pendekatan secara halus dengan memulakan interaksi bersama penjual jersi jiplak melalui salah sebuah medium jualan terbesar di Malaysia. Tindakan Bobie […]
Pra-Musim: Haziq Nadzli Curi Tumpuan Lagi, Gagalkan Hasrat Penang Atasi Perak

Perak dan Penang hari ini turun dalam satu aksi persahabatan pra-musim di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Pasukan Penang mempertaruhkan penjaga gol muda kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel di posisi penjaga gawang sementara Perak menurunkan penjaga gol berpengalaman, Haziq Nadzli di benteng terakhir pasukan. Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi kapten pasukan, Firdaus Saiyadi. Firdaus […]
Haziq Nadzli Hanya Jadi Penonton Menentang JDT

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli disahkan hanya menjadi penonton ketika menentang pasukan yang juga majikan beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook, TBG Super Fan sebentar tadi. Haziq […]
Perak Hilang 2 Import Sebelum Liga Bermula

Perak FC terpaksa melupakan khidmat dua tonggak import mereka pada aksi persahabatan pra-musim berikutnya menentang Penang FC yang dijadualkan 4 Mei depan. Dalam satu sesi siaran langsung di Facebook, TBG Super Fan, CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin mengesahkan dua tonggak import yang mengalami kecederaan ialah Sunday Afolabi dan pemain pertahanan, Jesper Nyholm. Bobie menyifatkan […]
Yusri Che Lah Anggap Perak ‘Hilang’ Sejenak Berdepan Kedah

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah lega dengan kemenangan yang diraih pada aksi persahabatan pra-musim berdepan Kedah Darul Aman FC walaupun mendapati pasukannya hilang arah pada separuh masa pertama. Dalam aksi semalam, Perak kelihatan bergelut untuk menguasai bola selain sukar melancarkan serangan merbahaya ke kubu Kedah sepanjang separuh masa pertama. “Setiap tindakan yang kita (Perak) […]
Skuad Muda Perak Cipta Kejutan Ikat JDT

Saingan Piala Belia 2024 menyaksikan kejutan dilakar Perak FC apabila mengikat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV 1-1 dalam aksi pertama Kumpulan B semalam. Selepas bergelar naib juara Piala Belia 2023, JDT IV yang dibimbing Pedro Collado Celda mahu bangkit dan melakar pencapaian lebih cemerlang musim ini. Sementara Perak yang dibimbing Sathia Kumaran Subramaniam […]
Pra-Musim: Aksi ‘Spiderman’ Haziq Nadzli Bantu Perak Tewaskan Kedah

Perak meneruskan aksi pra-musim dengan langkah positif apabila berjaya menewaskan Kedah dalam aksi persahabatan di Stadium Negeri Perak, Ipoh sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dengan Kedah mempertaruhkan Syafiq Ahmad dan Milos Gordic di bahagian serangan manakala Perak pula meletakkan Luka Milunovic di bahagian hadapan bagi mencari jaringan buat tuan rumah. Aksi dimulakan dengan […]
Perak Kembali Berbelanja, Sambar Clayton Dari Brazil

Perak FC menceriakan penyokong setia mereka dengan mendapatkan penyerang import Brazil, Clayton da Silveira da Silva atau Clayton. Perpindahan beliau diumumkan pengurusan The Bos Gaurus di platform media sosial rasmi Perak hari ini. “Perak FC hari ini mengumumkan ketibaan pemain berasal dari Brazil, Clayton da Silveira da Silva. “Clayton yang bermain selaku penyerang akan memperkuatkan […]
Dua Import Selangor Hilang Sabar Dengan Ramadhan Hamid

Aksi pra musim Liga Super diteruskan lagi dengan aksi dua pasukan ternama iaitu Perak FC dan Selangor FC yang dilangsungkan di Stadium Negeri Perak, Ipoh pada semalam (20 April). Perlawanan yang sengit itu menyaksikan Selangor bangkit dari ketinggalan satu jaringan sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2. Namun disebalik aksi pershabatan tumpuan itu, terdapat beberapa insiden […]
Pra Musim: Selangor Benam Cabaran Hebat Perak

Selangor FC meneruskan langkah positif dalam aksi pra musim apabila berjaya menundukkan Perak FC dalam aksi persahabatan di Stadium Negeri Perak, Ipoh sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Selangor menggunakan khidmat trio serangan berbisa iaitu Faisal Halim, Alvin Fortes dan Ronnie Fernandez. Untuk 10 minit pertama, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan dengan peluang […]
Pra-Musim: Perak Kekal Rekod Bersih, Ikat Penang

Aksi pra-musim 2024/25 menyaksikan Perak mengekalkan rekod bersih selepas mencatatkan keputusan seri berdepan seteru utara, Penang FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan The Bos Gaurus mempertaruhkan gabungan pemain baharu dan lama. Anak didik Akmal Rizal pula dilihat tampil berwajah baharu selepas sebahagian besar pemain muda dibawa masuk pada jendela perpindahan kali […]
Perak Semakin Hampir Sambar Penyerang Colombia

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memberi bayangan pasukan itu semakin hampir mendapatkan penyerang Colombia, Wilmar Jordan. Perkara ini dinyatakan beliau kepada Nadi Arena apabila ditanya tentang prospek perpindahan penyerang berusia 33 tahun itu. Buat masa ini, Yusri enggan mengulas lebih panjang kedudukan Jordan memandangkan penyerang itu masih memiliki kontrak bersama kelab Indian Super League […]