Perak Jinakkan Albirex Niigata

Pasukan Perak hari ini turun dalam satu aksi persahabatan antarabangsa berdepan kelab dari Singapura, Albirex Niigata. Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Ipoh malam semalam berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan Perak selepas mengatasi Albirex Niigata, 3-1. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. Pasukan tuan rumah mendahului aksi menerusi jaringan pembukaan yang berjaya dihasilkan pemain […]

Perak Belasah Geylang International

Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menyaksikan Perak berjaya mencatat kemenangan besar ke atas pasukan dari Singapura, Geylang International dengan jaringan 3-0. Jurulatih Perak, Yusri Che Lah menurunkan skuad terbaik antaranya dibarisi penjaga gol berpengalaman, Haziq Nadzli, pertahanan kental, Tommy Mawat dan beberapa pemain import baharu. Tiga gol dijaringkan oleh Firdaus Saiyidi, Harith Akif menerusi sepakan penalti […]

Penyerang Liga India Calon Utama Sertai Perak

Perak FC terus berusaha memantapkan barisan pemain mereka terutama di bahagian serangan. Dan terkini, The Bos Gaurus yang dibimbing Yusri Che Lah berhasrat membawa masuk penyerang Colombia, Wilmar Jordan Gil. Khabar ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M untuk Nadi Arena pada Sabtu lepas. Wilmar dilihat pilihan utama daripada senarai tiga […]

“Penat Itu Biasa” – Haziq Nadzli

Penjaga gol baharu Perak FC, Haziq Nadzli mengucapkan syukur selepas melalui sesi latihan pertama pra-musim bersama pasukan itu. Bagi Haziq, rasa penat dalam sesi latihan adalah satu perkara yang biasa. Untuk latihan pra-musim, kebiasaannya intensiti latihan yang tinggi akan diterapkan kepada para pemain kerana sudah beberapa bulan berehat dan meninggalkan bola sepak secara kompetitif. Itu […]

Firdaus Irman Jadi Penjaga Gol Ketiga Sertai Perak FC

Selepas mendapatkan Ramadhan Hamid dan Haziq Nadzli, bahagian penjaga gol Perak FC lengkap dengan kehadiran penjaga gol ketiga baru pasukan itu. Ini dicapai dengan perpindahan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil yang diumumkan hari ini. “Firdaus Irman menambahkan lagi pilihan untuk posisi penjaga gol buat pasukan The Bos Gaurus bagi menghadapi […]

Penjaga Gol JDT, Haziq Nadzli Sertai Perak

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli secara rasminya menyertai Perak bagi musim 2024/25. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara watak hebat bersama Harimau Selatan sejak menyertai pasukan pada tahun 2016. Bekas penjaga gol b-23 itu bagaimanapun menghadapi cabaran hebat untuk merebur posisi penjaga gol utama JDT. Menerusi pengumuman oleh laman Perak […]

Bintang Liga Korea, Lee Tae-min Jadi Rekrut Terbaru Perak

Bintang muda Korea Selatan, Lee Tae-min menjadi pemain terbaru yang menyertai Perak FC. Pengumuman perpindahan ini dibuat pengurusan Perak menerusi satu hantaran video di platform media sosial mereka semalam. Sebelum ini, perpindahan Tae-min ke skuad The Bos Gaurus turut diumumkan oleh kelab lamanya, Busan IPark menerusi satu hantaran di media sosial mereka. “Perak FC hari […]

Kelab Korea Umum Perpindahan Mengejut Bintang Pasukan Ke Perak

Kelab Liga K2 Korea Selatan, Busan I-Park baru-baru ini telah mengumumkan perpindahan bintang pasukan, Lee Tae-min yang mengambil keputusan menyertai pasukan Liga Super, Perak FC. Pemain sayap muda berusia 20 tahun itu walau bagaimanapun belum diumumkan secara rasmi sebagai pemain Perak yang baru. “Lee Tae-min bakal ke Malaysia dan menyertai Perak FC dalam masa terdekat,” […]

Jersi Perak Laku Keras

Dengan meletakkan harga yang mampu milik, jersi home Perak FC menerima sambutan yang hangat daripada penyokong pasukan The Bos Gaurus itu. Perkara itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, TBG Super Fan yang turut dikelolakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin. “Salam Semua. Cuma nak beritahu semua jersi di outlet Cheetah […]

Indra Putra Mahyuddin Kembali ‘Beraksi’ Bersama Selangor

Selangor-indra putra

Indra Putra Mahyuddin kembali menyarung jersi Selangor setelah hampir 16 tahun meninggalkan pasukan Gergasi Merah itu. Pemain veteran itu kembali memperkuatkan pasukan Selangor dalam sebuah aksi persahabatan melibatkan bekas pemain Selangor menentang bekas pemain Perak di Kompleks Sukan Kuala Selangor petang tadi. Malah aksi tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa pemain terkenal pada suatu ketika […]

Perak Beraksi Di Stadium MPM Untuk Liga Super Musim 2024/25

Skuad bola sepak Perak FC dijangka beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk saingan Liga Super musim 2024-2025. Ini disebabkan stadium keramat The Bos Gaurus, Stadium Perak bakal menjalani proses penambahbaikan termasuk penggantian rumput baru dan penaiktarafan sistem saliran stadium. Perkara ini disahkan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu […]

CEO Perak Ikut Cadangan Penyokong

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin menganggap jersi home yang dilancarkan pasukan baru-baru ini adalah berdasarkan permintaan penyokong. Bobie berkata harga mampu milik iaitu hanya dengan harga RM39 untuk sehelai jersi fans issue adalah permintaan penyokong yang mahukan pihak kelab mengeluarkan jersi original dengan ‘harga marhaen’. “Betul profit margin untuk pasukan […]

Pemain Baru Perak Puji Karakter Yusri Che Lah

Pemain baru Perak FC, Ramadhan Hamid telah memuji karakter yang ada pada jurulatih Perak, Yusri Che Lah yang dianggap sebagai seorang jurulatih yang berjiwa besar. Untuk rekod, Ramadhan pernah berada di bawah kendalian Yusri pada musim 2018 bersama Kelantan namun ianya hanya bertahan separuh musim selepas Ramadhan mengambil keputusan berhijrah ke Kedah. “Saya pernah di […]

10 Pemain Baru Sertai Perak

Perak terus rancak membawa masuk pemain-pemain baharu menjelang saingan Liga Super 2024/2025 yang akan berlangsung pada Mei hadapan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobbie Farid, pasukannya akan diperkuat seramai sepuluh pemain baharu termasuklah pemain import dan kini baru empat yang telah diumumkan. “Pemain kita dah lengkap, kita ada 10 pemain baharu, yang kita sudah […]

Perak Janji Kejutan Kedua Seawal Mac

Pasukan Liga Super, Perak FC menjanjikan kejutan kedua pada bulan Mac ini sebagai persediaan kembali ke Liga Super 2024/25. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid, beliau kelihatan teruja untuk menyaksikan sambutan hangat yang diterima bagi majlis pelancaran jersi musim baharu. “Kami tidak menjangkakan seramai ini kerana dibuatbpada 17 Februari. […]

Adilet Kanybekov Sandaran Terbaru Perak

Perak FC merupakan salah sebuah pasukan yang sedang rancak membawa masuk pemain baharu untuk saingan Liga Super 2024/2025. Terkini, bintang muda Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov menjadi pemain terbaharu yang ditandatangani bagi mengisi slot import skuad kendalian Yusri Che Lah itu. Berita perpindahan tersebut telah diumumkan menerusi satu video yang dimuatnaik di laman Youtube TBG TV sebentar […]