Liga Super: Perak Raih Kemenangan Sulung, Dua Gol Lee Tae-Min Tumbangkan Kedah

Perlawanan saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Kedah dan Perak di Stadium Darul Aman berakhir dengan keputusan 2-0. Skuad kendalian Yusri Che Lah ketika ini dalam misi memburu kemenangan pertama saingan Liga dengan menurunkan beberapa barisan terbaik seperti Wan Zack Haikal dan Luka Milunovic.  Sementara Kedah mahu bangkit  mencari kemenangan kedua aksi Liga […]

Siaran Langsung Liga Super: Kedah Darul Aman vs Perak (Live Streaming)

Kedah Darul Aman bakal melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Aman bagi perlawanan derbi utara untuk aksi Liga Super minggu ketiga. Skuad kendalian Nafuzi Zain yang tewas tipis kepada Selangor tempoh hari pastinya mahu bangkit meraih kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri. Perak pula telah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Terengganu dan PDRM sekaligus […]

“Perak Pasukan Besar, Tekanan Itu Biasa” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah melihat anak buahnya tidak tergugat dengan tekanan yang dihadapi ketika ini. Ketika ini, Perak berada di tangga tercorot liga selepas mengalami dua kekalahan dalam dua aksi awal Liga Super musim 2024/25. The Bos Gaurus tewas 3-1 kepada Terengganu FC dalam aksi pertama liga pada 11 Mei lalu. Ini disusuli […]

3 Derbi Menarik Hiasi Aksi Liga Super Minggu Ketiga

3 perlawanan derbi yang menarik bakal menghiasi aksi minggu ketiga Liga Super 2024/2025. Pertemuan ini pastinya menghangatkan lagi kemeriahan Liga Super yang telah memasuki minggu ketiga dan kesemua pasukan kini mahu mengutip 3 mata berharga untuk terus bersaing dalam saingan liga. Derbi Pantai Timur (Terengganu vs Kelantan Darul Naim) Derbi pantai timur bakal mempertemukan pasukan […]

Penyokong Perak Boleh Masuk Stadium Percuma Dengan Bersyarat

Pada masa mendatang, berkemungkinan besar penyokong Perak FC dibenarkan masuk ke stadium dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Namun begitu, satu syarat khas perlu dipenuhi. Ketua Pegawai Operasi Interim (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, kemasukan percuma itu mampu dilakukan jika lebih ramai pelanggan melanggan talian XOX. Jika 500 ribu penyokong yang melanggan pelan TBG50, […]

“Pemain Perak Perlukan Motivasi, Bukan Kritikan” – Wan Zack

Pemain sayap Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Nor memohon agar para peminat untuk tidak menuding jari kepada mana-mana individu di atas kekalahan kepada PDRM pada Sabtu lalu. Wan Zack yang menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut mahu orang ramai untuk berhenti menyalahkan sesiapa memandangkan sukan bola sepak merupakan sukan berpasukan yang memerlukan semua pemain […]

P. Maniam Optimis Dengan Kemampuan PDRM Kejar Objektif Liga Super

Jurulatih PDRM FC, P. Maniam yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk mencabar kedudukan lebih baik dalam liga sepanjang musim 2024/25. Keyakinan itu dilaungkan selepas melihat anak buahnya mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Perak FC di Stadium Perak pada Sabtu lepas. Bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun meledakkan dua gol untuk The Cops. Sementara satu […]

Nafuzi Zain Berpuas Hati Dengan Persembahan Pemain Kedah

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpuas hati dengan persembahan para pemain Kedah disebalik kekalahan tipis kepada Selangor hasil jaringan Aliff Haiqal. Nafuzi Zain menganggap rezeki tidak berpihak kepada Kedah walaupun pasukan tersebut mempunyai beberapa peluang berharga dalam perlawanan menentang Selangor. “Tahniah untuk Selangor, saya berbangga dengan apa yang pemain saya tunjukkan malam ini. […]

Liga Super: Gol Saat Akhir PDRM Pastikan Perak Tersungkur Kali Kedua

PDRM meraih kemenangan pertama setelah menewaskan Perak dalam aksi yang cukup sengit di gelanggang Ipoh untuk aksi kedua Liga Super 2024/2025. Yusri Che Lah menurunkan skuad terbaik yang dibarisi pemain seperti Haziq Nadzli, Shivan Pillay, Azalinullah Alias, Tommy Mawat dan Luciano Guaycochea selaku kapten pasukan. PDRM pula mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Bruno Suzuki, Fadi Awad, […]

VAR Batalkan Dua Hajat Besar Perak & PDRM

Sistem bantuan video pengadil (VAR) menjadi penghalang kepada Perak FC dan PDRM FC daripada mendapatkan kelebihan gol dalam aksi terbaru Liga Super hari ini. Perak dan PDRM berentap di Stadium Perak hari ini untuk mendapatkan kemenangan pertama dalam liga. Ini selepas The Bos Gaurus dan The Cops masing-masing tewas kepada Terengganu FC dan Kedah Darul […]

Siaran Langsung Liga Super: Perak vs PDRM (Live Streaming)

Perak akan turun bertemu dengan PDRM di Stadium Perak untuk aksi Liga Super minggu kedua. Skuad kendalian Yusri Che Lah kini dalam misi meraih tiga mata pertama selepas tewas 3-1 kepada Terengganu dalam perlawanan pertama liga. PDRM juga pastinya tidak mahu keciciran mata lagi setelah tewas tipis kepada Kedah Darul Aman tempoh hari dan jurulatih […]

P. Maniam Akui Padang Berlecak Tak Bagus Untuk Bola Sepak

Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam mengakui situasi padang berlecak tidak bagus untuk aksi bola sepak. Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat itu menyaksikan PDRM tewas tipis kepada Kedah Darul Aman hasil jaringan awal Syafiq Ahmad di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Situasi hujan lebat menyebabkan padang mula bertakung dan pemain-pemain PDRM serta Kedah kelihatan bergelut […]

Zainal Abidin: Kesalahan Perak Perlu Diterima Sepasukan

Penyerang legenda negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan menyifatkan gol sendiri Perak FC berpunca daripada kesilapan mereka sendiri. Aksi pertama Liga Super membabitkan Terengganu FC dan Perak menyaksikan tuan rumah mendahului menerusi rembatan jarak jauh Nurillo Tukhtasinov pada babak pertama. The Bos Gaurus kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kapten, Luciano Guaycochea pada minit ke-61. Malangnya, […]

Pertahanan Perak, Luiz Motta Pecah Rekod Kad Merah Liga Super

Pertahanan pasukan Perak FC, Luiz Motta merekodkan kad merah pertama pada aksi sulung Liga Super muism 2024/25. Pemain kelahiran Brazil itu turun dalam kesebelasan utama ketika bertemu pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Beraksi selaku pertahanan tengah, beliau beraksi bersama Shivan Pillay dan juga Kamal Arif swlain dibantu oleh Aiman Yusni dan Tommy […]

Liga Super: Magis Pemain Gantian Bantu Terengganu Atasi Perak

Kempen Liga Super 2024/2025 hari ini melibatkan pertemuan antara jaguh dari Pantai Timur, Terengganu menentang pasukan Perak. Perlawanan pertama untuk kedua-dua pasukan bagi saingan musim ini telah dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada Syed Nasrulhaq untuk turun sebagai penjaga gol Skuad Peteh sementara Perak mempertaruhkan Haziq […]

Firdaus Saiyadi: Pemain Dah Tak Boleh Berlakon Lagi

Ketua Pasukan Perak FC, Firdaus Saiyadi menyambut baik pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi saingan Liga Super 2024/2025. Bagi Firdaus, sistem VAR adalah bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia dan selepas ini segala tindakan pemain akan berjaya dikesan dengan lebih terperinci. “Sistem VAR ni bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia. Pemain pun dah boleh berlakon […]