“Lepas Ni Pertahanan Kena Pakai Cermin Sisi Sebab Kecanggihan VAR” – Arie Sham

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Arie Sham berseloroh pemain pertahanan perlu memakai cermin sisi bila turun beraksi di atas padang. Komen tersebut dibuat beliau apabila mengulas insiden penalti yang diterima Terengganu FC semasa aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 pada Jumaat lalu. Perak sebelum itu mengejutkan Peteh dengan mendahului menerusi pemain tengah […]
“Harap Doktor Banteras Penyakit Perak Sebelum Merebak” – Yusri Che Lah

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharwp atar pihak perubatan pasukan dapat mebanteras ‘wabak’ kad merah dalam pasukannya. The Bos Gaurus terpaksa akur apabila tunduk 1-2 di SSMZA selain terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Beliau bagaimanapun memuji kerja keras dan komitmen yang ditonjolkan oleh setiap pemain yang berjuang bermati-matian. Usaha tersebut digagalkan apabila penalti […]
“Saya Marah Kerana Pemain Seperti Berjoging” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak gembira melihat aksi anak buahnya pada penghujung perlawanan walaupun berjaya memperoleh kemenangan ke atas Perak. Terengganu bangkit memadam jaringan awal Luiz Motta menerusi sepakan penalti Safawi Rasid serta jaringan jarak jauh Marin Pilj untuk melangkah ke suku akhir Piala FA. Aksi pasukan Terengganu pada minit akhir permainan […]
Yusri Che Lah: Saya Tak Mahu Perak Dilabel Pasukan Agresif

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menuntut anak buahnya agar lebih bersabar dalam mengawal emosi ketika beraksi di atas padang. Pasukan Perak terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Firdaus Saiyadi dilayangkan kad merah pada minit ke-69 ekoran mengasari Safawi Rasid. Yusri Che Lah meminta para pemainnya lebih berhati-hati dalam mengendalikan emosi ketika bermain memandangkan […]
Safawi Rasid Tiada Masalah Bermain Dua Perlawanan Dalam Masa Singkat

Dua perlawanan dalam masa yang singkat bukanlah satu masalah buat Safawi Rasid yang tampil dalam kesebelasan utama untuk pasukan Malaysia dan Terengganu. Safawi Rasid turun dalam aksi Malaysia menentang Chinese Taipei pada 11 Jun lalu dan selang dua hari beliau sekali lagi bermain untuk aksi Terengganu melawan Perak dalam saingan Piala FA. Pemain berusia 27 […]
Piala FA: Terengganu Ke Suku Akhir, Singkirkan Perak

Terengganu mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2024 hari ini selepas menewaskan Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pasukan Perak dibawah kendalian Yusri Che Lah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keenam permainan. Rembatan deras Luiz Motta gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin. Pada minit ke-35 permainan, […]
Siaran Langsung Piala FA: Terengganu vs Perak (Live Streaming)

Pertembungan dua pasukan Liga Super, Terengganu dan Perak menghangatkan lagi saingan Piala FA 2024. Pasukan bimbingan Yusri Che Lah mahu kembali bangkit selepas tunduk 3-1 pada aksi menentang skuad Peteh dalam saingan Liga Super 2024/25. “Terengganu semakin kuat. Selepas tiga perlawanan, mereka menghasilkan enam jaringan di tempat sendiri termasuk tiga jaringan ke atas kami dan […]
Perak Tagih Kudrat Pemain Import Di Terengganu

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah berharap kesemua pemain import pasukan itu kekal cergas menjelang aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 malam ini. Kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan dua tonggak Perak dipanggil menyertai skuad kebangsaan masing-masing. Dua tonggak tersebut ialah Adilet Kanyebekov (Kyrgyzstan) dan Jesper Nyholm (Filipina). Kedua-duanya mengalami nasib […]
Ubaidullah Shamsul Yakin Taktikal Perak Akan Berbeza

Pemain pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul yakin taktikal Perak akan berbeza untuk pertembungan kali kedua menentang Terengganu. Terengganu dan Perak akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan pusingan 16 Piala FA pada 14 Jun kelak setelah bertemu pada 11 Mei lalu untuk aksi pertama Liga Super. Perlawanan lalu berkesudahan dengan kemenangan selesa 3-1 Terengganu ke atas […]
MFL Puji Tindakan Perak Perangi Jersi Tiruan

Malaysian Football League (MFL) memuji tindakan proaktif Perak FC dalam usaha membanteras penjualan produk tiruan yang semakin merisaukan di pasaran. Terdahulu, pihak pengurusan Perak dan Cheetah sebagai syarikat pengeluar jersi pasukan itu telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor untuk satu kerjasama dalam mengesan produk tiruan di pasaran. […]
Malaysia Catat Kemenangan Sukar Lawan Perak

Malaysia berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Perak dengan kemenangan tipis 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan campuran berdepan The Bos Gaurus. Beliau mahu memberi peluang kepada para pemain untuk mendapat minit bermain pada perlawanan ini. Aksi babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling […]
Siaran Langsung Persahabatan: Malaysia vs Perak (Live Streaming)

Malaysia bakal memulakan langkah persiapan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Perak FC sebagai aksi pemanas badan. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon telah pun mula menjalani latihan sejak hari Isnin yang lalu namun masih tidak dihadiri oleh beberapa pemain dari JDT dan Selangor. Usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencari lawan luar negara terbantut […]
Perak Jadi Medan Ujian Harimau Malaya & Kim Pan-gon

Kelab Liga Super, Perak FC bakal menjadi pasukan yang menguji keserasian barisan pemain Harimau Malaya. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan skuad negara bakal mengharungi satu aksi pemanas badan dengan sebuah kelab Liga Super. Ini bertujuan mempersiapkan Harimau Malaya sebelum pasukan itu berangkat ke Bishkek, Kyrgyzstan untuk aksi […]
“Kita Ayam Itik Je Dengan Dia” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah akui komunikasi merupakan satu masalah yang dihadapi pemain sayap, Lee Tae-min dan diumpamakan seperti komunikasi ‘ayam dan itik’. Pemain muda dari Korea Selatan itu dikatakan tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik dan kebanyakan komunikasi di antara beliau dan kesemua rakan sepasukan adalah melalui bahasa tubuh. Yusri walau bagaimanapun bersyukur […]
Nafuzi Zain Terharu Dengan Pemain Kedah

Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain terharu dengan sumbangan para pemainnya ketika tewas 0-2 kepada Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam. Walaupun ada berita-berita yang kurang enak didengari di luar padang, namun kesungguhan pemain Kedah dan semangat juang tinggi yang dipamerkan wajar diberikan kredit. “Apa yang pemain tunjukkan (aksi […]
Yusri Che Lah Anggap Kemenangan Perak Bukan Kerana Nasib

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menegaskan bahawa kemenangan pertama pasukannya pada malam tadi bukan kerana nasib. Beliau akui tidak mampu berbuat apa-apa dengan kata-kata atau dakwaan yang dilontarkan oleh para peminat. Namun, beliau percaya setiap keputusan perlawanan adalah ketentuan daripada tuhan. ‘Derbi Utara’ milik Perak selepas menewaskan Kedah dengan jaringan dua gol tanpa […]