Liga Super: JDT Jinakkan Perak 5-0

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Perak menentang gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh menyaksikan skuad kendalian Lim Teong Kim terpaksa akur apabila tewas dilaman sendiri. Seawal minit kelima permainan, JDT mendahului perlawanan apabila kesilapan dilakukan benteng pertahanan Perak, Hasnul Zaim yang tertampan masuk bola […]
Info Siaran Langsung Perak vs JDT | Liga Super 2023

Aksi ke-7 Liga Super 2023 menyaksikan pertembungan antara Perak FC berdepan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak sudah tentu mahu dimanfaatkan oleh anak didik Lim Teong Kim bagi memperbaiki kedudukan liga. Namun begitu, anak didik Tano Solari sudah tentu mahu mengekalkan rentak cemerlang apabila […]
“Lim Teong Kim Bukan Di NFDP Lagi” – Azraai Khor

Prestasi terumbang-ambing Perak di bawah bimbingan Datuk Lim Teong Kim bukan saja meresahkan penyokong Seladang. Malah, bagi bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, ia juga satu peringatan bahawa Liga Super sentiasa mementingkan keputusan segera di atas padang, bukan agenda jangka panjang yang dibawa Teong Kim. Semasa pra-musim, The Bos Gaurus telah menggariskan pelan jangka panjang […]
“Kalau Tak Mahu Tekanan, Jual Goreng Pisang” – Lim Teong Kim

Selepas mengalami kekalahan terbaru 3-1 kepada Penang tempoh hari, tekanan sudah pasti dirasai oleh jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim. Dan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal bertandang ke Stadium Perak untuk perlawanan Liga Super esok, satu lagi kekalahan bakal menggugat kedudukannya sebagai jurulatih The Bos Gaurus. Ketika ini, Perak menduduki tangga ke-10 liga dengan […]
Fernando Forestieri: Perak Bukan Pasukan Lemah

Dengan kekalahan terbaru 3-1 di tangan Penang, ramai menjangkakan lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 4 April ini sebagai pasukan belasahan. Tetapi bagi penyerang bintang Fernando Forestieri, pasukan yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim itu mampu mencipta kejutan jika JDT beraksi sambil lewa di Stadium Perak. Ini kerana di sebalik statistik tiga layangan kad merah […]
Lim Teong Kim: Pemain Perak Mungkin Masih Tidur

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim memberi respon yang cukup pedih berkenaan hakikat persembahan pasukan Perak semalam. Beraksi di gelanggang lawan, The Bos Gaurus jelas bergelut untuk memberikan persembahan terbaik apabila tewas dengan keputusan 3-1 kepada Penang. Pengendali berusia 59 tahun ini bagaimanapun jelas kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal menyaingi pasukan tuan […]
Kedah & Perak Nyatakan Minat Tukar Rumput Zeon Zoysia

Susulan inisiatif penggantian rumput Zeon Zoysia yang dicanang Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pelbagai reaksi diterima ramai pihak. Terbaru, dua negeri di sebelah utara iaitu Kedah dan Perak berminat melaksanakan inisiatif tersebut. Hal ini didedahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Ini berdasarkan dua surat yang dihantar dua kerajaan negeri itu kepada pejabat […]
“Dalam 3 Tahun Liga Malaysia Boleh Setanding Jepun” Hadi Fayyadh

Penyerang muda berbakat Perak FC, Hadi Fayyadh yakin dengan kemampuan Liga Malaysia untuk bersaing dengan liga utama di Asia dalam tempoh beberapa tahun mendatang. Dalam satu temubual bersama Astro Arena, pemain berusia 23 tahun ini menyatakan bahawa keputusan beliau untuk kembali beraksi di Malaysia adakah disebabkan kesungguhan Perak. Beliau tertarik dengan usaha pihak pengurusan baharu […]
Lim Teong Kim Bertikam Lidah Dengan Penyokong Perak

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim dikesan bertikam lidah dengan para penyokong susulan kekalahan kepada Sri Pahang FC di laman sendiri. Pengendali berusia 59 tahun itu dilihat bergelut untuk mencari formula bersama skuad yang dibarisi ramai muda selepas hanya mencatatkan satu kemenangan setakat ini. The Bos Gaurus juga sebelum ini telah pun ditundukkan oleh […]
Liga Super: Sri Pahang Gah Atasi Cabaran Perak

Hasrat Perak meraih kemenangan kedua dalam Liga Super malam ini tidak kesampaian. Ini selepas The Bos Gaurus tunduk 3-0 kepada Sri Pahang di Stadium Perak. Sepak mula menyaksikan Sri Pahang lebih garang mengasak anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim. Kpah Sherman hampir meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan seawal minit keenam tetapi percubaannya tidak menepati […]
Perak Masih Percayakan Pemain Tempatan

Pasukan Perak kini dalam misi memburu kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super selepas mengharungi 4 perlawanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Terdapat beberapa tonggak utama seperti Sunday Afolabi yang difahamkan masih mengalami kecederaan dan juga insiden kad merah yang menyebabkan beberapa pemain digantung perlawanan. Ketua Jurulatih Perak, Lim Teong Kim akui ianya bakal […]
Lim Teong Kim: Selepas Perlawanan Mesti Ada Penggantungan

Liga Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan Perak mengutip tiga kad merah. Dan walaupun anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim dilihat mula mengawal emosi mereka, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu tahu ia boleh saja berubah terutama jika termakan provokasi pihak lawan. Isu disiplin ini menghantui The Bos Gaurus terutama selepas Haziq Puad dan […]
Lim Teong Kim Anggap Kehilangan Sunday Afolabi Ganggu Rentak Perak

Kemenangan 2-0 ke atas Kuching City merupakan kemenangan pertama Perak dalam saingan Liga Super. Tetapi seri kemenangan The Bos Gaurus sedikit tercalar apabila kehilangan bek tengah import mereka, Sunday Afolabi akibat kecederaan. Ini memaksa jurulatih Seladang, Datuk Lim Teong Kim memasukkan Raja Imran Shah bagi menggantikan Sunday. Walaupun mengakui ketiadaan Sunday sedikit meresahkan, barisan pemain […]
Liga Super: Perak Gah Tewaskan Kuching City

Perak akhirnya memperoleh kemenangan pertama dalam Liga Super selepas mencuba buat kali keempat. Ini selepas The Bos Gaurus menundukkan Kuching City 2-0 di Stadium Perak hari ini. Sebaik sepak mula, tuan rumah garang mengasak pasukan pelawat. Percubaan terbaik mereka hadir menerusi Ikhwan Hafizo pada minit ke-24 selepas menerima hantaran Hadi Fayyadh. Tetapi ia berjaya ditangkap […]
“Kalau Saya Cakap, Saya Kena Denda” – Lim Teong Kim

Kekalahan 2-1 Perak di tangan Sri Pahang dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA sememangnya pahit bagi jurulatih Datuk Lim Teong Kim. Cuma satu perkara yang menggusarkannya ialah mutu pengadilan perlawanan semalam. Perak sebelum itu selesa mendahului menerusi Christian Obiozor pada minit ke-34. Tetapi pada babak kedua, segalanya berubah apabila pemain tengah Fadhil Idris dibuang padang […]
Penyokong Hairan Perak Kerap Terima Kad Merah

Para penyokong Perak FC kini mula berasa bimbang dengan aksi yang ditampilkan oleh para pemain pasukan apabila mereka sering menerima kad merah. Setelah beraksi sebanyak 4 kali musim ini, anak didik Lim Teong Kim jelas masih tidak berada dalam prestasi yang diharapkan. The Bos Gaurus telah menerima dua kad merah pada aksi pertama ketika tewas […]